🌹::Bab 4 (Penuh)::🌹

2.1K 206 25
                                    

E M P A T

HARI yang dinantikan tiba jua akhirnya. Dengan penuh debaran, si pengantin perempuan menunggu kedatangan si pengantin lelaki di hadapan pejabat kadi. Di matanya tergambar impian membina sebuah keluarga yang bahagia.

"Berdebar? Nervous?" soal Raisya yang setia menemani Ayu ke pejabat agama.

"Tak ada tetamu yang hadir pun buat aku nervous jugak..." kata Ayu. Hujung baju kurung moden yang tersarung di tubuhnya dicubit-cubit. Cuba menghilangkan rasa gemuruhnya.

Cuma Raisya satu-satunya teman rapat yang dia ada. Itu pun dia mula kenal ketika bekerja sebagai penyanyi di bistro dulu. Cuma Raisya sajalah yang sudi hadir menemani Ayu di pejabat agama. Tambahan pula, dirasakan tiada keperluan untuk dia menjemput orang lain untuk turut meraikan hari bahagianya ini.

"Kau jangan nervous. Kau patutnya happy. Kau bakal jadi anak menantu kerabat yang disegani, tahu?" kata Raisya.

Ayu ketap bibir. Terdiam. Berubah riak wajahnya.

Memang sepatutnya dia rasa gembira dan bahagia. Lagi-lagi Aiman Firash anak Tengku Hakim itu datang dari keluarga yang berharta dan ternama. Pasti mampu menyara hidup Ayu nanti. Sedangkan kondo kediaman mereka sekarang pun Firash belikan untuk Ayu.

Tapi entah kenapa, dia tak rasa teruja pun memikirkan semua itu. Silih berganti dengan rasa tak sedap hati yang mencucuk perasaannya ketika itu.

"Kau fikir apa lagi, Ayu? Si Ash tu lelaki idaman wanita di luar sana, tahu? Punyalah susah payah dia dapatkan kau dulu. Kau tak kesian? Lagipun dia ada semuanya. Harta. Nama. Petik jari saja, dia boleh belikan itu... ini... semualah!"

"Bukan tu yang aku nak, Raisya. Kalau sebab duit aku nakkan dia, masa pertama kali dia jumpa aku pun, aku dah terima dia. Cukup dia bertanggungjawab untuk kandungan aku ni. Yang dalam perut aku ni, anak dia jugak," kata Ayu lagi. Perlahan-lahan Ayu mengusap perutnya.

"Eh, dah pukul berapa ni? Tok kadi dari tadi menunggu. Bukan sepatutnya Si Ash dah ada kat sini?"

Ayu tersentak. Semakin bertimpa-timpa rasa tak sedap hati. Telefon bimbit dicapai, cuba mendail nombor telefon Firash.

"Ada dia jawab?" soal Raisya dengan dahi yang berkerut.

Ayu sedari tadi cuba hubungi nombor Firash. Tetapi gagal. Awalnya langsung tak dijawab sehingga akhirnya gagal dihubungi.

"Tak..." Terhenti ayat Ayu di situ. Menggeletar seluruh tubuhnya. Hampir terlepas telefon bimbit dari tangannya.

Membulat mata Raisya. Ternanti-nanti ayat selanjutnya daripada Ayu.

"Ayu, kau jangan main-main. Sepatutnya pernikahan kau berlangsung sejam yang lepas, tahu? Tu tok kadi pun dah lama menunggu..." kata Raisya lagi.

"Ash tak jawab. Lepas tu... dia matikan handphone."

"Apa? Mungkin line kau yang masalah. Cuba aku pulak call dia."

Raisya lantas mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangannya. Cuba didailnya nombor Firash, sementara Ayu di sisi menantinya dengan penuh harapan.

"Harap maaf. Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi..."'

"Macam mana? Dapat?" tanya Ayu dengan nada teruja.

Riak wajah Raisya berubah serta-merta. Lidahnya jadi kelu. Hanya mampu menggeleng.

Terasa ringan tubuh Ayu. Dia terduduk lemah di hadapan pejabat kadi. Hatinya dipagut rasa hiba. Mukanya terasa panas. Bagaikan mahu menangis, tapi tak mampu mengeluarkan air mata.

Sakit!!

***********************

Dapatkan novel SEINDAH AKAD KEDUA karya Lily Rose eksklusif di:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dapatkan novel SEINDAH AKAD KEDUA karya Lily Rose eksklusif di:

Kedai Buku Popular berdekatan

ATAU.... Malas nak keluar dari rumah? Boleh juga dapatkan novel Seindah Akad Kedua melalui www.popularonline.com.my .

Nak lagi senang? SHOPEE kan ada.
Boleh dapatkan di shopee Kaki Novel sendiri (kn_official)
dan juga shopee Popular sendiri (popularmy)

Thank you for your endless support!

Seindah Akad Kedua (Tajuk Asal : Cinta kedua)Where stories live. Discover now