Bab 2🔒

8.2K 747 62
                                    

🌻

Ariel mengetap bibir. Sungguh dia rasa benar- benar tertekan sekarang ini, berbuat janji pada papanya merupakan satu hal yang salah. Dan sekarang dia mulai merasa sempit, waktu seminggu yang dia sendiri tetapkan seakan memakan dirinya sendiri.

Ariel menepuk meja dengan kedua tapak tangannya. Biarlah sakit sekali pun tangannya itu, semua itu tidak akan dapat meredakan keresahan dalam hatinya. Ini bukan soal wang, dia tahu dia perlu mencari lelaki dan berkahwin. Perkara yang mudah bukan?

Tapi persoalannya, dia hendak berkahwin dengan siapa?

"Argh!"

"Woi, sudahlah tu. Dari kau duk tepuk meja, tenung dinding rumah aku tu sampai nak tembus, baik kau duduk. Bagitau aku apa masalah kau, mana tahu aku boleh tolong, kan?" Celahan dari Hana buatkan Ariel berhenti sekejap. Dia melepaskan keluhan berat lalu menghempaskan punggungnya atas sofa.

Sudahlah dia tengah serabut, tambah lagi dengan papa dia yang dah percepatkan tarikh perlantikan CEO LE Holding's yang baru. Tinggal 5 hari lagi dia nak cari calon suami.

"Bagitau aku, apa masalah kau?"

"Aku nak kahwin"

"Dah tu, kahwinlah" Hana menjawab. Ariel membuat muka poker. Hana ni percuma je cakap dengan dia, dia takkan faham satu haram pun yang aku cakap. Huh!

"Masalahnya aku nak kahwin dengan siapa? Dengan batu? Papa dah cepatkan tarik perlantikan tu dan aku pulak tinggal 5 hari kena cari calon suami. Apa aku nak buat ni Hana?!" Ariel menepuk- nepuk kusyen sofa tanda dia benar- benar geram. Kalau bukan disebabkan kakaknya, mana mungkin dia hendak setuju dengan syarat papanya yang tak boleh diterima akal tu.

"Wo woo, chillah, okay, okay. Aku faham. Kau.. desperate sangatlah nak kahwin sekarang ni?" Tanya Hana. Aku hanya mengangguk. Aku rasa macam nak menangis je, kalau aku gagal penuhi syarat papa, maknanya aku kalah. Tak, aku tak nak kalah.

Hana mulai berfikir.

"Kau.. betul- betul terpaksa kan?"

"Hana. Kau kena faham aku-"

"Kejap. Aku ada satu cara, kalau blind date mungkin akan ambil masa yang lama. So.." Hana mengeluarkan phone dari poketnya. Aku hanya memerhati, manatau Hana ada idea bernas yang mampu selesaikan masalah aku.

"Ni, kau cari kat sini"

"Hana, pleaselah. Aku tak ada masa nak swipe tinder ni-"

"Tak! Tak! Cuba kau baca betul- betul. Ini bukan tinder. Ini aplikasi SUD, Suami Untuk Disewa. Disebabkan kau dah terdesak sangat, jadi ini salah satu cara yang sangat cepat" kata Hana. Aku buat muka tak percaya. Ragu- ragu aku sambut phone dia dan meneliti setiap butiran data lelaki yang sedang avaible.

Mata aku sekaligus terpandang notification new entry di bahagian belah kanan dengan gambar seorang lelaki. Terus saja jari aku menekannya.

New entry!

Jeon Jungkook
Avaible

Memenuhi semua ciri- ciri lelaki yang anda idamkan. Dapatkan dia sekarang sementara tawaran masih ada. Jangan lepaskan peluang!

"Betul ke ni? Kau tak mainkan aku kan?" Soal aku pada Hana. Dia buat muka seraya menggeleng perlahan. Kemudian, laju saja tangan Ariel menekan profile lelaki itu untuk melihat biodata lelaki itu.

 Kemudian, laju saja tangan Ariel menekan profile lelaki itu untuk melihat biodata lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Name; Jeon JungkookAge; 22 y/oBirth date; 01,09,1997Hometown; BusanCharacter; sweet talker, can be your senpai, tall, good looking, can cook, boyfriend material, boxing, fitnessRent;  15,000 in myr (a days)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Name; Jeon Jungkook
Age; 22 y/o
Birth date; 01,09,1997
Hometown; Busan
Character; sweet talker, can be your senpai, tall, good looking, can cook, boyfriend material, boxing, fitness
Rent;  15,000 in myr (a days)

Ariel merenung gambar lelaki itu lama. Bukan dia tertarik, dia cuma takut kalau dia memilih lelaki itu, lelaki pula yang akan terjerat dengan masalah dirinya. Dia tidak mahu itu. Tapi waktu sudah tersangat singkat, dan tanpa buang masa Ariel menekan simbol Rent tanda dia mahu menyewa lelaki itu.

"Sewakan dia untuk aku." Kata aku pada Hana seraya menghulurkan phonenya semula. Hana melihat biodata lelaki yang baru aku teliti tadi.

"Kau biar betul? Sewa dia mahal duh!"

"Pedulikan semua tu, sewa dia takkan bagi effect pada aku. Aturkan temu janji aku dengan dia, aku nak bincang perkara ni dengan cepat sebab benda ni urgent." Kata aku, Hana terkebil- kebil.

"Kau nak sewa dia berapa hari?"

"3 bulan"

"Hah?! Kau biar betul? Sewa dia seminggu dah berapa, 3 bulan pula dah nak dekat setengah juta kau tau tak?!" Hana menjerit kerana tidak percaya. Ariel hanya mendiamkan diri, duit bukan masalah untuknya. Harta keluarga takkan habis tujuh keturunan tapi bukan itu yang dia perlu fikirkan, sekarang apa yang dia perlu fikirkan adalah..

Lelaki itu.

.

.

🙈💞😰

[C] Suami untuk Disewa | JJK✓Where stories live. Discover now