11:Selamat?

211 26 9
                                    

"1"

"2"

"3"

BUMM!!!

"Sial! Diaorang dah lari!" Marah salah seorang daripada mereka.

"Jom blah dari sini!" Ajak seorang lagi. Mereka mula melangkah keluar sebelum seorang dari mereka berhenti melangkah tiba-tiba.

"Ada ap-" Dia memberi isyarat senyap pada kawannya lalu senyum sinis.

"Aku tahu korang masih berada di sini. Tapi sebab aku malas nak main tarik tali dengan korang, aku biarkan saja korang bersembunyi. Tapi lain kali aku jumpa korang, jangan harap aku lepaskan korang" ujar orang itu sambil melangkah perlahan-lahan menghampiri tingkap yang terbuka luas.

Dira menggeletar takut dalam pelukan Ryan. Ryan cuba menenangkan Dira dan dalam masa yang sama, dia cuba berfikir macam mana nak melarikan diri dari situ. Tadi mereka berdua bernasib baik kerana di luar tingkap ada tiang yang mendatar untuk mereka berdua bersembunyi sementara. Derapan kaki orang itu semakin hampir dan Ryan tiada cara lain selain...

"Ready Dira? Kita akan lompat ke bawah" ujar Ryan sambil matanya meliar memandang ke bawah nak cari tempat landing yang sesuai. Dira terpaku lalu memandang ke bawah.

"Awak gila ke Ryan? Tempat ni tinggi 10 tingkat..." bisik Dira. Ryan tersenyum kecil memandang Dira.

"Trust me Dira..." ujar Ryan lalu memeluk Dira erat dan melompat dari situ. Dira yang berada dalam pelukan Ryan mengenggam erat baju Ryan. Nasib juga tingkap Dira berdekatan dengan padang yang lapang sebelum beberapa meter dari hutan.

Tepat masa orang itu menjenguk tingkap Ryan dan Dira sudah tiba di bawah dengan selamat lalu melarikan diri ke arah hutan yang berdekatan.

"Erm... Kau semakin pantas. Kau dah tak macam dulu... Nampaknya kau sangat tekad dan sayang betul pada anak prof tu... Jika ditakdirkan kita akan bertemu semula pada masa yang terdekat... Ryan... Mari keluar dari sini" ujar orang itu lalu tersenyum hambar.

"Baik tuan" jawab dua orang anak buahnya. Dia melangkah keluar dari bilik itu namun langkahnya berhenti seketika. Dia memandang ke arah bulan purnama yang memancarkan cahaya menerangkan malam yang gelap gelita.

"One day Ryan... One day..." bisik hatinya.

****
Rentak Dira semakin perlahan mengejar langkah Ryan yang masih laju di depannya. Kepalanya sudah berpinar kerana kekurangan oksigen. Akibatnya dia berjalan terhuyung hayang tanpa memandang ke depan dan tersungkur. Dia sudah tiada kudrat lagi nak memanggil Ryan. Dia cuma mampu melambai lemah tangannya ke arah Ryan yang meneruskan langkah tanpa berpaling ke belakang walaupun hanya untuk seketika.

"Ryan..." desis hatinya. Pandangannya semakin kabur dan lemah. Akhirnya, pandangan menjadi gelap gelita.

****
Ryan berasa letih dan berhenti seketika. Dia bersandar pada sebatang pokok yang besar dan menghembus perlahan nafasnya. Dia memeriksa lokasi di smartwatchnya. Dia tersenyum hambar.

"Tak lama lagi kita akan sampai di rumah perlindungan" ujar Ryan girang lalu memandang ke belakang. Namun tiada kelibat Dira berada dalam pandangannya. Matanya meliar ke sekeliling namun masih tiada bayangan Dira. Ryan mula mengambil beberapa langkah untuk mencari Dira. Hasilnya tetap sama...

"Dira!" Jerit Ryan. Namun tiada sahutan. Ryan mula panik. Mungkin saja Dira tertinggal di belakang dan tersesat. Atau mungkin dia berjaya ditangkap tanpa dia sedari? Andai itu segera dibuang dari fikirannya dan dia mula berpatah balik mencari Dira.

"Tuhan... Lindungi Dira..." ujarnya berharap.

*p/s: sorry kalau citer makin hambar🙇

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

COMPUTER LEGEND [I'M A HACKER] Where stories live. Discover now