0 1 0

550 93 4
                                    

— ☁️

Jiwon hanya melihat Jeongwoo dan Doyoung yang bergelak ketawa main basketball di belakang rumah. Dia mencebik.

Dia pun nak turut serta juga dalam permainan mereka.

"Jiwon-ah, taknak main sekali ke?" Doyoung mengajak.

Doyoung akan berada di rumah mereka sepanjang hari itu sehingga Jihoon pulang. Jadi babysitter kononnya. Babysitter apa, beza umur mereka setahun je.

Hm, bolehlah babysit sesama sendiri kan?

"Eh, boleh ke Jiwon join sekali?" Jiwon membalas dengan teruja.

"Hyung, Jiwon tu mana boleh lompat-lompat lagi. Jihoon hyung tak kasi dia lompat-lompat. Kan kaki dia baru baik."

"Oh, iya kan. Sorry." Doyoung tersengih.

Jiwon mencebik. "Ala, sikit je pun. Bukannya sampai patah kaki pun."

"Ha cakap besar, nanti jadi apa-apa, padan muka." Jeongwoo berkata.

"Yalah, yalah."

"Eh nak tahu tak rahsia nak kuatkan kaki?" Doyoung berkata.

"Macam mana?"

"Ambil tali. Lepastu ikat dua CD dekat setiap hujung tali. Buatlah banyak banyak. Lepastu, gantung dekat kaki."

"Ish, tak berat ke?"

"Mestilah berat. Fungsi dia sebagai pemberatlah. Memanglah susah tapi kalau nak sesuatu, kena usaha kan kan kan?" Doyoung mengangkat-ngangkat kening.

Jeongwoo dan Jiwon mengangguk setuju.

"Ha lepas gantung tu, hari-hari angkat kaki dengan pemberat tu. Lama-lama otot kaki kuatlah."

"Oh, macam beg pasir." Jiwon berkata.

"Ha! Betul tu! Tapi beg pasir tu kebiasaannya untuk athlete lumba lari."

"Oh." Jeongwoo dan Jiwon mengangguk faham.

"Lepas ni, kaki kau mesti cepat kuat. Dah tak senang terseliuh dah."

"Yes! Lepas ni aku boleh lawan homerun dengan kau, Jeongwoo!" Jiwon bersorak.

"Ceh, boleh ke? Aku dah pro tau." Jeongwoo berkata sinis.

"Kurang asam punya jongang. Kau tunggu je nanti." Jiwon berkata perlahan.

Doyoung hanya ketawa melihat dua beradik tersebut.

— ☁️

Malam itu, setelah pulang Jihoon berguling-guling di biliknya. Penat mengajar budak-budak menari.

Ya, dia merupakan guru tari separuh masa. Lagi separuh masa, tanam anggur saja.

Kemudian dia terlihat kelibat Jiwon yang dari tadi keluar masuk bilik.

Sekejap bawak masuk tali, sekejap bawak masuk kotak CD lama.

"Eh dah kenapa budak ni?" Jihoon keluar dari bilik lalu melangkah ke bilik Jiwon.

Dia menolak sedikit pintu bilik Jiwon yang sudah sedia terbuka tu.

"Jiwon?"

"Oh, abang. Masuklah." Jiwon membalas. Tangannya sibuk menyambungkan tali dan CD.

"Jiwon buat apa dengan semua CD ni?" Dia melihat bilik Jiwon yang bersepah.

"Tengah buat pemberat kaki ni." Jiwon berkata tanpa memandang Jihoon.

Jihoon melihat hasil juntaian CD yang telah siap.

"Macam mana kau tahu pasal pemberat kaki ni?"

"Doyounglah, hehe." Jiwon tersengih.

Aku agak dah, mesti Doyoung bagitahu Jiwon pasal ni.

Dia hanya melihat Jiwon yang tekun mengikat tali ke CD.

Apabila Jiwon menyedari Jihoon hanya diam dari tadi, dia memandang Jihoon.

"Kenapa abang senyap je?"

Jihoon tersenyum nipis.

"Kesian adik abang ni." Jihoon mengusap kepala Jiwon.

Jiwon memandang abangnya pelik.

Eh abang ni dah kenapa, baik semacam. Kalau tak, kerjanya nak membuli je.

"Kenapa?"

"Jiwon mesti nak sihat balik macam dulu kan?" Jihoon bertanya.

Jiwon mengangguk.

"Mestilah. Won cemburu tau tengok Jeongwoo pergi latihan baseball tiap-tiap petang. Lagipun bang, Won malulah. Kalau Won jatuh kat mana-mana, semua orang gelak dekat Won." Jiwon mencebik.

"Dahla Won tak ada kawan nak tolong Won. Takkanlah setiap masa Jeongwoo je nak kena tolong Won. Mesti lama-lama dia menyampah." Tiba-tiba sahaja mood Jiwon jadi sedih.

Jihoon memeluk bahu Jiwon. "Laa, kenapa cakap macam tu? "

"Won rasa Won banyak kongkong Jeongwoo. Won banyak susahkan orang lain." Jiwon menunduk bermain dengan jarinya.

"Won, tulah fungsi adik-beradik. Kali ni kau jatuh, Jeongwoo dengan abang tolong. Mana tahu lain kali, Jeongwoo atau abang jatuh, kau pula yang tolong."

Jiwon terdiam. "Won takutlah, bang."

"Takut apa?" Jihoon memandang Jiwon pelik.

"Won takut Jeongwoo lama-lama rasa menyampah dan bosan dengan Won. Won takut Won ni jadi beban." Tiba-tiba setitik air matanya jatuh.

"Hei, janganlah menangis. Jiwon abang kan macho, mana boleh menangis." Jihoon mengusap bahu Jiwon perlahan.

Jiwon tergelak kecil. Dia menyeka air matanya perlahan.

"Jeongwoo mesti faham. Dia kan kembar kau. Mesti bagi dia, Won lagi penting."

"Dah, tak payah nak menangis lagi. Jom abang tolong kau siapkan semua ni."

Jiwon tersenyum. "Okey."

— ☁️

- idea kering y'all :(

𝙘 𝙡 𝙪 𝙢 𝙨 𝙮 + 𝙠 𝙙 𝙮Where stories live. Discover now