1%

272 41 5
                                    


"Budak perempuan yang viral dalam sosial media tu ann sebenarnya budak sekolah kita weihh.."

"Ye ke?? Patut ahh familiar semacam muka dia. Ehh,tapi dia tu asal ahh??"

"Entah. Aku kenal pon tak..—"



Seokjin.

Aku berlari selaju-lajunya kearah pagar sekolah. Pelajar lain yang lalu lalang aku langgar tanpa minta maaf. Makian mereka aku abaikan. Ada perkara yang lebih penting daripada tu.





"Kau ni siapa,hah??"

"Bukan ni ke budak yang jatuhkan reputasi sekolah kita..?? Asal tak kena buang ahh??"

"Acah pula kau..kalau takde kau kat sini, nama sekolah ni bersih je tanpa sebarang kotoran jijik."

"Budak bantuan ni..kalau tak macam mana nak masuk sekolah berprestij tinggi macam ni??"



Aku menyelinap masuk didalam kerumun orang ramai di depan pagar sekolah. Aku berhenti dengan nafas tercungap memandang mereka yang terus - terusan mencacinya.



"Kenapa kau pandang kitorang macam tu?? Nak bunuh kitorang ke hah??!"


"Apa yang kecoh-kecoh ni??! Korang takde kerja lain ke,hah??!" jeritku



Semua senyap memandang kearahku. Ada yang terus beredar sebaik sahaja aku menjerit dan ada lagi yang masih setia menunggu jeritan aku lagi.



"Korang semua tercegat apa lagi kat sini?! Pergi masuk dewan sekarang!"


Kelam kabut mereka melarikan diri masuk kedalam dewan. Setelah memastikan tiada siapa lagi dikawasan itu,aku berpaling memandangnya.





Senyuman kecil terukir dibibirku. Dia memandangku kosong dan kearahku.


"Amy..aku rindukan kau. Kau dah datang sek—"



Belum sempat aku habiskan ayat,dia terlebih dahulu menampar pipi ku kuat sehingga terteleng sebelah.


Aku memegang pipiku yang merah dan panas lalu memandangnya. Reaksinya yang kosong berubah menjadi pandangan bersalah.





Aku tersenyum apabila dia mengalihkan tanganku dan mengusap pipiku lembut.

"Sakit..?" tanya Amy lembut.


Aku menggelengkan kepala dan memegang tangannya. Dia berhenti mengusap dan memandang anak mataku.





"Terima kasih sebab datang sekolah balik,Amy."



Kami berpandangan lama. Tangannya aku usap lembut.

"Kau rindukan aku?" tanyanya.

"Rindu. Sangat-sangat"

Dia tersenyum senget. Tangannya yang aku pegang dia rentap dan mengelapnya diblazer. Wajahnya berubah dingin dan anak matanya tajam menusuk.







"Berambus. Aku tak rindu kau."katanya dan berlalu pergi.



Aku terdiam. Terkejut dengan perubahan pada dirinya.






+

Tell me,
Who am I??





✔ Berambus » 김석진Where stories live. Discover now