Rank 1 #sabahanstory (28 september 2019)
IRDINA RAHAYU tak pernah menyangka cinta pertamanya membuatkan dia terjerat dalam kancah derita. Dia memberi harapan terlalu tinggi buat Tengku Aiman Firash, sehingga akhirnya lelaki itu meninggalkan Ayu di...
“Apa lagi kau nak?? Aku dah kata tak perlu cari aku, kan? Kau tak faham bahasa Melayu?”
Zara terdiam seketika. Tangannya mula menyelongkar sesuatu dari beg tangannya. Tak lama kemudian, dihulurnya sekeping tiket buat Emiir. Bila hanya dibalas sepi, akhirnya Zara mengalah. Diletakkan saja tiket tadi di atas meja.
“Zara balik ke Jepun, sambung belajar di sana...”
“Habis tu?!”
“Zara nak abang ikut Zara. Tolonglah, Zara tak boleh hidup tanpa abang...”
“Dulu bukan ke kau yang cakap kau boleh hidup tanpa aku? Kau kononnya hanya boleh hidup dengan lelaki yang boleh bagi semua yang kau nak? Kan? Kau lupa?! Jangan jadi macam budak-budaklah! Bila kau dah jemu, kau buang aku. Bila kau sunyi je, kau cari aku balik.”
Zara terdiam. Bibir diketap rapat, mula menunduk. Tak sedar air matanya menitis, membuatkan riak wajah Emiir berubah. Hampir tewas dengan tangisan Zara. Masih bersisa rasa sayangnya buat Zara, namun sakit hatinya dengan perbuatan wanita itu dulu mengatasi segalanya.
“Zara tak maksudkan apa yang Zara ucapkan dulu. Zara tertekan dengan sifat baran abang. Zara sampai sekarang sayangkan abang. Seorang pun takkan mampu gantikan abang di hati Zara. Zara... Zara rindukan abang....”
“Kau baliklah.”
Tingkah Zara tadi sekali gus menarik perhatian Ayu. Sesekali matanya melirik ke arah kedua-duanya. Berubah riak wajahnya, hatinya turut terusik. Tiba-tiba diselubungi rasa cemburu.
Ayu tersentak bila terfikirkan sesuatu.
‘Cemburu? Untuk apa? Aku bukan isteri pilihan Abang Emiir pun. Dah sah-sah abang Emiir masih sayangkan Zara...’ Ayu bertingkah sendiri dalam hati. Cepat-cepat berpaling ke arah lain.
“Dahlah... dahlah.... Tak elok orang tengok. Dah, Zara...”
Cepat-cepat Zara mengesat air matanya.
“Abang maafkan Zara?”
Emiir hanya diam. Tangannya segera mengangkat pinggan berisi rojak sotong kangkung tadi.
“Eh, itu untuk Zara?”
Soalan Zara tadi dibalas sepi. Laju saja Emiir menapak ke meja Ayu, meninggalkan Zara yang masih tercengang di situ.
“Sayaaaaanng....” Emiir memanggil. Langsung Ayu tak endahkan. Sangkanya panggilan itu buat Zara.
“Sayaaaaaannng Ayu...” suara Emiir tika semakin menghampiri Ayu.
Ayu yang baru menghirup minuman itu tersedak. Terhenti tingkahnya. Matanya melirik ke sisi. Tambah membulat matanya bila Emiir di sisinya membawakan sepiring rojak sotong kangkung.
“Nah, khas untuk sayang.”
Pffftt!!! Habis tersembur minuman dari mulut Ayu gara-gara terkejut.
“Ya Allah... Kenapa sayang ni? Habislah nanti, kena baju sayang nanti...” kata Emiir lagi seraya duduk di sebelah Ayu.
Uhuk!! Uhuk!!! Tak pasal-pasal tersedak air Milo dibuatnya.
‘Abang Emiir ni dah kenapa? Buang tabiat? Kena sampuk?’ Bertalu-talu soalan menyapa di kepalanya. Bingung dengan tingkah suaminya.
“Nah, buka mulut. Aaaaa...” kata Emiir sambil menyuakan sesudu rojak sotong kangkung di depan Ayu.
Tambah berkerut dahi Ayu. Rasa kekok pun ada.
“Eh, Ayu boleh makan sendiri, bang. Tak perlu susah-susah.”
“Buka je mulut tu. Aaaaaa...”
Kali ini Emiir benar-benar bertegas. Macam kena paksa pun ada. Mahu tak mahu terpaksa juga Ayu akur dengan permintaan Emiir.
“Aaaaaa...” Akhirnya, Emiir suapkan juga rojak sotong kangkung ke mulut Ayu.
“Haa... macam tu lah isteri abang...” kata Emiir lagi seraya menguntum senyum.
Ayu tersentak lagi. Mukanya terasa panas, berona merah dibuatnya. Dup! Dap! Dup! Dap! Semakin kuat debaran di dada Ayu.
Pertama kali dia melihat Emiir tersenyum begitu manis, tak seperti selalu hanya berlagak serius, macam nak makan orang pun ada.
‘Handsome jugak Abang Emiir bila senyum macam ni ya. Selalunya buat muka macam harimau kebuluran..’
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.