9:Hospital

273 23 1
                                    

Fikiran Ryan merawang jauh dari benda yang dibincangkan mereka. Jantung tak berhenti berdebar setiap kali dia teringatkan Dira. Tambah lagi, naluri dia kata Dira ditimpa kemalangan. Kemudian, dia teringat ketika dia keluar tadi, hanya Dira dan The Hotty saja dalam kelas. Ahh!!! Celaka!!!

BUMPP!!!

Terkejut tiga ekor beruk di depan Ryan apabila Ryan menumbuk meja di tepinya. Nasib meja tu agaknya... Meja tu terbelah dua... Dahsyat...

"Cepat kita ke kelas! Dira dalam bahaya!" Ujar Ryan tiba-tiba membuatkan tiga orang itu bertambah pelik.

"Ishh!!! Cepatlah!!!" Marah Ryan. Tiga orang itu mengikuti Ryan yang berlari menuju ke kelas. Apabila mereka hampir dengan kelas... Hampir hampir Dalyne termuntah menghidu bau hanyir yang maha kuat tu. Alex, Mike dan Dalyne berhenti seketika sementara Ryan merempuh pintu kelas mereka. Terlopong dia melihat Dira terbaring kaku dengan badan penuh darah dan pakaian yang terkoyak?!

"Dira!!!" Jerit Ryan. Jeritan itu menarik perhatian tiga orang beruk tadi.

Mendidih darah Ryan melihat Dira diperlakukan seperti itu. Dia segera membuka jaket miliknya lalu disarung pada badan Dira. Dira diangkatnya lalu dia berlari ke kereta. Sempat dia berpesan ada tiga beruk tadi...

"Tolong cuci bersih-bersih darah Dira di belakang kelas kita tu" ujar Ryan. Alex, Mike dan Dalyne speechless melihat keadaan Dira yang sedang dibawa oleh Ryan tu. Ryan bertambah marah apabila tiga beruk itu merenung tajam Dira.

"Dengar tak?!" Gertak Ryan. Baru tiga beruk tu sedar.

Ryan meletakkan Dira di tempat duduk belakang dan dia memecut laju ke hospital yang berhampiran. 'Aku sumpah akan bunuh The Hotty!!!' Sumpah Ryan dalam hati. Dira terus dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Ryan ingin masuk ke dalam wad tetapi ditahan oleh jururawat disitu. Dia menumbuk dinding lalu meramas kasar rambutnya.

Dia sangat menyesal tinggalkan Dira seorang diri dalam kelas tadi. Kalaulah dia terfikir benda ni akan terjadi... Tak akan dia tinggalkan Dira... Tak akan... Namun, kenapa semua perkara perlu bergantung pada 'kalau'?

****

"Kenapa kita kena bersihkan benda ni?" Soal Dalyne sambil berkali kali menahan diri dari muntah. Banyak sangat darah...

"Yelah... Kenapa aku tak terfikir tadi?" Ujar Mike. Mike menelefon beberapa orang suruhan mereka untuk bersihkan darah tu.

"Pemalas punya kawan..." Ujar Alex.

"Korang rasa ini kerja siapa?" Soal Dalyne. Alex dan Mike merenung tajam ke arah Dalyne. Kemudian, mereka menggelengkan kepala serentak. Nampak sangat sel sel otak Dalyne lambat berhubung...

"Ni mesti sebab dia masa kecik dulu tak minum susu Dutch Lady..." Ujar Mike.

"Aku minumlah..." Ujar Dalyne.

"Kan... Aku yang minum susu Durgo masa kecik dulu lebih cepat tangkap dari dia yang minum susu Dutch Lady tu..." Ujar Alex tanpa menghiraukan Dalyne di tengah tengah mereka berdua sudah nak menangis.

"Huarwggh!!! Sampai hati korang kata aku lembab..." Cebik Dalyne.

