7:Kahwin?

322 27 1
                                    


Ryan berlari ke taman belakang sekolah. Faham sangat dia yang Dira selalu lepak situ... Macam mana dia tahu? Well that secret...

"Dira... " ujar Ryan. Dira pura pura membaca komik yang baru dibelinya.

"Dira... Kalau ya pun awak nak membaca, tak akan awak baca buku terbalik? "Soal Ryan menahan ketawa. Terbeliak mata Dira. Dia sendiri baru sedar dia baca buku terbalik.

"Mana a-ada?! Saya tengok gambar kat komik yang terbalik ni... "Dalih Dira.

"Kalau betul pun, awak nampak apa?" Soal Ryan sambil menurunkan komik dari melindungi muka Dira yang memerah tu. Dira mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Emm... Saya tahu awak marah saya sebut macam tu tadi. Tapi saya betul betul nak kotakan apa yang saya katakan tadi... Sudi tak awak jadi isteri saya?" Soal Ryan. Terkejut beruk Dira dan Mike.

BUKK!!!

"Kalau je pun kau nak kahwin dengan Dira... Tunggu habis sekolah. Biar ada kerja. Nanti tiada kerja macam mana nak tanggung anak dara orang?!" Takzirah Mike. Dia beri takzirah itu ikhlas dan percuma. Tak perlu bayar, kawan!

"Aku bergurau, bongok! Salah ke?" Balas Ryan sambil mengusap sayang kepalanya yang diluku Mike tadi. Kalau dia tak sayang kawan dia yang sorang ni tadi, dah lama dia campak ke Gunung Everest sana! Ada kawan tapi kawan hampeh!

"Tapikan kalau saya ajak Dira kahwin betul-betul, Dira nak tak?" Soal Ryan serius.

"Janganlah main-main Ryan! Sijil Pelajaran Malaysia pun belum diambil. Ada hati nak kahwin. Tambah lagi macam Mike sebut, awak tak kerja lagi..." Balas Dira sambil memerah satu muka.

"Tapi saya tanya awak dengan serius ni... Pasal kerja jangan risau... Saya boleh cari nanti... Janji kita kahwin dulu..." Balas Ryan sungguh-sungguh. 'Aku dah kerja Dira. Cuma kau je tak tahu sebab kerja aku berbahaya...' Desis hati Ryan.

"Ehh... Tak habis habis mengatal kau ni!" Ujar Mike.

"Suka hati akulah. Urusan aku... Bukan kau. Sibuk hal orang buat apa?" Marah Ryan.

"Dah dahlah gaduh tu... Saya lapor pada Cikgu Shamsul nanti padan muka korang nanti!" Ujar Dira.

"You ingat cikgu disiplin you tu berani nak lawan I ni?" Ujar Mike dengan gaya Gediks nya...

"Dira... Awak kenal tak orang tu?" Soal Ryan.

"Entahlah... Saya tak pernah nampak dia sebelum ni... Dahlah gedik, menyampah saya tengok..." Balas Dira sambil berpeluk tubuh.

"Hey! Korang ni... Mana aci?" Ujar Mike sambil memuncung mulut.

"Aci kat Taman Sri Jaya sana..." Ujar Dira. Mereka bertiga ketawa serentak.

Tanpa mereka sedar, ada seseorang memerhatikan mereka. Lebih tepat lagi, dia sedang memerhatikan Dira. Dia mengambil gambar Dira dan berlalu pergi. Ryan rasa tak sedap hati lalu berpaling. Namun, dia tak nampak sesiapa berhampiran dengan mereka.

"Dira... Kau balik kelas dulu. Aku ada hal nak bincang dengan Ryan" arah Mike.

"Okay. No problem" ujar Dira sambil memeluk komiknya dan berlalu pergi. Setelah mereka pastikan Dira jauh dari mereka, barulah Mike membuka mulutnya.

"Aku rasa ada orang tengah perhatikan kita tadi..." Ujar Mike.

"Bukan kita tetapi Dira... Mereka sudah tiba, Mike. Mereka dah mula untuk memburu Dira. Sebab tu aku nak kahwin dengan Dira... Supaya aku lebih senang nak jaga Dira. Sudahlah dia sorang sahaja kat rumah. Ayuni ajak dia tinggal sama-sama dia tak nak. Kalau dia tinggal dengan Ayuni, tak apalah. At least Ayuni boleh jaga dia..." Luah Ryan.

"Macamlah aku tak pernah pujuk Dira tu... Dia tu degil tahu tak? Tambah lagi dengan keras kepalanya... Sakitkan hati je nak pujuk dia nanti pun dia beri seribu alasan nak elak perkara tu" ujar Mike.

"Tahu... Tengoklah perangai ibunya. Begitu juga dia... Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi?" Ujar Ryan.

"Betul tu. Bagaimana acuan begitulah kuihnya..." Sokong Mike.

"Bukan ke maksud dua peribahasa tu sama? Kau ulang buat apa?" Soal Ryan.

"Ehh... Ye ke? Aku pun tak pastilah sebab aku selalu tidur kelas Bahasa Melayu. Bahasa Melayu sangat bosan untuk dipelajari..." Ujar Mike.

But very deep inside... Everybody lies~

Mike segera mengangkat panggilan dari Alex. Setelah seminit setengah Mike berbual dengan Alex, dia mengajak Ryan ke bilik lepak mereka.

COMPUTER LEGEND [I'M A HACKER] Where stories live. Discover now