Kisah 12

6.1K 109 17
                                    

Bab 12

Sekali lagi seorang ustaz yang power membuang atau menghalau makhluk halus telah dipanggil untuk menghalau Misi Linda dari terus menganggu staf dan pesakit hospital tersebut. Ustaz berjaya menangkap dan memujuk makhluk tersebut lalu menanamnya di bawah sebatang pokok yang terletak jauh dari hospital. Keadaan di hospital menjadi aman dari gangguan Misi Linda. Tetapi hanyalah sementara. Setahun selepas itu, projek pembangunan baru wad wanita dan kanak-kanak telah dimulakan, pokok tersebut telah ditebang. Maka terbatallah perjanjian. Misi Linda kembali bangkit dari penjara. Dan kembali mengganas.

Pokok Ara

Agus Haryanto dan rakannya Herman Tino telah ditugaskan untuk menebang pokok di pinggir tapak projek. Mereka akan menggunakan gergaji elektrik bagi menebang pokok ara yang merendang. Pada mulanya pokok tersebut tidak ada dalam rancangan untuk ditebang. Tetapi ketua projek merasa sakit mata melihat satu-satunya pokok yang tidak ditebang. Maka diarahkan untuk ditebang. Pokok beringin tersebut adalah kerja terakhir mereka untuk hari tersebut. Hari sudahpun hampir Maghrib. Mereka menghampiri pokok tersebut.

"Seram seh pokoknya. Kenapa tidak esok sahaja tidak ditebang?" soal Herman Tino.

"Esok mandur tanya lagi. Kenapa sih pokoknya tidak ditebang. Baik habiskan sahaja," jawab Agus Haryanto.

"Tapi mengikut pengetahuanku, pokok ini menjadi tempat tinggal makhluk halus. Tempat membuang saka. Tempat memuja nombor."

"Arggg kamu ini percaya aja dengan perkara ghoib. Tugas kita tebang pokok ini. Ayuh," arah Agus Heryanto.

Mereka berdua mula menebang pokok tersebut. Disebabkan pokok itu tidak terlalu besar maka sekejap sahaja pokok ara tumbang menyembah bumi. Mereka lantas menggunakan gergaji elektrik untuk memotong dahan dan batang pokok menjadi lebih kecil supaya senang diangkut ke atas lori yang datang esok.

"He.. he... he," kedengaran satu suara halus perempuan ketawa.

"Agus! Berhenti!" arah Herman Tino yang terdengar bunyi perempuan ketawa.

Tengkuknya meremang. Agus Heryanto yang sedang galak memotong dahan mematikan mesin gergajinya.

"Apaan sih?" soalnya.

"Kamu dengar tak suara perempuan ketawa?" soal Herman Tino.

Agus Heryanto mengamati bunyi sekeliling. Hanya kedengaran bunyi cenggerik dan unggas dari hutan belukar berhampiran. Hari semakin gelap kerana Mghrib sudah lepas.

"Enggak ada bunyi apa-apa. Apa yang kau dengar?" soal Agus Heryanto.

"Bunyi halus suara perempuan ketawa sih," jawab Herman Tino.

"Sudah. Jangan macam-macam. Hari semakin gelap. Ayuh bereskan kerja ini," arah Agus Heryanto.

Dia kembali hidupkan mesin gergaji dan menyambung kerjanya.

"Hi! Hi ! Hi,"

Kedengaran lagi suara halus menggilai pula. Tapi kali ini Herman Tino buat tidak dengar. Dia segera mengumpulkan sisa pokok.

Hampir Isyak barulah kerja mereka berdua beres lalu pulang ke kongsi. Mereka segera membersihkan diri dan berehat di kongsi. Mujur kongsi ada kemudahan elektrik yang disambung secara haram dari kabel hospital. Tetapi tidak ada TV. Herman Tino yang keletihan terlelap mata apabila berbaring sekejap menanti Agus Heryanto yang agal lambat mandi.

"Kamu enggak mahu beli makan?" soal Agus Heryanto apabila melihat rakan sekongsinya nyenyak tidur.

Mungkin keletihan membuat kerja sehingga malam. Tidak ada balasan dari Herman Tino. Malah Herman Tino semakin galak berdengkur.

MISI LINDAWhere stories live. Discover now