"Kitaorang tak cakap... Kau sendiri mengaku, bukan?" Ujar Mike. Orang suruhan mereka sudah menggelengkan kepala melihat perangai kanak-kanak majikan mereka.

****
"Adik..." Ujar seseorang sambil mengoncang perlahan badan Ryan. Ryan cepat membuka matanya.

"Ya? Macam mana dengan Dira? Dia okay tak?" Soal Ryan.

"Ohh... Budak yang adik bawa tadi ke?" Soal jururawat itu.

"Yes!" Balas Ryan.

"Nasib adik cepat bertindak tadi. Kalau tak, dia mungkin dah kembali pada Illahi tadi" Hampir putus nyawa Ryan mendengar kata-kata jururawat itu. Nasib dia cepat-cepat bawa Dira ke hospital.

"Dira kat mana sekarang?" Soal Ryan.

"Dia sudah dipindahkan ke wad biasa. Keadaan dia sudah stabil" jawab Jururawat bernama Alice.

"Boleh pindahkan dia ke wad VIP?" Soal Ryan. Alice mengangguk.

"Thanks kak Alice..." Ujar Ryan dan berlalu dari situ. Alice terkejut pada mulanya kemudian ketawa.

"Sah sah dia tahu nama kau Alice. Kau kan guna name tag?" Ujar Alice lalu ketawa kembali.

Setelah Dira dipindahkan ke wad VIP, Ryan menjaganya. Alex dan Mike datang ke hospital dan membawa makanan dan pakaian untuk Ryan.

"Dah beritahu mama aku tadi, Mike?" Soal Ryan.

"Settle Ryan" jawab Mike dan Ryan segera menukar pakaiannya dalam tandas kat bilik tu.

I was thinking about you, thinking about me, thinking about us~

Ryan segera mengangkat Oppo F9 dia yang riang berlagu.

"Hello..." Ujar Ryan.

"Adik kat mana sekarang?!" Marah kakaknya.

"Akak! Bukan Mike dah beritahu mama tadi?" Soal Ryan.

"Takda pun..." Balas kakaknya. Ryan merenung Mike yang sedang sibuk dengan telefonnya.

"Ryan dekat-"

"Dira okay tak?" Soal kakaknya memotong kata-katanya.

"Okay. Keadaan dia dah stabil sekarang. Akak jangan risaulah" ujar Ryan.

"Adik tunggu kat sana! Akak akan ke sana!" Arah kakaknya.

"Ehh... Tak perlulah akak!" Balas Ryan.

"Bongok! Kau tu bukannya suami dia! Tak pasal kauorang kena tangkap basah nanti... Mana nak letak muka?" Marah kakaknya.

"Ohh... Hehehehe... Adik lupalah akak..." Ujar Ryan.

TUTT...

Ryan memandang skrin telefonnya yang kembali sepi itu sebelum dia memandang Mike.

"Maaf bro! Aku tergesa gesa ke sini tadi. Terlupa pula nak maklumkan pada family kau..." Ujar Mike.

"Nasib yang call tadi, akak aku. Macam mana kalau abah yang call? Aku suruh kau jawab bagi pihak aku..." Ujar Ryan. Mike tersengih sahaja.

"Dah tu. Ryan ni ambik makanan ni. Kami tahu kau tengah berlapar sekarang ni. Nanti tak pasal pasal kau juga duduk kat hospital ni..." Bebel Alex.

"Dalyne mana?" Soal Ryan sambil mengambil plastik makanan dari Alex.

"Macam kau tak tahu dia tu takut hospital?" Sampuk Mike.

"Entah macam mana dia boleh jadi juara dunia perisikan..." Bisik Alex. Takut 'dinding' dengar... Bukan apa... Zaman atom ini, banyak 'dinding' yang dah ada 'telinga'. Itulah evolusi dinding dari zaman batu sampai zaman atom.

COMPUTER LEGEND [I'M A HACKER] Where stories live. Discover now