6:New Student

325 29 2
                                    

Dira menutup pintu Cybercafe kerana sudah tiba masanya untuk balik ke rumah. Tiba tiba dia teringat sesuatu.

"Bercakap pasal rumah... Alamak! Sewa lupa pula aku nak bayar!" Ujarnya cemas.

Nasib hatinya belakangan ini tergerak menyuruhnya jimat guna duit. Rupanya, sewa rumah dia lupa nak bayar. Dira berpaling ke kanan dan...

"Oii! Mata letak kat mana? Lutut?!" Soal Dira geram. Lelaki kat depan dia terjatuh macam nangka busuk.

"Aduh... Sakitnya bontot..." Bisik lelaki tu.

"Tahu pun sakit! Dah tu orang yang kau langgar ni kau ingat tak sakit?" Soal Dira geram.

"Sorry... Aku tak sengaja. Aku tak tengok depan tadi" ujar lelaki itu sopan.

"Fine... Ak.." Kata kata Dira terhenti sebaik saja lelaki itu mengangkat mukanya. Oh my!!! Muka handsomenya!!! Dahlah mata dia warna hazel! Rambut pula wow... Style kita suka...

'Dahlah handsome... Sopan pula tu... Malu titew' bisik hati Dira.

Lelaki itu segan apabila Dira pandang dia tak berkelip mata. Dia juga akui yang Dira comel... Pipi lelaki itu mendadak jadi merah.

"Hello? Miss?" Ujarnya supaya Dira henti tenung dia bagai nak tembus.

"Ya?" Soal Dira setelah sedar kesilapan diri. Dira pun apa kurangnya... Satu muka merah... Ish... Ish... Ish... Teruk juga penangan mamat bermata hazel ni...

"Aku Ryan" ujar lelaki itu.

"Aku... Dira..." Ujar Dira tergagap.

"Errr... Kau dah nak balik ke?" Soal Ryan segan.

"Ah... Ya..." Balas Dira tersipu sipu malu.

"Kalau tak silap, kawasan perumahan kita sama..." Ujar Ryan.

"Maksud kau Taman Cyber Satu ke?" Soal Dira.

"Ya!" Jawab Ryan gembira.

"Kalau macam tu... Jomlah kita balik sama sama..." Ajak Dira.

****

"Nah, aunty Helen... Bayar sewa Dira" ujar Dira sambil menghulur beberapa keping RM100.

"Sewa kamu dah dibayar Dira..." Ujar aunty Helen.

"Ehh... Bukan saya belum bayar lagi ke?" Soalnya.

"Ada haritu orang datang kata dia saudara Dira. Katanya dia datang nak bayar sewa" jelas aunty Helen.

Fahamlah Dira siapa yang dimaksudkan oleh aunty Helen. Ni mesti Ayuni yang tolong dia bayar... Esok dia kerja dia berterima kasih kepada Ayuni.

****
"Aku tak sangka yang Dira tu comel orangnya..." Ujar Xboy pada Drago.

"Eleh... Ni mesti kes baru jumpa ni... Aku hari hari nampak muka comel bakal 'ipar' aku. Hehehe... Jeles tak?" Ujar Drago sambil menjongketkan keningnya.

"Mana ada aku jealous... Aku siap ada gambar dia sekali. Hehehe... Sekarang siapa yang jealous?" Soal Xboy.

"Kau nampak gambar je... Boringlah... Cuba macam aku... Secara live aku nampak... Siap boleh sentuh lagi..." Usik Drago.

"Kau sentuh seinci pun mana mana bahagian badan dia... Aku kerat kerat badan kau" ujar Xboy berbaur cemburu.

"Mana aku berani sentuh dia... Tak pasal pasal aku pula jadi victim dia seterusnya... Sudah..." Keluh Drago.

"Tahu pun kau... Aku pun tak agak agak nak buat macam tu" ugut Xboy.

"C*laka! Kau boy!!!" Marah Drago.

"Relax lah, naga... Kau cepat betul baran" Xboy cuba redakan Drago.

"Tahu takut..." Sinis Drago.

"Tak... Aku takut Tuhan je" ujar Xboy lalu pantas dia tutup komunikasi mereka. Drago cuma mengeleng kepala.

****

"Selamat pagi, kelas!" Ujar Miss Laila.

"Selamat pagi, Miss!" Jawab semua murid dalam kelas.

Miss merupakan guru baru yang pindah ke sekolah ni beberapa bulan lepas dan juga guru kelas Dira.

"Maafkan saya, Miss?" Ujar seorang lelaki depan pintu kelas. Yang pasti lelaki itu bukanlah guru tetapi pelajar!

"Ohh... Haykal... Masuk dan kenalkan diri" arah Miss Laila.

"Selamat pagi. Saya Haykal Ryan. Harap semua boleh beri tunjuk ajar pada saya" ujar Ryan.

"Kamu boleh duduk sebelah Dira. Dira! Angkat tangan kamu!" Arah Miss Laila.

Walaupun Dira pandang keluar tingkap, dia masih dengar arahan Miss. Dia terus angkat tangan. Tanpa dia tahu, orang yang bernama Haykal Ryan tersenyum melihat Dira duduk disebelahnya nanti. Di belakang Dira pula Alex, Mike dan Dalyne.

"Bro! Lama tak jumpa!" Ujar Mike. Semua tertanya tanya hubungan pelajar baru itu dengan Mike a.k.a gengster sekolah.

"Aku menang, Mike!" Ujar Haykal makin menimbulkan tanda tanya.

"Dira... Ingat saya lagi tak?" Soal Haykal. Dira segera menoleh ke kiri dan dia terkejut.

"Ryan!" Ujar Dira gembira. Semua orang makin pelik. Dira kenal pelajar baru tu?

"Yes dear... Alah... Boyfriend sendiri pun lupa..." Ujar Haykal a.k.a Ryan selamba.

"Ehh berani kau ca-" kata kata Dira terhenti di situ.

"Ca? Ca... Apa?" Soal Ryan pelik.

Dira tidak membalas tetapi dia terus keluar dari kelas. Miss? Dia dah lama keluar selepas Ryan duduk disebelah Dira.

"Weihh... Dia kenapa? Swing mood ke?" Soal Ryan pada Mike.

Mike pun terus bangun tanpa membalas kata katanya. Ryan menoleh ke tepi dan dia faham sebabnya... Jebon jebon tu nak mengorat dia... Siapa lagi kalau bukan The Hotty? Ryan menolak Angela dan Marie ke tepi dan dia terus mengejar langkah Mike. Dalyne dan Alex? Mereka buat kilang tahi mata...

COMPUTER LEGEND [I'M A HACKER] Where stories live. Discover now