Amy.Pintu wad dikuak. Aku kearahnya yang sedang nyenyak tidur diatas katil pesakit. Dengan tangannya yang disimen dan berbalut. Bekas luka dipukul tadi telah dirawat.
Kerusi ditarik lalu aku duduk dan memandang wajahnya.
'Wae..terlalu baik dengan aku? Kau tahu kan aku ada sakit apa,mm? Kenapa masih nak damping dengan aku??'
Aku mengeluh. Tangannya dipegang olehku dan diusap lembut.
"Hentikannya...kalau tak kau makin terluka disebabkan aku."
Aku tidak lagi memegang tangannya. Aku bangun.
"Maafkan aku."
Seokjin.
Aku terbangun dari lena. Wajahnya aku pandang. Aku tersenyum kecil.
"Kau dah sampai.."
"Aku minta kau hentikannya. "
"Sirheo. Berapa banyak kali aku terluka pon disebabkan kau aku takkan berhenti."
"Tapi aku akan terluka dengan semua perbuatan kau."
Aku duduk diatas katil. Wajahnya yang dingin aku pandang serius.
"Dengar sini Amy..aku takkan berhenti tarik perhatian kau semula. Maafkan aku kalau perbuatan aku menganggu kehidupan kau tapi percayalah...yang aku buat semua ni untuk tebus balik kesalahan dan kelekaan aku." terangku.
"Aku tak perlukan semua tu. Aku tak perlukan bantuan kau ataupun apa-apa yang kau mahu berikan kepada aku."
"Kebahagian aku,biar aku carinya sendiri. Kebahagian kau,biar kau uruskannya dan tiada kena mengena dalam hidup aku lagi."
Dia terus keluar. Meninggalkan aku sendirian.
—
She done.
But I'm not