L I M A
KRIIINGGGG.... Kriiiinggg... Kriiingggg...
Telefon bimbit milik Ayu yang berdering sedari tadi langsung tak dihiraukan. Ayu masih lagi membungkam di penjuru ruang tamu. Seluruh ruang tamu kediamannya habis berselerak, langsung tak dipedulikan lagi. Dirinya juga sudah tak terurus. Makan, minum, tidur pun langsung tak diendahkannya.
Tiga hari berturut-turut Ayu berkurung di rumah. Menangis mengenang nasib sendiri. Menjerit cuba melepaskan amarah. Tapi, tetap juga dia rasa terbeban.
Selama tiga hari itu juga Ayu berusaha menghubungi Firash. Tetap gagal. Dia cuba hubungi rakan baik Firash, Daniel. Juga gagal.
Arghh! Separuh gila jadinya!
Kriiiiingggg... Kriiinngg...
Kali ini cordless home phone pula berdering. Tetap juga Ayu tak ambil peduli.
'Kalaupun Ash yang call, pergi mampuslah mamat tu!' bentak hati Ayu. Hatinya benar-benar sakit dengan tindakan Firash yang meninggalkan dirinya pada hari pernikahan mereka. Segala persiapan permohonan perkahwinan sudah pun dibuat. Tahu-tahu, Firash pula tak hadirkan diri di pejabat agama.
Kali terakhir Ayu jumpa Firash pun malam sebelum hari 'pernikahan' mereka. Katanya mahu gerak dari rumah Daniel. Mahu saja Ayu mencari Firash di rumah Daniel. Tapi masalahnya, rumah Daniel pun Ayu tak tahu di mana!!
Arghh!! Kusut!!
Beeeepppp!!!
"Ayu... kau okey? Aku risaulah. Aku call kau tak jawab, WhatsApp lagilah sepatah haram kau tak jawab. Aku ketuk rumah kau pun, no response. Kau okey ke tidak ni? Aku risau ni, kau dah makan ke belum? Apa-apa pun, lepas kau dapat mesej ni please return call or at least text me. Please...!"'
Kedengaran suara Raisya bergema menerusi peti mesej telefon rumahnya. Tambah Ayu rasa menggerutu. Dia belum bersedia untuk bercakap, apatah lagi bertemu dengan sesiapa pun!
Kedua-dua tangannya meramas rambut. Semakin lama semakin kasar. Fikirannya benar-benar kusut!!
"Arghhhh!!!! Diammmm!!!!!!"
TINGTONG!
Sayup-sayup kedengaran bunyi loceng di pintu, sekali gus menyedarkan Ayu daripada lena. Entah bila dia terlelap di situ, Ayu sendiri pun tak sedar.
Perlahan-lahan Ayu membuka mata. Masih lagi rasa mamai. Kepala dan tubuhnya terasa berat. Bertalu-talu loceng pintu dibunyikan. Tetap juga Ayu malas mahu ambil peduli.
'Mungkin Raisya la tu. Malas!'
Seketika, bunyi loceng itu terhenti. Barulah Ayu menghela nafas lega. Ayu pejamkan matanya semula. Tapi matanya celik kembali bila terdengar bunyi pintu grill dibuka. Laju saja Ayu bangkit dari perbaringannya. Tajam matanya melihat tombol pintu kondonya dipulas dari luar.
'Ash? Ash dah balik?!'
Laju saja Ayu bangkit. Dalam keadaan lemah, dia cuba gagahi diri untuk melangkah menuju ke pintu. Namun langkahnya terhenti bila pintu terkuak dari luar. Hatinya tiba-tiba berdebar-debar untuk melihat siapa gerangan yang berada di sebalik pintu itu.
Pintu terkuak lebar. Hampa. Bukan kelibat Firash yang muncul di situ, tetapi sebaliknya seorang wanita pertengahan umur dengan dua lelaki bertubuh tegap sasa di sisinya.
Ayu bingung seketika. Yang pasti, dia tak kenal seorang pun daripada mereka. Tapi dari mana juga wanita itu dapat kunci kondo ini? Setahunya yang menyimpan kunci ini pun hanya dia dan Firash sahaja.

YOU ARE READING
Seindah Akad Kedua (Tajuk Asal : Cinta kedua)
RomanceRank 1 #sabahanstory (28 september 2019) IRDINA RAHAYU tak pernah menyangka cinta pertamanya membuatkan dia terjerat dalam kancah derita. Dia memberi harapan terlalu tinggi buat Tengku Aiman Firash, sehingga akhirnya lelaki itu meninggalkan Ayu di...