Kisah 10

6.6K 91 13
                                    

Dr. Syed Sagil 2

Dr. Syed Sagil membuka matanya perlahan-lahan. Dia terasa namanya dipanggil. Matanya agak kabur untuk melihat. Kepalanya pula seperti terasa berdenyut-denyut. Dahinya seolah-olah ditekan dengan sesuatu.

"Doktor Syed Sagil... ok ke doktor?" soal seseorang lelaki.

Dr. Syed Sagil hanya mengangguk lemah. Dia terasa ada cahaya lampu suluh menerangi matanya. Anak matanya memberi reaksi.

"Ok. Dr. Syed Sagil dah sedar. Boleh balut kepalanya," arah seseorang.

Dr. Syed terasa kepalanya diangkat dan mula dibalut. Penglihatan matanya mula pulih. Dia dapat melihat seorang doktor lelaki sedang membalut kepalanya.

"I kat mana?" soal Dr. Syed Sagil.

"Tuan doktor berada di zon kuning kecemasan. Dr. Syed Sagil kemalangan tadi," jawab doktor lelaki tersebut.

Dr. Syed Sagil baru teringat tentang kejadian menimpa dirinya. Ini Misi Linda punya pasal. Binawe tul punya hantu. Habislah semua staf hospital tahu dia sebenarnya kemalangan disebabkan terjumpa Misi Linda.

Dr. Syed Sagil melihat ada seorang jururawat dan pembantu perubatan menemani doktor tersebut membuat kerja. Dia memberikan senyuman dan dibalas. Pertama kali dia masuk ke hospital di mana dia menjadi pengarahnya.

"Okey selesai Dr. Syed Sagil. Sekejap lagi kita akan bawa Dr. Ke wad kelas satu. Kami kena tahan doktor untuk pemeriksaan CT scan. Manalah tahu ada pendarahan dalaman atau trauma pada otak. Doktor ada pening atau rasa mual hendak muntah?" soal doktor muda tersebut.

"Saya rasa berdenyut lagi.. pening sedikit," jawab Dr. Syed Sagil jujur.

"Nanti pembantu akan bawa segera doktor naik ke wad ya. Selepas itu buat CT scan," kata doktor muda itu lalu mengambil fail pesakit dan mencatatkan sesuatu. Tirai disebak oleh jururawat. Maka terpanculnya isterinya Azalea dan salah seorang anaknya Syek Isyrak yang menunggu di sebalik tirai. Isterinya meluru mendapatkannya.

"Abang okey ke?" soal isterinya lalu mendapatkan tangan Dr. Syed Sagil dan bersalam dan menciumnya.

"Okeylah. Kepala je terhantuk sedikit. Tidak ada apalah," Dr. Syed Sagil memujuk isterinya.

Dia melihat anaknya pula Syed Isyrak masih leka bermain telefon.

"Itulah abang kerja lewat malam sangat. Mengantuk lah tu," omel isterinya.

Dr. Syed Sagil hanya terdiam sahaja. Aku jumpa hantulah! Katanya di dalam hati.


Dr. Syed Sagil menjalani pemeriksaan Ct Scan dahulu sebelum dipindahkan ke wad. Hasil pemeriksaan mendapati ada sedikit trauma hasil gegaran yang terjadi akibat hentakan kepala. Mujur tidak ada pendarahan. 2-3 hari ini Dr. Syed Sagil dijangka akan pening, kdang-kadang penglihatan kabur dan kepalanya berdenyut. Dr. Syed Sagil mahu balik ke rumah tetapi dilarang oleh isterinya menyuruh dia berehat sahaja di hospital. Malam itu isterinya menemani sebelum balik pada paginya untuk mandi dan menukar pakaian.

Dr. Syed Sagil terasa bosan duduk di katil sahaja. Walaupun duduk di kelas satu yang lengkap dengan televisyen tetapi dia tetap bosan. Dia seorang yang aktif bekerja dan hanya terbaring tidak berbuat apa-apa begitu membosankannya. Takkan mahu ke kaunter berbual dengan stafnya. Itu tentu menganggu kerjanya. Akhirnya dia bangun mahu berjalan mengambil angin. Keadaan di wad kelas satu tidaklah sesibuk seperti kelas biasa. Akhirnya dia sampai di hujung koridor di mana ada beranda terbuka. Dia melihat ada seorang tua memakai baju hospital sedang duduk di beranda sambil termenung.

Dr. Syed Sagil duduk agak jauh dari orang tua tersebut. Dia juga turut memandang ke arah pemandangan yang ada. Di Lembah Kelang hanyalah bangunan pencakar langit sahaja. Dari jauh nampak bangunan KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Sesekali bunyi kicauan burung dan kenderaan kedengaran.

MISI LINDAWhere stories live. Discover now