“kau tengok..bodohnya dia..kenapa masih nak rapat dengan budak tu??”“entah..buat macam tu hari-hari macamlah perempuan tu layan. Buang masa je!”
—
Seokjin.
Kata-kata pelajar sekolah masih terngiang-ngiang ditelinga. Kutukan demi kutukan aku terima sebaik saja aku masuk kembali kesekolah selepas kemalangan.
Mungkin sebab aku selamatkannya dari kemalangan hari tu mereka mula mengutuk aku ni bodoh lah apa. Yelah..mereka sendiri nampak Amy layan aku macam mana.
Tapi aku tak kisah mereka nak kata apa. Sebab mereka tak tahu betapa peritnya aku dan betapa gembiranya bila dia kembali. Cuma aku saja yang faham perasaan itu.
I'm the one I should love~ —
"Hello?"
—
Amy.
Bunyi loceng dipintu masuk kafe menarik perhatianku. Aku memandangnya yang melambai tinggi tangannya sambil tersenyum padaku.
Aku mengabaikannya dan menghirup air yang aku pesan. Dia terus duduk didepanku dan tersenyum. Macam orang bodoh.
"Aku nak bincang sesuatu. Tapi,tempat ni tak sesuai. Boleh kita pergi ke tempat yang private??"
Dia menganggukkan kepalanya dan kami keluar dari kafe. Dia membawaku kedalam dewan yang sunyi. Lampu dan kipas dibuka kemudian dia kembali kehadapanku.
"Macam mana..?? Tempat ni..lebih sunyi dari sangkaan kau??" tanyanya.
Aku tidak memberi reaksi. Sekitar dewan itu aku pandang. Bersih dan tidak berhabuk.
"Apa yang kau mahu bincangkan dengan aku??". tanyanya memecahkan kesunyian.
Dia mengambil kerusi berdekatan. Dilapnya dahulu menggunakan sapu tangannya dan menolaknya kearahku.
"Duduklah."
Aku memandangnya.
“aku takkan berhenti tengah jalan lepas apa yang aku mulakan.”
“aku akan tunggu kau,Amy”
"Amy, kau perluk—"
Pang!
Tamparan kuat aku berikan padanya. Dia memegang pipinya yang merah dengan mata berairnya. Mungkin perit ditampar begitu kuat.
Pandangannya...sungguh bengang.
"Aku nak kau hentikan semuanya disini."
—
Why you can't understand me??
I'm—