Kisah 4

17.6K 125 10
                                    


Rafii BAngladesh 2

Rafii bernyanyi-nyanyi sambil menyorong troli menuju ke bilik kerjanya. Hatinya berbunga dapat berjumpa dengan Misi Linda.

"Tuhan sengaja menduga kita. Di mana kesabaran manusia. Engkau isteri yang ku sanjungi... ayoo. Hati sudah terpikat sama Misi Linda," katanya seorang diri selepas menyanyi.

Dia masuk terus ke dalam bilik pembersihan dengan bernyanyi kecil. Masuk sahaja penyelia Encik Fairuz memandangnya pelik.

"Aik Rafii suka hati nampak? Tadi kau merungut bila kena bersih katil berdarah? Ini kenapa tiba-tiba mood kau okey ni?" tegur penyelianya.

Rafii berhenti bernyanyi dan tersenyum.

"Hati ada suka bos," jawab Rafii.

"Kenapa?" soal Encik Fairuz.

"Bos kenal Misi Linda kecemasan? Saya sudah suka sama dia."

Encik Fairuz terdiam. Otaknya ligat berfikir untuk mengenalpasti siapa Misi Linda bekerja bahagian kecemasan. Tetapi dia tidak ingat. Arghhh jururawat di sini terlalu ramai. Mana mungkin dia kenal semuanya.

"Tak kenallah. Kau suka dia?" soal Encik Fairuz inginkan kepastian.

"Ya. Dia tolong saya kemas katil. Dia banyak senyum sama saya. Dia banyak manis," puji Rafii.

"Arghhh sudahlah kau. Baru tolong kemas katil dah suka dengan dia?"

"Bos jangan itu macam. Selama ini mana ada misi pandang saya. Semua mau marah juga."


"Memang patutlah marah. Kau tu selalu menggatal. Banya dah repot pasal kau. Kau jangan macam-macam Rafii. Kau nak kerja tu kerja betul-betul. Jangan nak mengurat perempuan sahaja kerja kau."

"Mana ada saya kacau perempuan. Saya ramah sahaja."

"Dahlah kau. Satu hari nanti kalau pecah muka kau baru kau tahu. Aku ingatkan kau je. Dah pi simpan troli tu."

Keesokan malamnya Rafii masih lagi bekerja malam syif 11.00 malam ke pukul 7.00 pagi. Dia baru selesai mengemas muntah pesakit di wad lelaki dan membantu mengemas katil pesakit lalu duduk berehat di bilik khas bersama penyelia. 2 lagi rakan sekerja sudah keluar bekerja. Sedang berbual dengan Encik Fairuz telefon berbunyi. Encik Fairuz menjawab. Setelah selesai dia mengarahkan Rafii ke kecemasan kerana ada katil perlu dikemaskan akibat tumpah darah.

"Wad kecemasan? Saya boleh jumpa cinta hati saya Misi Linda," katanya dengan wajah bersinar-sinar.

"Kau jangan berangan boleh tak? Entah Misi Linda pandang kau ke tak."

Rafii segera bangun dan mengambil troli pembersihan lalu segera ke wad kecemasan. Dia diarahkan untuk membersihkan satu katil di zon merah. Kata pembantu hospital katil itu depenuhi darah wanita mengandung yang tumpah darah yang telah dipindahkan segera ke bilik pembedahan. Sebaik sahaja sampai Rafii mengelengkan kepala. Darah segar membasahi katil dan juga ada yang tumpah ke lantai.

"Hari-hari begini susah hati saya. Kenapa bila ada kes ini macam saya yang kena? Kalau ada Misi Linda tolong tara apa," gumamnya.

"Kamu seru nama saya?"

"Ayooo!" hampir melompat Rafii apabila seseorang menegurnya dari belakang.

Dia melihat siapa yang menegurnya. Misi Linda!

"Ayooo misi manis. Misi Linda apa kabar?" katanya memaniskan muka.

Misi Linda mengangguk.

"Pergi ambil mop dan cadar baru," arah Misi Linda.

"Baik misi manis."

Rafii segera mengambil apa yang disuruh di bilik stor. Dia bernyanyi-nyanyi kecil lagu hindustan. Apabila kembali melintasi kaunter dia ditegur.

"Amboi Rafii suka hati nampak? Siap nyanyi lagu hindustan," tegur PK Azah.

"Saya ada sukalah kak. Ada misi manis tolong saya kemas katil.. darah-darah semua," jawab Rafii jujur.

"Siapa?"

"Misi Linda."

Wajah PK Azah bertukar pelik.

"Kenapa kakak?" soal Rafii yang nampak perubahan wajah PK Azah.

"Mana ada staf nama Linda di sini."

"Ayo kak. Ada. Semalam pun ada. Sekarang pun ada kakak."

"Kau tunjuk aku mana dia."

"Mari kakak."

Mereka berdua ke katil. Apabila sampai tidak ada sesiapa di katil.

"Misi Linda. Misi manis. Mana pigi?" panggil Rafii.

"Mana dia?" soal PK Azah.

"Tadi ada kak."

"Dahlah. Aku nak pi kaunter. Entah-entah siapa Misi Linda tu. Hantu kot," sindir PK Azah.

Rafii terdiam. Dia sendiri nampak Misi Linda yang cantik rupawan. Takkan hantu.

"Kau kemas semua ni. Cepat. Takut nak guna katil ni." arah PK Azah berlalu pergi.

Rafii hanya melihat melalui ekor matanya Pk Azah pergi. Dia kecewa kerana Misi Linda pergi meninggalkannya.

"Mana Misi Linda?" soalnya.

"Hmmm.. nyam.. nyam. Nyam," kedengaran sesuatu bunyi dari bawah katil.

"Misi Linda?" soal Rafii.

"Hmmmm. Nyam.. nyam. Slurppp," bunyi itu semakin kuat dari bawah katil.

Rafii perlahan-lahan membongkok melihat. Dia dapat melihat punggung montot Misi Linda. Rafii tersenyum.

"Misi Linda. Ayooo apa buat bawah katil," sapa Rafii lembut.

Misi Linda menoleh kepalanya ke belakang. Rafii terkejut melihat wajah Misi Linda. Rambutnnya mengerbang. Matanya memerah. Lidahnya terjulur panjang dipenuhi darah.

"Ayooo Misi Linda. Apa buat?" soal Rafii.

Misi Linda terus menjilat darah basah di lantai. Rafii ketakutan.

"Amakkk hantuuuu!" jerit Rafii lalu berlari keluar.

MISI LINDAWhere stories live. Discover now