— ☁️
no one's pov
"Jeongwoo! Tunggulah! Akh— aduh!"
"Eh, Jiwon! Jeongwoo! Janganlah lari-lari! Hei, budak-budak ni. Dah masuk sekolah tinggi pun perangai macam budak tadika." Puan Park membebel.
Jiwon bangkit dari jatuhnya. Dia lupa kakinya tidak sekuat orang lain.
"Kau okey tak?" Jeongwoo mengusap lutut Jiwon.
"Ish, kaulah ni! Tunggulah aku lain kali!" Jiwon mencebik.
"Yalah, yalah. Aku yang salah, sorry!" Jeongwoo membalas tidak ikhlas.
"Ha, cepatlah! Nanti terlepas tengok abang gelek!" Jiwon menyarungkan stokin corak anak ayamnya.
Jeongwoo melihat deretan kasut mereka. Kemudian dia mengangkat sepasang kasut.
"Nah, harini kita pakai yang ini." Jeongwoo menghulur kasut yang dipilihnya kepada Jiwon.
![]()
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain. "Ala, jomlah pakai vans kuning tu. Lagipun kasut kau pilih tu, tak sepadan dengan stoking aku harini."
"Eh tak ada, tak ada. Haritu kau dah pilih tu kan, harini giliran akulah pula."
"Kalau nike air jordan kuning tu?"
Kaya kau, jah. Aku pakai kasut tak ada brand tau!
"Asyik kuning je kau ni! Otak pun kuning nanti!"
"Biarlah! Warna kuning cantik!"
Jiwon dan Jeongwoo berdebat. Mereka memang selalu begitu. Setiap kali keluar, mereka akan ambil giliran masing-masing untuk pilih kasut.
Katanya tradisi dari kecil lagi kalau keluar kasut kena sama.
Oh lupa, diorang kan kembar. Mestilah sekurang-kurangnya satu benda kena sama.
"Ish, yalah. Lain kali giliran aku pilih kasut, kita pakai kasut kuning okey?" Jiwon berkata sambil menyarung kasut pilihan Jeongwoo.
"Tak habis-habis dengan warna kuning kau. Stokin pun kuning. Bilik kuning. Naik kuning otak aku tengok bilik kau."
"Biarlah. Aku suka warna kuning." Jiwon berkata.
"Dah, jom. Nanti kalau lambat, terlepas nak sorak nama hyung." Jeongwoo berkata.
"Ha okey, okey. Dah siaplah ni." Jiwon mengikut Jeongwoo dari belakang.
— ☁️
"Won, kau rasa Jihoon hyung dah perform ke belum?"
Jiwon melihat jam di tangan. "Belum kot. Ni baru peserta ke-6. Abang peserta ke-9 kan?"

ANDA SEDANG MEMBACA
𝙘 𝙡 𝙪 𝙢 𝙨 𝙮 + 𝙠 𝙙 𝙮
Teen Fiction❛❛ eh, kau dah kenapa? kau suka dia ke? ❜❜ | warning ⚠︎ : this is treasure doyoung not nct doyoung, check before you read :) | status : [ edited and hiatus ]