Kisah 7

9K 125 18
                                    


Izrael dan Misi Kesayangannya

Izrael bangun setelah dikejutkan oleh jururawat yang bertugas pagi yang ingin mengemas katilnya. Jururawat tersebut menyuruhnya mandi dan menukar baju. Ubat kimonya telah dihentikan sementara untuk menyenangkan Izrael ke bilik air membersihkan diri. Izrael bangun setelah wayar interverna dicabut. Dia melihat katil sebelah. Kosong tiada penghuni. Aik ! Mana pergi pula Mak Cik Jenab kepoh? Takkan sudah bertukar katil. Serius dia tidak ingat apa-apa kejadian malam tadi. Dia merasakan badannya yang tidak lagi panas. Nyata malam tadi apa yang Misi Linda buat menyembuhkan panas badannya. Dia segera mengambil tuala dan berjalan ke bilik air.

"Psttt Misi Asmah. Budak tu ke punca Mak Cik Jenab kerasukan semalam?" soal seorang PK Zainih yang membantu jururawat mengemas katil Izrael.

"Ish. Bukanlah. Lembaga Misi Linda yang ganggu Mak Cik Linda," jawab jururawat Asmah perlahan.

"Tapi betul ke Misi Linda tu berdamping dengan budak tu? Kata jururawat shif malam, ada perca kain kapan yang berbau kapur barus," soal PK Zainih lagi.

"Entahlah. Nak cakap lebih-lebihpun tak berani. Mana tahu Misi Linda ada dekat-dekat kita. Kitapun nak kerja shif malam juga ni. Adui seriau memikirkannya."

"Adui. Makin menjadi pasal Misi Linda ni. Sekarang dia ada kat wad kita pula. Pengurusan tak buat apa-apa ke?" soal PK Zainih.

"Entahlah. Pengurusan doktor doktor prof semua tu percaya ke benda-benda hantu ini semua?"

"Takkan nak biarkan. Benda tu dah berkawan dengan budak tu."

"Mungkin kena slow talk dengan ayahnya bawa berubat cara Islam."

"MAsalahnya keluarga budak tu macam lepas tangan. Biarkan sahaja anaknya seorang di wad. Kanser kot. Kalau jadi apa-apa macam mana?"

"Entahlah." perbualan tamat di situ apabila mereka selesai mengemas katil Izrael.


Menjelang pertukaran syif malam Izrael mencari kelibat Misi Linda. Tetapi tidak kelihatan. Dia menjenguk ke kaunter wad dan memang tidak ada kelibat Misi Linda. Ubat kimonya telah selesai diberi petang tadi. Esok mungkin dia akan keluar wad dan berehat 2 minggu sebelum menyambung semula rawatan kimo. Ayahnya petang tadi datang ke wad membawa makanan yang dimask emaknya. Hanya seketika sebelum bergegas pulang disebabkan ayahnya perlu memandu grab untuk mendapatkan wang tambahan membiayai kos rawatan. Seorang jururawat datang mengambil tekanan darah dan memeriksa keadaannya.

"Kak mana Misi Linda? Dia tak kerja?" soal Izrael polos.

Jururawat yang memakai tanda nama Kamisah memandangnya tajam.

"Jangan sebut nama tu!" jawan jururawat Kamisah tegas.

Izrael terkedu. Dia tidak tahu kenapa jururawat Kamisah memarahinya.

"Kenapa kak?" soal Izrael.

"Akak kata jangan sebut... jangan panggil dia datang. Banyakkan baca ayat AL Quran. Tahukan surah pendek? Baca selalu. Zikir," kata jururawat Kamisah.

Izrael berasa hairan dengan saranan jururawat Kamisah. Jururawat Kamisah sebelum ini melayannya dengan baik. Entah kenapa anginnya malam ini tidak baik. Salah ke pertanyaannya.

"Maafkan saya kak."

Jururawat Kamisah hanya mengannguk dan beralih ke katil lain setelah selesai mengambil tekanan darah Izrael. Izrael baring semula dan mengambil keputusan untuk tidur.

Izrael terasa bahunya digoncang lembut. Izrael membuka matanya perlahan. Dia lihat keadaan di dalam wad sudah gelap kerana lampu dipadam. Izrael melihat Misi Linda yang mengejutkannya.

MISI LINDAWhere stories live. Discover now