:: TEASER ::

397 15 1
                                    

“Haa... apa lagi? Upacara batal wuduk, kan? Kenapa masih tercegat kat sini?” bisik Nek Piah di telinga Emiir seraya menyerahkan sebentuk cincin. Berkerut dahi Emiir.

“Hah? Kenapa nak kena buat pulak upacara batal wuduk ni? Upacara ni bukan wajib dalam agama kita, nek.” Balas Emiir. Tidak berpuas hati.
Membulat mata Nek Piah.

“Iya... tahu. Tapi buat je la.... Ni cincin, takkan bagi macam tu je. Kena ada adat.”

“Itu cuma adat, nek. Bukan dalam tuntutan agama pun. Yang wajib akad nikah je, kan. Ni batal-batal wuduk lagi. Sedangkan Islam menggalakkan umatnya sentiasa berwuduk, tapi ni nak batalkan pulak.”

“Huishhh. Banyak bunyi pulak. Buat je la....”

Emiir lepaskan keluhan. Susah kalau Nek Piah sudah mula memaksa. Mahu tak mahu terpaksa juga Emiir turutkan.

Perlahan-lahan Emiir mendekati Ayu. Cincin disuakan di depan mata Ayu.

“Nah, kau sarungkan la sendiri...” kata Emiir selamba.

Ayu terkulat-kulat. Blurr.

Pappp!!

Laju saja tangan Nek Piah menepuk bahu Emiir.

“Oii! Bukan begitu caranya batalkan wuduk. Macamlah kau tak pernah buat dulu. Buat betul-betul. Kalau tak, depan orang ramai ni nenek tarik telinga kau...” bebel Nek Piah lagi. Sempat lagi beri ugutan.

Ayu tertunduk. Hilang rasa gusarnya. Dia berusaha menahan tawanya. Ada-ada saja Nek Piah ni.

#comingsoon#kakinovel#seindahakadkedua#cintakedua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

#comingsoon
#kakinovel
#seindahakadkedua
#cintakedua

Seindah Akad Kedua (Tajuk Asal : Cinta kedua)Where stories live. Discover now