Rindu di pentas semesta

27 1 0
                                    

Malam itu aku bernasib baik,
Dapat melontar rindu ke mentari yang mahu ke kamar.
Dia bertemu malam yang dirajakan rembulan.
Saat singgah di istana se-galaksi,
Rindu dikirim pada bintang yang mahu melawati kayangan.
Tapi kerana asyiknya bermain di gegelang Zuhal,
Terlepas rindu di kutub Pluto.
Kesejukan.
Malaikat hanya senyum sinis, memungut rindu yang keseorangan.
Akhirnya sampai kepada komet yang melewati jendela bilik tidurmu.
Tahukah kau rindu itu bersusah payah?

Sajak-Sajak KekuatanWhere stories live. Discover now