0 0 4

664 101 13
                                    

— ☁️

no one's pov

"Wonaaa~"

Jeongwoo masuk ke dalam bilik kembarnya lalu menjatuhkan diri ke atas katil.

"Ish, nak apa kau, Jeongwoo?"

"Doyoung hyung datang." Jeongwoo mengenyit sebelah matanya.

Mata Jiwon membulat. "D-Doyoung?"

Jeongwoo mengangguk. "Jomlah, kita borak-borak dengan dia. Kau pun bolehlah cuba berkawan dengan dia."

Jiwon menggeleng laju. "T-tak naklah. Aku seganlah."

"Alah, jomlah. Nanti boleh main Mario Kart sama-sama."

"Aku malulah, Jeongwoo. Em," Jiwon memandang cermin. Dia membetulkan cermin matanya yang senget.

Dia mengeluh. Dia memandang baju yang dipakainya ketika itu.

 Dia memandang baju yang dipakainya ketika itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Jeongwoo, selekehnya aku! Taknaklah."

"Okeylah tu. Kau dah lawa dah."

Ha, ingat senang nak dapat kembar ringan mulut memuji macam dia ni?

Jiwon tetap menggeleng.

"Buruklah. K-kau jelah pergi sembang dengan dia." Jiwon duduk di atas katil.

"Eh, bukan aku yang nak kenal dia. Kau yang nak kenal." Jeongwoo memuncung tidak puas hati.

"K-kau jelah yang sembang dengan dia. Nanti apa-apa berita baru, kau bagitahulah aku. Aku seganlah." Dia membetulkan cermin matanya.

Jeongwoo mengeluh. Dia tahu dia takkan menang. Dia tidak boleh paksa kembarnya itu kalau dia betul-betul tidak mahu.

"Okay, fine. Tapi lain kali kau kena sembang eh dengan dia."

Jiwon sekadar tersenyum nipis mendengar balasan kembarnya.

Itu pun kalau dia berani nak angkat mulutlah.

— ☁️

"Jihoon, Jeongwoo."

Keluarga Park sedang makan tengah hari apabila Puan Park tiba-tiba bersuara.

"Ya, eomma?"

"Malam ni, ikut eomma dengan appa pergi event company eh? Lebih-lebih lagi kamu, Jihoon. Jangan nak mengelat."

𝙘 𝙡 𝙪 𝙢 𝙨 𝙮 + 𝙠 𝙙 𝙮Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang