10: Kakak Ryan

308 25 1
                                    

Ryan berpeluk tubuh sambil bersandar pada sofa dalam bilik VIP itu. Baru sahaja matanya mahu terlelap, tiba-tiba pintu bilik itu terbuka luas.

BUM!!!

Ryan yang baru tertidur tadi terus tersedar. Dia mengosok matanya sambil memandang orang yang berdiri di depan pintu. Selepas Ryan mengetahui identiti orang itu, dia tidur kembali. Orang itu mendekati Ryan lalu mengetuk kepala Ryan. Ryan tersedar semula lalu menguap. Ryan mengeliat dan terus berdiri.

"Kakak..." Kata Ryan serak.

"Uhh? Kamu mengantuk ke?" Soal kakaknya.

"Ya... Saya baru nak tidur, kakak kacau..." Rungut Ryan lalu mengambil air di sebelah katil Dira.

"Ishh... Tahu merungut je kerja..." Ujar kakaknya.

Mata kakak Ryan meliar ke segenap penjuru bilik. Kemudian, dia menjongket sebelah keningnya.

"Kawan-kawan kamu mana?" Soal kakaknya.

"Dah balik. Tadi kakak cakap nak jaga Dira. So diaorang balik" ujar Ryan.

"Habis tu, kamu pula tak balik, kenapa?" Soal kakaknya.

"Saya tunggu kakak sampai dulu..." Ujar Ryan sambil menahan diri daripada menguap. Kakaknya jatuh kasihan melihat Ryan.

"Tidurlah dulu kat sofa tu. Kakak ada benda nak urus sekejap..." Ujar kakaknya di muka pintu lalu menutup pintu itu kembali.

"Emm..." Balas Ryan dan duduk di atas sofa. Dia memandang ke arah Dira yang terbaring di atas katil hospital.

"Kenapa kau nak sangat diaorang buli kau? Aku boleh tolong... Kenapa tak minta?" Ujar Ryan lalu baring di atas sofa dan terus melelapkan matanya. Kakaknya yang mendengar dari depan pintu hanya mengeluh.

"Helo?..."

"Ya..." Kakak Ryan terus memutuskan talian. Dia berjalan tergesa - gesa menuju ke sesuatu tempat. Atau lebih tepat lagi ke bilik doktor.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk" jawab suara dari dalam bilik itu. Kakak Ryan memulaskan tombol pintu sebelum masuk tetapi sesuatu terlintas di mindanya membuatkan langkah dia berhenti di depan pintu. Dia dekatkan telinganya dengan muka pintu dan kedengaran seseorang sedang bercakap dengan telefon. Dia jadi hairan dan cuba memastikan keadaan sekarang terkawal.

"Helo, doktor? Doktor sibuk tak? Saya nak cakap sikit?" Ujar kakak Ryan. Kedengaran orang dalam itu cepat - cepat meletakkan gagang telefon kembali di tempat asalnya dan talian terputus.

"Ya. Ya... Awak boleh masuk" jawab orang itu dari dalam. Kakak Ryan menolak pintu itu dan dia terkejut melihat orang di depannya itu.

"K-kau?"

"Ada benda saya boleh bantu awak?" Soal orang itu duduk di sofa single berwarna merah hati sambil memegang gelas yang berisi wain merah.

"Sherry? Awak masih hidup?" Soal kakak Ryan terkejut.

"Saya tak boleh mati dengan cepat. Seperti yang awak tahu, takdir menemukan kita lagi... Ayu-ni?" Ujar orang itu sambil tersenyum sinis.

"Ma-macam ma-mana aw-"

"Macam mana aku selamat?"

"Seseorang telah diutuskan untuk selamatkan aku, Ayuni... Dan aku pernah cakap dulu, tak kira cepat atau lambat, kita akan berjumpa lagi..." Ujar Sherry.

"Baiklah... Aku tak salahkan takdir tapi tolong aku... Bukan... Tolong anak profesor... Aku mohon kau rawat dia secara rahsia dan padam semua data dia di dalam hospital ni..." Ujar kakak Ryan lalu melutut di depan Sherry. Sherry kelihatan tergamam.

"Profesor? Anak profesor?! D-dia masih hidup? Macam mana? Apa yang berlaku? Apa yang mereka nak aku buat sebenarnya?!" Marah Sherry lalu menggenggam gelas di tangannya sehingga pecah. Kaca dari gelas itu berterabur dan sesetengahnya tercucuk tangan Sherry.

"Itu ke tujuan mereka?!" Ujar Sherry sambil air matanya mengalir.

"Aku pun tak tahu, Sherry... Profesor merekrut adik aku dan seorang lagi untuk jaga Dira. Kita... Kita perlu tolong mereka Sherry..."

"A-aku... Aku..." Sherry bangun dan membelakangkan Ayuni.

"Aku akan tolong... Aku nak balas budi profesor..." Ujar Sherry.

"Terima kasih. Aku dimaklumkan bahawa ada spy mereka dihantar ke sini... Sebab itu, aku minta bantuan kau... Kau saja yang aku boleh harapkan..."

"Baiklah... Siapa nama anak prof itu?"

"Dira..."

****
Ryan terjaga kerana tekak dia berasa haus. Dia menuju ke arah meja yang berdekatan dengan pintu dan minum segelas air. Kemudian, telinga terdengar sesuatu. Derapan kaki beberapa orang yang laju dan kedengaran seperti mereka berlari anak menuju ke...

Tok! Tok! Tok!

Ryan mengundurkan langkahnya perlahan-lahan dan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Dia cuba menuju ke arah Dira. Kelihatan Dira masih tak sedarkan diri. Dalam keadaan begini, dia tak boleh bawa Dira keluar dari hospital. Ryan berjaga-jaga bagi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Huk! Huk!

Ryan segera menoleh ke arah Dira. Dira membuka matanya perlahan-lahan. Dia cuba mengerakan badan.

"Arggh..." Dira terus memandang ke depan dan terkejut.

"Ahh~ Emm...Emmm..." Ryan segera menutup mulut Dira daripada terkejut.

"Diam... Ada orang di depan bilik awak sekarang... Mereka sedang cari awak..." Bisik Ryan di telinga Dira. Mata Dira membulat dan menggangguk faham. Ryan melepaskan tangannya di mulut Dira dan cuba pergi ke depan pintu. Kemudian, Dira menarik kembali jaket Ryan.

"Apa?" Soal Ryan dengan isyarat menjongketkan keningnya sebelah. Dira membuat isyarat dia hendak minum air. Ryan mencapai botol air mineral di sebelah katil Dira dan memberinya kepada Dira.
Dira menarik jaket Ryan kembali. Ryan menoleh ke arah Dira.

"Mereka mula mengira 1..."

"2..."

"3..."

Bumm!!! 

COMPUTER LEGEND [I'M A HACKER] Where stories live. Discover now