Seokjin.
Aku berjalan lemah. Kepala aku tepu memikirkan sesuatu.
Pin! Pin! Pin!
Aku mengalihkan pandangan kearah jalan raya yang sesak. Kenderaan hon disana sini membingitkan telinga. Dan juga menyemakkan kepala.
Aku teruskan berjalan melihat jika ada kemalangan dihadapan yang menyebabkan jalan sesak. Memang benar ada kemalangan.
Tapi ianya kemalangan kecil. Hanya melibatkan lori bersama lori. Tiada apa yang perlu dirisaukan sebab keduanya remuk dibahagian depan. Selainnya,kemalangan jiwa tak berlaku.
Keadaan kembali normal. Tiada lagi kesesakan jalan raya dan tidak ada lagi bunyi hon yang memekakkan telinga.
Aku berhenti apabila tiba di jalan raya yang lengang. Baru saja nak melintas berpuluh-puluh kereta melintas laju.
"Eii..tadi lengang..bila nak melintas ada je kereta yang semak nak lalu." rungutku perlahan.
Butang lintas ditekan. Aku bersandar pada tiang lampu isyarat. Orang ramai mula memenuhi kawasan lintas. Kebanyakannya pelajar sekolah lelaki dan juga pekerja yang baru balik.
Tanganku dikeluarkan dari poket seluar. Aku menatap kesan darah yang kering di buku limaku.
'Aku fikirkan dia dah okay dengan aku...dan betul-betul berterima kasih pada aku kerana selamatkannya. Walaupun aku luka disana sini.. Tapi dia tetap tak berubah. Tetap tak mahu menerima kehadiran aku buat kali kedua dalam hidupnya..'
'Aku ni...teruk sangat ke bagi dia?'
Aku mengalihkan pandangan memandang mereka yang memandang aku lain macam. Pandangan mereka tertumpu pada tanganku. Aku yang menyedarinya cepat-cepat masukkan kembali kedalam kocek seluar. Dan buat seperti tiada apa-apa.
Aku pandang kedepan tidak menghiraukan pandangan jelik mereka. Kereta terus meluncur laju diatas jalan raya.
Aku mengambil peluang itu untuk termenung. Sedang aku termenungkan makan malam,seseorang merempuh bahuku kuat sehingga aku hampir saja tergolek.
Aku membetulkan beg dan memandangnya yang berlarian.
Amy.
Aku teruskan berlari di jalan raya besar itu. Tak pandang kiri atau kanan, yang penting aku ada sesuatu yang perlu diselesaikan segera. Kalau lambat...tak tahu apa yang aku akan buat pada dirinya nanti.
Bunyi hon membingitkan telinga. Aku langsung tidak menoleh kiri atau kanan melihat kedudukan kereta.
"Hei!!!" laung seseorang.
Aku berhenti dan menoleh memandangnya. Dia membuntang melihatku dan berlari kearahku.
Pin!pin! Pin!
Aku menoleh kekiri. Satu kereta yang bewarna merah dari jauh sedang menuju kearahku. Cahaya lampu depan menyilaukan mataku. Kedua tanganku menghalang mataku melihat cahaya itu.
Sedang melindungi mata daripada cahaya yang menusuk mata itu, aku dapat rasakan seseorang menarikku dalam pelukannya.
Dan selepas tu aku tak tahu apa yang terjadi.
—
Together.