“aku nak kau hentikan semuanya disini.”—
Seokjin.
"
Berapa kali aku nak kata yang aku takkan hentikan semua ni?! Aku dah kata yang aku akan tolong kau dari mula! Apa..lagi yang kau tak faham?? Amy..tolonglah.."
Kedua bahunya dipegang dan aku tertunduk. Emosi cuba dikawal sebaik mungkin.
"Aku taknak mereka kata buruk tentang kau. Aku taknak sebab kau nak protect aku seorang,kau bagi diorang pijak kepala kau,kata kau macam-macam.."
Aku memandangnya.
"...diorang layan kau seolah-olah macam kau takde maruah. Sampai bila..? Sampai bila kau nak terus bagi diorang buat macam ni kat kau??"
Aku menghembus nafas kasar. Wajahnya aku pandang tepat. Reaksinya tidak berubah walaupun nada suaranya kedengaran lain.
"Sampai aku rasa puas hati." balasku.
Dia menggelengkan kepalanya. Mungkin tak memahami maksud ayatku.
Aku tidak memegang bahunya lagi. Badanku tegak dan aku berundur dua tapak kebelakang. Mataku masih lagi memandangnya.
"Aku..nak kembalikan Amy yang aku kenal dulu. Perempuan yang periang, baik, lemah lembut pada semua orang dan tak kasari kawan sendiri. "
Aku rindukan dirinya yang dulu. Tapi, kali pertama aku melihat perubahan terbesar pada dirinya , aku rasa sangat bersalah sebab selalu tinggalkan dia dulu.
Aku bersalah Amy. Aku minta maaf.
"Aku. Dah. Suruh. Kau. Jauhkan diri. Dari aku. "
Aku menggelengkan kepala.
"Aku taknak. Semakin kau larang aku untuk dekatkan diri dengan kau makin aku akan rapat dan terus ada disamping kau selalu."
"Aku taknak ulangi kesilapan sama dua kali. Biar aku betulkan semula keadaan ini dan aku akan bantu kau. Aku akan pulihkan kau supaya kau akan jadi orang yang aku kenal dulu. "
"Apa tujuan kau buat semua ni?? " tanyanya.
"Aku buat semua ni disebabkan rasa sayang pada kawan aku. Aku taknak kehilangan lagi. Aku taknak penyesalan lagi."
Dia tersenyum sinis. Riak wajahnya berubah walaupun tidak terlalu ketara.
"Malangnya..aku tak anggap kau sebagai kawan aku. Jadi, aku minta kau hentikan semua ni dan berambus dalam hidup aku."
Aku terdiam. Dia..tak anggap aku sebagai kawannya lagi. Dia anggap aku stranger? Apa semua ni?
Aku membiarkannya pergi. Meninggalkan aku sekali lagi.
"Ouh.."dia berhenti lalu menoleh kebelakang.
".. Aku tiada kenalan yang bernama Kim Seokjin." dan dia terus berlalu pergi.
Keperitan lagi sekali aku terima. Aku menutup mata dan memivit kepalaku yang berpinar tiba-tiba. Aku mencari meja untuk menjadikan sandaran.
Terkapai-kapai tanganku mencarinya sehinggakan jatuh semua barang. Aku terus terduduk sebaik sahaja bersandar di meja.
Lutut dipeluk dan wajah disebamkan. Esakan kecil mula kedengaran. Menemani aku yang kesepian.
Amy.
"Hskk.."
Aku bersandar pada dinding diluar dewan. Kepala mendongak pada papan restoran.
Esakannya masih kedengaran.
Besar sangatkah keputusan aku?
Kalau ya..ini jalan terbaik untuk kita berdua.
—