0 1 2

989 101 27
                                    

— ☁️

no one's pov

"Okey, sedia?" Laung Jeongwoo.

Jiwon yang berada di posisi sedia untuk berlari mengangguk dengan yakin.

"Satu,"

Jiwon menghela nafas. Jantungnya berdegup laju.

"Dua,"

Tumit kakinya dinaikkan sedikit.

"Tiga!" Jeongwoo melaung.

Jiwon mula memecut. Nafasnya mula diatur. Dia tidak mahu semput sebelum menamatkan lariannya.

Jiwon berjaya menghabiskan separuh daripada trek larian tersebut tanpa terjatuh. Dia tersenyum lega.

Buk!

Perasaan leganya hilang apabila kakinya tiba-tiba lemah sebelum dia sampai ke garisan penamat.

"Aduh!"

Mata Jeongwoo membuntang. Dia segera berlari ke arah Jiwon.

"Won! Kau okey?"

Jiwon perlahan-lahan duduk dari jatuh. Dia mengangkat lututnya yang terluka.

Jeongwoo berdesis apabila melihat luka dilutut Jiwon. "Ouch, mesti sakit kan?"

Jiwon mengangkat bahu. "Bolehlah."

"Kau boleh bangun tak ni?" Jeongwoo membantu Jiwon untuk bangun.

"Cuma luka sikit je ni. Nanti letak ubat, okeylah." Jiwon berkata.

"Nasib baik luka sikit je tau? Kalau patah atau terseliuh, apa aku nak jawab pada eomma dan appa?" Jeongwoo buat muka cemberut.

"Hehe, maaflah Jeongwoo. Susahkan kau." Jiwon tersengih. Jeongwoo sekadar menggeleng.

"Tapi kan,"

Jeongwoo mengangkat sebelah kening. "Tapi apa?"

"Aku berjaya habiskan separuh trek! Yeay! Kaki aku dah mula kuat!" Jiwon bersorak. Dia yakin tidak lama lagi kakinya bakal sembuh.

Jeongwoo ikut bersorak. "Yeay! Lepas ni, kita boleh main baseball sama-sama semula!"

Jika dilihat dari jauh, mereka berdua tidak ubah seperti dua ekor orang gila.

"Dah, jom kita pergi bilik rawatan dulu. Bersihkan luka ni, lepas itu baru balik." Jeongwoo memegang lengan Jiwon, takut-takut Jiwon terjatuh secara tiba-tiba. Jiwon mengangguk akur.

Selepas merawat luka kecil pada lutut Jiwon, dua orang kembar tersebut mula berjalan keluar dari perkarangan sekolah.

"Hoi! Budak-budak nakal!" Seseorang memanggil dari jauh.

Jiwon dan Jeongwoo menoleh ke arah suara tersebut.

"Eh, Jihoon hyung!" Jeongwoo melambai.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 20, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝙘 𝙡 𝙪 𝙢 𝙨 𝙮 + 𝙠 𝙙 𝙮Where stories live. Discover now