0 1 1

495 86 13
                                    

— ☁️

no one's pov

Jeongwoo dan Yeongue berjalan keluar dari kawasan sekolah.

"Ha esok, lepas kau habis training tu, kau tak payah tunggu aku tau. Aku ada mesyuarat dengan pengawas pusat sumber yang lain. Kau tahulah ketua kitorang tu kan strict sikit. Kang buku tak kemaslah, apalah. Ha, kau faham tak?" Yeongue berkata panjang lebar.

Tiada jawapan dari Jeongwoo.

"Eh, mamat ni. Oi, Park Jeongwoo. Kau dengar ke tak aku cakap ni?" Yeongue menggeleng.

Yeongue melihat Jeongwoo yang masih merenung ke suatu tempat.

"Kau pandang apa?" Dia melihat ke arah yang dipandang Jeongwoo kemudian dia tersenyum senget.

"Oh, kau usha budak sekolah sebelah eh~" Dia menyiku-nyiku Jeongwoo dengan muka mengusik.

Jeongwoo tersentak. Pipi dan telinganya memerah.

"Ish, apa kau ni. Dahlah, jom balik." Dia berjalan ke depan.

Yeongue tersenyum nakal. "Oh, kau minat budak sekolah sebelah eh. Uish, Park Jeongwoo dah majulah sekarang." Yeongue mengusik.

"Ish, mana adalah. A-aku usha kasut dia je." Jeongwoo cuba berdalih.

"Kau dah kenapa usha kasut perempuan? Kau ingat kau boleh tipu aku ke? Aku ni kan sahabat dunia akhirat kau tau."

"Ish, kau ni! Kau jangan bagitahu sesiapa eh. Kalau tak, aku putus kawan dengan kau." Ugut Jeongwoo. Marah betul tu sampai ugut putus kawan.

"Ish, apa ni bro. Tak baik tau putuskan ikatan silaturahim."

"Ah! Silaturahim tak silaturahim, kau bocorkan, aku sekeh kepala kau."

"Yalah, Jeongwoo." Yeongue ketawa.

— ☁️

"Ha, nanti kau ceritalah eh siapa yang kau berkenan tu." Yeongue berkata sambil tersenyum mengusik.

"Ish, kau ni. Memang meminta betul kan?" Jeongwoo menyiku Yeongue.

Sedang Yeongue mengusik-ngusik Jeongwoo di depan pagar rumah Jeongwoo dan Jiwon, Jiwon yang mendengar suara mereka menyapa dari halaman rumah.

"Eo? Hoi Jeongwoo, Yeongue! Buat apa dekat luar tu? Tak nak masuk ke?" Jiwon memanggil.

Yeongue yang dari tadi mengusik Jeongwoo terus memandang Jiwon dengan muka bahagia.

"Oh, hai Jiwon-ah!" Yeongue melambai ke arah Jiwon sambil tersengih-sengih.

Jeongwoo menjeling Yeongue.

Mulalah tu nak tersengih-sengih macam orang gila. Bongok punya kawan.

"Eh, buat apa sampai peluh-peluh macam ni?" Yeongue bertanya.

Jiwon mengangkat pemberat kaki DIY-nya.

𝙘 𝙡 𝙪 𝙢 𝙨 𝙮 + 𝙠 𝙙 𝙮Where stories live. Discover now