Kisah 8

18.6K 148 17
                                    


Wad Tingkat 3

Izrael mengikut langkah Misi Linda di sisinya. Dia terasa agak takut melihat koridor menuju ke lif agak gelap. Tidak semua lampu dipasang. Izrael mula berbelah bagi. Dia takut jururawat wad kanak-kanak akan memarahi kerana keluar malam-malam buta. Dia berhenti melangkah. Berkira-kira mahu berpusing balik ke wad. Misi Linda turut berhenti melangkah dan memandang Izrael yang menoleh ke belakang.

"Kenapa Izrael?" soal Misi Linda lembut.

"Izrael takut. Nanti misi wad sana mesti marah Izrael keluar wad tanpa kebenaran tengah malam buta. Izrael nak balik," jawab Izrael.

"Kan kakak kata kak Linda dah minta kebenaran?" balas Misi Linda tegas.

Wajahnya berubah. Izrael berasa takut melihat perubahan wajah Misi Linda. Dia menjauh sedikit dari Misi Linda.

"Tapi mana fail Izrael? Bukan selalu pindah wad ada bawa fail sekali?" soal Izrael yang kehairanan.

Selalunya mana-mana dia dibawa pergi petugas akan membawa fail pesakit bersama. Ke radiologi ke. Atau berpindah wad. Tapi Misi Linda hanya berlenggang.

"Tak nak ikut akak ke wad tingkat 3? Sana ada banyak kemudahan dan kegembiraan dari wad tu. Akak pun ada kat tingkat tu sepanjang masa. Dekat sana ada yang jaga macam mana akak jaga Izrael?" Misi Linda mula memujuk.

"Nak. Tapi tengah-tengah malam ini macam tak kena. Nanti misi sana ambil bp pagi nanti tengok saya takde macam mana? Esok pagi saya nak keluar wad," balas Izrael yang serba salah.

Misi Linda tersenyum lalu mengusap rambut Izrael. Izrael terasa dingin tangan Misi Linda. Macam pegang ais batu!

"Kan akak cakap tadi akak dah minta kebenaran. Izrael pergi dulu wad akak. Malam ni akak jaga. Esok selepas Subuh akak pulangkan Izrael ke wad. Nak tengok wad tempat akak kerja tak?" pujuk Misi Linda.

Izrael terdiam memikirkan sedalam-dalamnya. Akhirnya dia menggangguk bersetuju.

"Sekejap sahaja tau. Saya nak tengok wad akak kerja yang akak kata best sangat tu."

Misi Linda menyeringai. Dia memegang tangan Izrael. Mereka berjalan beriringan menuju ke lif. Dan Izrael masih merasa tangan Misi Linda yang memegang tangannya terasa dingin sekali.

Akhirnya mereka sampai di pintu masuk Wad Tingkat 3. Izrael berasa sangat teruja. Di pintu masuk sahaja lukisan kartun yang upin ipin dan boboiboy menghiasi dinding. Pintu terbuka dengan sendiri. Seorang badut keluar dari pintu dan menyambut Izrael. Badut itu meniup belon dan memberikan kepada Izrael. Izrael melepaskan pegangan tangannya dan mengambil belon tersebut. Badut menyeluk sesuatu di dalam poketnya dan mencampakkan serbuk pelbagai warna ke arah Izrael. Izrael berasa gembira apabila serbuk pelbagai warna itu jatuh di badannya. Kemudian Badut mengambil topinya lalu diletakkan di atas kepala Izrael. Turut diberikan hidung badut yang diletakkan di hidung Izrael lalu dipicit. Izrael tergelak mendangar bunyi hidung tiruan itu dipicit.

"Jom Izrael kita masuk ke Wad Tingkat 3!" kata badut lalu menarik tangan Izrael dengan lembut masuk ke dalam.

IZrael mengikut sahaja lalu masuk ke dalam wad. Apabila masuk dia berasa kagum kerana ada taman mainan mini. Dia masuk dan mahu bermain gelungsur. Pintu tertutup dengan sendirinya. Keadaan luar yang terang benderang berubah gelap kerana lampu terpadam. Dinding yang tadi ada lukisan kartun berubah kusam tidak bercat.


Keadaan wad kecoh malam itu. Ketua Jururawat atas panggilan atau ringkasnya KJ datang ke wad apabila menerima panggilan tentang kehilangan salah seorang pesakit. KJ Delimawati dengan tenang mengikut menguruskannya mengikut SOP. Pertama menghubungi keluarga pesakit. Ayah Izrael akan datang segera ke wad. Kedua menghubungi ketua pengawal yang bertugas malam itu. Tak sampai 15 minit ketua pengawal sampai bersama 2 orang bawahannya. Mereka mendapatkan maklumat kehilangan pesakit dari Jururawat Kamisah.

MISI LINDAWhere stories live. Discover now