Pada hari keramat itu,
Kau adalah bidadari yang kehilangan kepak.
Jatuhmu ke bumi, sangat durjana.
Terlalu ramai lelaki mendekati.
Ada yang membuatmu ketawa,
Ada yang mengorban segala harta,
Ada ahli agama yang mahu menambah kuota,
Tidak kurang juga yang gila kata-kata.
Tapi matamu hanya tertumpu pada jejaka yang keseorangan itu.
Mahu berkahwin tapi tidak berharta.
Mahu bernafsu lebih tapi dilarang agama.
Akhirnya kau jadi milik dia.
Setiap hari dia carikan serpihan kepakmu,
Untuk kembali ke syurga. Bersama.

YOU ARE READING
Sajak-Sajak Kekuatan
PoetryKadang ada waktu kau hanya termenung melihat kejahatan dan kemurungan pabila kegelapan mula memasuki jendela hidupmu. Tapi dalam dirimu ada kekuatan. Yang tersorok. Yang perlu ditarik keluar, diperlihatkan kepada dunia. Yang perlu diteriakkan kepada...