"aku takkan berputus asa. Aku sanggup terima segalanya. Janji kau percayakan aku. "-
Seokjin.
"Ketua! Cikgu minta hantarkan kat bilik guru!"
Buku-buku itu dicampakkan keatas meja aku. Aku mendongak memandangnya yang terus keluar dari kelas.
Aku berhenti menulis dan keluhan dilepaskan. Beg dikemas dan dibawa sekali. Buku-buku itu aku ambil dan melangkah keluar dari kelas menuju ke bilik guru.
"Cikgu..ni buku kelas kami." kataku sebaik sahaja sampai di meja guru kelas.
"Ouh terima kasih. Letak saja kat tepi tu." balasnya tanpa melihatku.
Aku mengikut arahannya dan melangkah pergi.
"Terima kasih cikgu"
Aku berhenti apabila Amy berjalan didepanku. Aku hanya mengikutinya tanpanya sedar.
"Berambus. Jangan ingat aku tak perasan kau."
Aku tersengih dan menggaru kepala.
"Hehe..ingatkan kau tak sedar. Tadi aku nampak kau dalam bilik guru..hmmm,kau buat apa??"
Dia menoleh kebelakang sekilas. Aku mengambil peluang untuk berjalan disebelahnya.
"Takyah sibuklah."
"Hmmm~ aku nak tahu jugak.."
Dia berhenti dihadapan kelasnya. Dia berpaling kebelakang memandangku dengan pandangan biasa.
"Suka hati aku lah. Pergilah,menyemak"
-
Seokjin.
"Siapkan kerja saya. Saya nak esok. Siapa yang tak datang esok saya akan pastikan hidup awak semua tak aman sepanjang dekat sekolah ni"
Cikgu keluar dan kelas mula kosong. Aku mengemas beg perlahan-lahan. Beberapa orang lagi dalam kelas itu sedang bersembang.
"Weih,Seokjin!"
Aku memandangnya.
"Kau tau tak perempuan yang kau back up selalu tu,nak pindah sekolah?? Aku terdengar waktu aku jumpa cikgu Seni tadi. Kau nak tahu apa alasan dia bagi??"
"Alasan dia rimas dengan seseorang yang suka kacau hidup peribadi dia. Aku rasa dia maksudkan kau. Haha..macam tu dia balas kebaikan kau?? Huh ..kalau aku jadi dia aku takkan sia-siakan kau."
"D..dia k..kat m..mana??" tanyaku gugup.
Mereka berdua mengangkat bahu. Aku menggenggam rambutku kuat. Serabut. Kenapa dia tak bagitahu aku??
"Aku rasa dia baru je keluar. Entahlah. Bye."
Mereka keluar meninggalkan aku seorang diri.
-