50 %

113 18 2
                                    




Amy.




Aku keluar dari teksi dengan beg rodaku. Duit tambang dibayar sebelum aku melangkah masuk kedalam. Jam tangan dilihat. Tepat pukul 7 pagi.






"Amy!"



Tanganku direntap seseorang. Aku menoleh memandangnya yang berpakaian sekolah. Nafasnya tercungap-cungap dan nampak peluh yang mengalir dilehernya.






"Ap..apa..—?"





Dia terus memelukku erat. Aku terkejut dengan kedatangannya yang tiba-tiba dan juga tindakannya. Tubuhnya langsung tidak ditolak olehku. Aku membiarkannya saja.






"Kau..jahat. Kenapa kau tak bagitahu aku semalam yang kau nak pindah??? Kalau kau bagitahu awal-awal..aku akan persiapkan semuanya untuk kau. Kenapa kau suka buat aku terseksa macam ni!?"






Suaranya tenggelam timbul. Pelukkannya diketatkan lagi sehingga aku terpaksa berjengket untuk meletakkan dagu diatas bahunya.






"Aku dah bagitahu kau...kau akan sakit sebab aku. "





Dia meleraikan pelukannya dan memandangku. Kepalanya digeleng laju-laju.





"Tak..tu salah aku. Bukan salah kau. Jom..kau takkan pergi mana-mana. Sini beg kau, aku hantar kau balik"






Beg roda ku diambilnya dan dia menarik tanganku lalu membawaku keluar.





"Hei! Berhenti..yah!"





Tangannya aku tolak dari memegangku. Dia berpusing memandangku dengan wajah bengangnya.





"WAE?!"




Jeritannya menarik perhatian seluruh manusia yang berada didalam lapangan terbang. Aku memandangnya tajam.






"Kenapa kau suka tinggalkan aku?! Kenapa kau tak bagi aku peluang kedua untuk tebuskan kesalahan aku?! "






Matanya berair. Dia datang kearahku dan menarik tanganku. Namun, aku merentapnya.





"Berhentilah! Aku dah suruh kau abaikan aku tinggalkan aku! Kau yang masih terhegeh-hegeh dekat aku dan sekarang kau nak tanya salahkan aku kenapa aku tinggalkan kau?!"






Dadanya ditolak berkali-kali dan dia kebelakang.



"Kau tahu tak kau menyemak dalam hidup aku? Kau tahu kenapa aku jadi macam ni?? Ni semua sebab orang-orang yang pernah ada dalam memori lama aku!"






Aku berhenti dari menolak dadanya. Aku berhenti didepannya dan memandang matanya yang sudahpun mengalirkan air matanya.






"Kau salah satu dari mereka. Aku taknak terima orang yang ada dalam hidup aku lagi. Aku nak mulakan hidup baru dan aku harap.."






Beg roda yang dipegang olehnya aku rampas.





"...kau takkan wujud depan mata aku lagi."







Wajahnya dipandang kali terakhir sebelum aku berpaling melangkah pergi. Jeritan namaku aku abaikan.





Aku mahu ini kali terakhir nama aku disebut olehnya.



"AMY!!!"





✔ Berambus » 김석진Where stories live. Discover now