Malaikat tanpa sayap

34 2 0
                                    

Emak,
Yang celiknya lebih awal dari kokokkan ayam jantan.
Haru biru membuka pintu bilik melihat anaknya masih dibuai mimpi tidak ingat panggilan Tuhan.
Roti disapu marjerin,
Air Milo siap atas meja makan. Itulah rutin harian.
Anaknya disangkakan bersiap lekas mahu kejar menara gading.
Tapi sibuk memecut laju memanggil Izrael. Untuk apa?
Apabila berita kemalangan berkumandang di gegendang telinga,
Tangisan emak bertaburan di muka bumi.
Saat itu, kau tiada lagi melihat bahagia di wajah emak.

Sajak-Sajak KekuatanWhere stories live. Discover now