Malam tu, Dalyne lepak ke tempat kerja unclenya. Biasalah... Dia tengah bosan sekarang ni. Tapi tak sangka uncle dia lambat siap kerja hari ni.
"Uncle... Lama lagi ke nak siap tu?" Soal Dalyne sambil baring di atas sofa kulit berwarna coklat.
"Apa? Kamu ingat kerja uncle ni mudah ke? Ingat senang ke jadi polis? Banyak kerja tahu? Lebih lebih lagi ada pangkat macam uncle..." Ujar Azman, uncle Dalyne.
"Tapi Dalyne dah ngantuk ni uncle. Uncle cakap tadi sikit je..." Ujar Dalyne lalu menguap kecil.
"Tak senonoh punya budak! Jom kita balik. Kerja uncle dah siap!" Ajak Azman.
"Yeah! Tak sabar rasanya nak sampai kat rumah! Katil... Wait for me..." Nyanyi Dalyne riang. Selepas Azman tutup pintu biliknya, tiba tiba, telefonnya berbunyi nyaring.
"Ya. Ada apa?" Soal Azman.
Dalyne cuma memerhati tingkah laku unclenya yang berbicara dengan entah siapa di telefon dengan muka serius. Setelah selesai berbicara di telefon, Azman mendekati Dalyne.
"Dalyne... Uncle minta maaf sangat sangat okay. Tiba tiba agent interpol call dan cakap mereka ada urusan di sini. Jadi uncle tak boleh balik sama sama dengan kamu" keluh Azman.
"Takpelah uncle. Rasanya esok Sabtu kan? Jadi Dalyne nak teman uncle lah" ujarnya sambil menahan ngantuk.
"Sabtu apanya? Esok Jumaatlah... Dah pergi tidur kat bilik uncle. Atau kamu nak balik?" Soal Azman sambil menghulur kunci bilik kerjanya.
Tanpa sebarang kata Dalyne mangambil kunci dari tangan unclenya lalu menuju ke bilik. Semasa dia nak buka pintu, dia sempat menoleh sebentar dan dia nampak seorang lelaki cina bersama seorang gadis yang ditutup topeng mukanya sambil diiringi oleh pihak polis.
"Manusia zaman sekarang... Suka betul buat masalah" bebel Dalyne merapu sebelum masuk ke bilik kerja unclenya.
****
Rockabye...Baby rockabye...I'm gonna rock you~
Dalyne mengapai telefonnya untuk mematikan alarm. Kacau betul benda ni...
Huarrghhh... Dia mengeliat di atas katil. Selepas dia regang sikit badan, dia bersihkan diri. Dalyne tergesa gesa menyarungkan pakaian sekolah dan main rembat je beg yang sememangnya dia khaskan untuk Jumaat. Tak lupa juga telefon dia."Selamat pagi uncle and my beloved mama~" ujarnya riang sambil berlari ke dapur.
"Dalyne... Sarapan dulu" ujar Puan Flora, mama Dalyne.
"Tapi ma... Dalyne dah lambat nak pergi sekolah ni..." Rengeknya.
"Duduk! Makan roti je dan jangan lupa minum air. Nanti tersedak!" Ujar Azman.
Masin mulut unclenya, Dalyne pun terbatuk batuk tersedak roti yang disapu coklat hazelnut. Puan Flora terus menghulur secawan teh hijau pada Dalyne.
"Uncle! Tahu mulut masin, janganlah sebut benda macam tu!" Marah Dalyne. Azman tak sudah sudah ketawakan anak saudaranya itu. Puan Flora mengeleng kepala melihat telatah anak bujangnya dan adik kandungnya itu.
"Dalyne pergi dulu okay! Jaga diri tau mama dan uncle!" Laungnya dari pintu ruang tamu. Dengar sampai ke dapur.
"Kamu tak beritahu Dalyne lagi?" Soal Puan Flora.
"Belum. Semalam Az nak beritahu akak tapi budak itu dah tertidur. Az biar jelah. Hari ni dia kan ke sekolah..." Ujar Azman sambil menghirup tenang teh hijaunya.
****
"Bro! Nak lepak tak?" Ajak Alex.
"Tak naklah. Lepak pun bukan boleh buat apa apa..." Rungut Dalyne.
![](https://img.wattpad.com/cover/172910280-288-k954503.jpg)
YOU ARE READING
COMPUTER LEGEND [I'M A HACKER]
FantasyHighest ranking #2 in teknologi/tecnologi-020220 #8 in nerd-020220 #6 in buli -160319 #1 in teknologi-300319 #19 in sci-fi-070419 #4 in crime-130419 #1 in bully-040519 #1 in teknologi-080619 Dira Syawani seorang budak nerd tapi disebalik rupanya itu...