BONUS CHAPTER - Cinta Pertama (sabahan dialect)

3.3K 210 39
                                    

Bah, demi menyahut cabaran si Rachel Laura Rachaellaura90 aka Alina Ho, ni kali saya buat short story pasal si Nek Piah tapi dalam sabahan slang. Macam lama suda saya nda buat dalam sabahan slang since Wicked Games lagi. Then tu Entangled tu pun saya kurangkan penggunaan sabahan slang dan gunakan sabahan slang dalam dialog sahaja. Jadi maaflah kalau ada kekurangan, macam awkward pula sy rasa tulis dalam sabahan slang.

Ni kali pasal cinta pertama Nek Piah. First person punya POV. Kita ambil timeline selepas hari merdeka la ya. Masih dara sunti lagi Nek Piah. Selamat membaca.

Cinta Pertama
By ; Lily Rose
Cover By ; MeiLy May (thanks dalink!) MeiLyMay

Lewat 1950-an.

"SALBIAH!!!! SALBIAH!!!! Salbiah!!! Piahhhhhh!!!!!!!"

Haish! Mamak ni bah! Kacau betul! Masa aku mahu lastik si musuh ketat ni jugalah mamak ku mengacau bah. Ah, malas mahu ambil peduli dengan panggilan si mamak. Yang penting dendam harus dilunas! Kalau nda, nda tenteram hidup!

Ni kalilah! Aku mahu lastik burung ruak-ruak yang menghantui malam-malam ku!

Awas kau, ni hari pembalasan si pitung! Selalu malam-malam kau wak-wak-wak sana. Macam saja ada orang nama wak tinggal di rumah aku. Wak sana, wak sini. Apa kau ingat nama aku Wak Piah?

Getah lastik ditarik perlahan-lahan. Bersedia untuk dilepaskan.

Fokus, Piah! Fokus! You can do it!

"Tanpa tujuan yang tertentu.. Bujang dara keluar pintu.. Dengan harapan jumpa satu.. Penawar asmara dirindu.. Lalalalala...."

Aish! Suara sumbang siapa lagi ni menyalat-nyalat di sini? Toleh sekejap, terkejut melihat crush ku si Bakar sedang menunggang basikal tua sambil menyumbangkan lagu Bujang Dara dari Sam Saimun. Kalau boleh ada angin-angin lagi bertiup sampai rambut terurai ke belakang.

Alahai, si crush bah ni melimpas secara slow-motion. Hilang terus fokus ke burung ruak-ruak tadi.

"Abang Bakar...." dengan suara manja aku memanggilnya.

Terhenti terus nyanyian sumbang si Bakar. Sambil menunggang basikal tuanya, dia menoleh ke arah aku. Dari lagu Sam Saimun, dia menyanyikan pula lagu Oh Carol dari Neil Sedaka yang masa ni sedang top di sini.

"Oh! Piah, I am but a fool.. Darling, I love you.. though you treat me cruel.. You hurt me, and you made me cry.. But if you leave me, I will surely die..."

Alahai, terasa macam di awang-awangan ja bila si crush nyanyikan lagu kesukaanku. Neil Sedaka jo. Gilak kau? Crush juga bha itu! Bukan sembarangan!

Bila si crush nyanyikan lagu tu kan, aku harap-harap la angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, kurang juga rasa bahang lewat petang tu. Tapi, lain yang jadi. Bila Bakar habiskan saja lagunya, petir guntur pula menggegar langit. Alahai, Bakar. Tercabar kali ni dorang mendengar kau menyanyi, sampai guntur bah!

Tiba-tiba.. GANGGGGGGGGGG!!!!!!! Basikal Bakar tadi terbakar.. eh.. nda.. terjatuh pula ke parit. Kalau landing cara baik nda apa juga. Ini tertunggang terbalik bah. Hampir saja kain pelikat si Bakar terselak. Nasib baik juga Bakar pantas bertindak. Tutup mana yang terdedah. Kalau nda, ada la ni nampak telur labang-labang sana.

"Abang Bakar! Astaga!" aku berlari ke arah Bakar. Kesian pula tengok keadaan Bakar yang tertonggeng di parit. Cepat-cepat aku tolong tarik tubuh Bakar. Sampai songkok pun dah terbalik jadinya.

Seindah Akad Kedua (Tajuk Asal : Cinta kedua)Where stories live. Discover now