Kisah 3

20.9K 134 8
                                    

Rafii Bangladesh

Seorang lelaki Bangladesh bernama Rafii menyorong troli pembersihan memasuki ruang kecemasan. Dia telah diarahkan oleh jururawat untuk mengelap limpahan darah di salah satu katil yang telah digunakan untuk merawat pesakit. Pesakit tersebut mengalami kecederaan serius di mana perutnya terburai akibat dicantas dengan pedang samurai pada satu pergaduhan kongsi gelap.

"Misi manis, mana yitu katil?" sapa Rafii sebaik sahaja tiba di kaunter jururawat.

"Hei kau ni. Nasib baik laki aku tak kerja sini. Misi manis. Misi manis. Aku yang dah kahwinpun kau nak try jugak?" marah jururawat yang disapa tapi.

Rafii tersengih.

"Jangan marah kakak. Tara bagus. Muka tiada manis. Tadi ada kol sama saya punya supervisor. Ada darah tumpah. Mana? Kasi Rafii cuci bersih," soal Rafii.

"Sana tu. Katil 15. Hujung. Zon merah," jururawat tersebut mendepangkan tangannya menunjukkan ke arah katil yang dimaksudkan.

"Baik akak. Baik baik kerja. Sudah pukul 1.00 pagi. Tida mengantuk ke akak? Rafii belanja kopi" Rafii cuba beramah mesra.

"Aku sibuk ni. Boleh tak tolong kemas je katil tu sebelum aku mengamuk?"

Rafii mengangguk. Dia menyorongkan trolinya.

"Maaf kakak," katanya sebelum berlalu pergi ke arah zon merah.

Di dalam zon merah keadaan agak tenang. Tidak huru hara seperti tadi kerana ada kes pergaduhan kongsi gelap yang telah diselesaikan. Semua tidak mempedulikan Rafii. Nampak kepenatan di wajah masing masing. Malah ada doktor yang bersandar keletihan di kerusi. Rafii memberikan senyuman kepada sesiapa yang memandangnya. Dia mencari katil 15. Nampaknya katil itu ditutupi langsir. Rafii segera menarik langsir.

"Ayoyo," katanya melihat darah yang banyak tertumpah bukan sahaja di cadar katil tetapi di lantai.

"Very messy. Apa mahu buat. Kuli sahaja. Kasi bersihlah," katanya lalu mengambil sarung tangan.

Bau darah segar yang hanyir menyucuk hidung. Dia mengambil topeng muka dan memakainya. Kemudian dia menjenguk semua staf yang agak jauh kedudukan darinya. Kedudukan katil itu agak tersorok yang berada di sebelah hujung. Tidak ada yang memerhatikannya. Dia mengeluarkan telefon lalu mengambil swafoto. Kemudian dia memuatnaik gambar di Instagram

Another operation. #DrRafii

Dia tersenyum sendirian lalu memasukkan telefon kembali ke poketnya. Sebaik sahaja dia melihat ke arah katil dia terperanjat melihat jururawat yang pakaiannya agak berdarah sedang membongkok dan mencium bau darah yang tumpah di atas lantai.

"Ayo misi. Banyak kotor. Jangan bongkok situ. Nanti kena jangkitan. Biar saya kasi bersih," tegur Rafii.

Jururawat berambut panjang itu memandang Rafii tajam. Rafii terpegun melihat wajah jururawat tersebut yang cantik. Putih mulus.

"Kau pergi ambil cadar baru dan mop sekarang kat stor. Aku tolong kau," arah jururawat tersebut.

Rafii tersenyum lalu mengangguk. Bergegas dia mengambil barang di stor linen dan pembersihan. Suka dia apabila ada misi cantik akan membantunya mengemas.

"Adik manis. Misi manis. Muka cantik. Tolong abang Rafii," angan Rafii.

Setelah diambil mop khas dan cadar baru Rafii segera pergi ke katil. Dia melihat jururawat tersebut bergegas bangun dari lantai. Mulutnya mengulum sesuatu.

"Rafii sudah angkat ini barang. Apa mahu buat misi manis?"

"Buka cadar ini dulu. Masuk dalam plastik hitam. Nanti bagi saya. Saya buang. Lepas itu mop," arah jururawat tersebut.

"Baik misi manis," patuh Rafii lembut.

Rafii yang tangan sudah bersarung tangan segera menarik cadar sambil dibantu oleh jururawat tersebut. Dia mencuri pandang wajah ayu jururawat tersebut.

Ayooo banyak manis. Serupa pelakon bollywood. Katanya di dalam hati. Jururawat tersebut tersenyum kepada Rafii. Rafii membalas senyuman.

"Siapa nama misi manis?" soal Rafii.

"Linda. Misi Linda," jawab Misi Linda lembut.

"Ayoo. Namapun banyak manis," puji Rafii.

Cadar yang kotor dengan darah yang masih lagi basah dimasukkan ke dalam plastik.

"Beri saya plastik itu. Saya buang," arah Misi Linda.

"Ayoo adik manis. Tak payah susah susah. Ini kirija saya boleh buat. Buat apa misi buat kirja kotor kotor. Hilang manis," tegah Rafii.

"Aku kata bagi! Bagilah!" marah Misi Linda.

Matanya memerah dan memandang tajam Rafii.

"Baik... baik. Ambik ini," kata Rafii akur yang takut melihat Mii Linda marah.

"Kau mop cepat," arah Misi Linda berlalu pergi dengan plastik.

Apabila melalui kaunter tidak ada sesiapa menegur Misi Linda. Rafii hanya melihat dengan ekor matanya Misi Linda hilang dari pandangan.

"Misi manis. Banyak cantik. Garang juga. Tida apa. Rafii suka perempuan garang. Ayoo ini lantai kena mop,"

Rafii mencelup mop dalam sebatian sabun anti kuman. Dia mahu mengop di tempat Misi Linda membongkok tadi. Dia berasa pelik melihat tumpahan darah sudah kering.

"Misi Linda ada mop ka?" soalnya hairan.

Bersambung... kikiki

MISI LINDAWhere stories live. Discover now