🌹:: Bab 3 (Penuh) ::🌹

2.2K 199 29
                                    

T I G A

Setahun kemudian...

"AKU pregnant, Ash...!"

Bukkk!!!

Firash hampir terduduk gara-gara terkejut mendengar kata-kata Ayu tadi. Seluruh tubuhnya rasa menggeletar.

"Berapa bulan?"

"Enam minggu..." Lemah dan sayu saja nada suara Ayu.

Firash diam. Terkedu sambil bersandar di pintu yang menghubungkan balkoni kondominium milik mereka berdua.

Ayu segera mendekati Firash lantas dipeluk kemas tubuh lelaki itu dari belakang. Tambah gusar melihat respons Firash yang hanya membatu.

"Macam mana, Ash? Apa yang patut kita buat?"

Firash masih terdiam. Kelu lidahnya. Bercelaru otaknya. Tak mampu berfikir langkah seterusnya.

"Kau rasa? Kau ada idea apa nak buat lepas ni?" soal Firash.

Ayu terdiam lagi. Semakin kuat pelukannya di tubuh Firash.

"Kita... kahwin?"

Firash tersentak. Laju dipusingkan tubuhnya menghadap ke arah Ayu. Tangan Ayu yang melingkar di tubuhnya ditepis lembut.

"Apa?!"

"Kita kahwin, Ash! Aku sayang baby yang ada dalam perut ni...."

"No!!"

"Kenapa, Ash? Kau kata kau sayang aku! Kau nak kahwin dengan aku! Kau ingat aku lupa janji kau pada aku waktu mula-mula kita bercinta? Masa mula-mula kau dapatkan aku?! Sampai akhirnya kita terlanjur begini? Kau kata mahu halalkan hubungan kita ni. Tapi bila jadi macam ni, kau kata tidak?"

Firash terdiam lagi, tambah membuat Ayu jadi tak keruan. Terus saja Ayu memegang kuat lengan Firash. Dipeluknya kemas-kemas.

"Ash... kenapa diam? Dah setahun aku tunggu kau tunaikan janji kau. Tapi kau selalu saja tangguh. Apa lagi kau tunggu? Nak kata kau nak kumpul duit kahwin, kau ada segalanya! Apa lagi yang kau tunggu?"

"Kau sengaja bunting untuk perangkap aku kahwin dengan kau?"

"Mengarutlah! Bila aku nak guna protection, kadang kau jugak yang larang bila terlalu turutkan nafsu! Jangan salahkan aku sorang!"

"Kalau betul kau tak salah... kau gugurkan kandungan kau!"

Dummmm!!!!! Hampir saja Ayu rebah di situ dek kerana terkejut dengan jawapan balas Firash. Langsung tak menyangka Firash memberi respons sebegitu. Tak terlintas langsung dek akal untuk gugurkan kandungannya.

"A..apa?"

"Gugurkan kandungan tu! Aku tak nak bayi tu!"

Kaki Ayu terasa lemah. Dadanya terasa berat bagaikan dihimpit. Pedih! Sesak! Hatinya terasa disiat-siat. Sakit!

"Tapi..."

"Aku sanggup bayar berapa yang diperlukan. Asalkan kau sanggup! Berapa? Di mana kau nak buat? Cakap saja!"

Muka Ayu terasa panas. Mengalir deras air matanya.

"Aku... aku tak nak!" Ayu gelengkan kepala berulang kali. Semakin laju air matanya menitis.

"Jadi kau nak bela bayi ni?! Aku tahu kau sengaja perangkap aku, kan?! Kau tahu aku belum bersedia! Aku belum sedia nak kahwin dengan kau! Aku nak kau buang bayi tu!" Semakin keras suara Firash. Begitu kuat tangannya mencengkam lengan baju Ayu.

Seindah Akad Kedua (Tajuk Asal : Cinta kedua)Where stories live. Discover now