0 0 3

837 102 12
                                    

— ☁️

no one's pov

Waktu hujung minggu Jiwon gunakan untuk luangkan masa dengan kembarnya.

Dia dan Jeongwoo bertarung dalam permainan video kesukaan mereka, Mario Kart.

"Jeongwoo, aku nak ambil getah rambut kejap. Kau sambung mainlah dulu."

Jiwon sekadar mengangguk.

Apabila Jiwon keluar, terlihat abangnya, Jihoon dengan seseorang.

Ini Park Jihoon Treasure okey, bukan Wanna One.

Hm, ajak kawan lepak dekat rumah lagilah tu.

"Ha, apa-apa nanti aku roger kau, okey?" Jihoon berkata.

Lelaki itu mengangguk. Apabila dia menoleh sedikit menghadap Jiwon, nafas Jiwon terhenti.

Oh tidak, bidadara mana pula singgah rumah aku ni?

Jiwon terkaku disitu.

"Eh, Jiwon—" Jihoon memanggilnya.

Jiwon tersedar. Dia memandang lelaki itu. Lelaki itu juga memandangnya. Lelaki itu tersenyum kecil.

Jiwon terus berlari menaiki tangga ke biliknya. Gugup jumpa bidadara depan mata agaknya.

Buk!

Dan dia jatuh tangga.

"Waktu macam ni juga kau nak buat hal, wahai kaki." Dia memarahi kakinya.

Dia berlari masuk ke dalam bilik lalu memegang pipinya.

Panas. Ya, dia blushing.

Siapa tu? Comelnya!

— ☁️

Selepas makan malam, Jiwon menyerbu bilik abangnya.

"Abangabangabangabang— hmph!"

Dah macam cute girl. Cuma muka sahaja bukan macam punggung.

Jihoon menekup mulut Jiwon. Annoying betul adiknya seorang ini. Eh, samalah macam abang dia!

"Tadi tu siapa? Kawan abang ke? Berapa tahun? Sekolah mana? Single lagi ke tak? Dia—"

"Eh, kau dah kenapa? Kau suka dia ke?"

Jiwon tersengih. "Tak adalah. Saja Jiwon tanya."

"Itu Doyoung. Kim Doyoung. Dia kawan abang. Tua setahun dari kau. Sekolah dia sebelah sekolah kau."

Pergh, detail! Ha, maklumat macam inilah yang Jiwon suka.

"Comel kan Doyoung tu, bang?" Jiwon tersenyum menunjukkan barisan gigi comelnya.

Jihoon memandang Jiwon pelik. "Kau ni dah kenapa, Jiwon? Jangan cakap kau suka dia. Kau kenal pun tidak."

"Tak salah pun kan?" Jiwon tersengih macam kambing. Mukanya menunjuk riak tidak bersalah.

"Kau biar betul, Jiwon?!" Jihoon terjatuh dari kerusi yang didudukinya.

Jiwon mencebik melihat reaksi abangnya. Kecil hati bila abangnya kata begitu.

"Ha, nak kecamlah tu. Yalah, Won tahulah Won ni—" sebelum Jiwon memulakan apa-apa drama, Jihoon sudah terlebih dahulu memotong kata-katanya.

𝙘 𝙡 𝙪 𝙢 𝙨 𝙮 + 𝙠 𝙙 𝙮Where stories live. Discover now