🌻
"Awak nak bawa saya kemana ni?" Ariel menyoal, bila sekian lama berdiam diri, Jungkook melirik pandang ke arah gadis itu sebelum angkat bahu, sengaja mahu buat Ariel suspen. Ariel hanya mendiamkan diri.
Sekuntum bunga ros dikeluarkan dari jambangan bunga sebelum Ariel selitkan pada saku jaket kulit Jungkook. Bibir gadis itu menguntum senyum, tak semena- mena tangannya menyentuh dada Jungkook untuk membetulkan kedudukan bunga tersebut.
"Sayang.." panggil Jungkook, dia tahan tapak tangan Ariel dari bertindak lebih jauh lagi. Ariel angkat kening. Jungkook gelengkan kepala. Ariel tersengih.
"Just little touch, but you already give me that face. By the way, this rose look perfect on you.." bisik Ariel, Jungkook telan liur. Menggoda? Siapa je yang tak tergoda. Ariel tahan senyum melihat wajah gelabah Jungkook. Makin dia dekat, makin merah muka lelaki itu.
"Okay, sorry. My bad. Saya tak kacau awak dah" ujar Ariel seraya ketawa kecil, jambangan bunga ros kembali ditatapnya. Jungkook melepaskan keluhan nipis, dia terpandangkan Mingyu yang sedang angkat- angkat kening di cermin pandang belakang.
'First time aku tengok kau kecut, bro' ujar Mingyu dari gerak mulut sebelum dia kemam bibir, menahan tawanya yang hampir- hampir meletus. Jungkook jegilkan anak mata, buku lima ditunjukkan.
Tapak tangan Ariel diraih sebelum digenggam erat. Ariel tersenyum, dia menoleh untuk memandang Jungkook sebelum pipi lelaki itu menjadi sasaran cubitan lembut darinya. Terkebil- kebil Jungkook jadinya, dia pandang luar tingkap kereta, senyumannya sudah lebar sampai ke telinga. Argh! Parah ni parah!
"Kita dah sampai" kata Jungkook bila kereta berhenti di destinasi yang dia rahsiakan dari Ariel tadi. Kedua mereka keluar dari perut kereta, bibir Ariel tidak lengkang dengan senyuman. Funfair!
"Maaflah sayang, kalau tempat ni tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan darjat awak-"
"Kenapa dengan darjat saya?" berubah air muka Ariel, laju wajahnya menoleh kearah Jungkook. Senyumannya hilang. Wajahnya keruh.
"Err.."
"Jadi awak nak cakap, orang kaya macam saya tak layak untuk ke tempat biasa- biasa macam ni? Nak demand je selalu? Itu ke anggapan awak pada saya selama ni?" bergetar suara Ariel menyoal perkara itu. Dia benci bila orang mengata akan pangkatnya yang tinggi melangit itu. Dia juga orang biasa, makan nasi, berpijak pada bumi yang nyata. Salah ke?
"Bukan macam tulah sayang.."
"Dahlah, saya nak bersendirian sekejap." Ariel hulurkan jambangan bunga pada Jungkook dan tanpa memandang lelaki itu, dia pergi di khalayak ramai. Jungkook mengeluh berat. Teruklah kau ni!
"Mana dia?" Mingyu menyoal, mulutnya sibuk mengunyah popcorn, dikepalanya sudah ada cekak rambut unicorn. Enjoy benar dia.
"Merajuk.."
"Mwo? Kenapa?" berkerut dahi Mingyu, Jungkook gelengkan kepala, tanpa menjawab dia hulurkan jambangan bunga ros pada Mingyu. Kelibat Ariel dicari dan dijumpai di hadapan mesin arked berisi patung.
"Sayang nak?" soal Jungkook, Ariel tidak menjawab, dia tetap merenung patung didalam mesin tersebut, plushie.
Tanpa membuang masa, Jungkook mengeluarkan syiling lalu dimasukkan kedalam mesin tersebut. Dia pandang Ariel sebelum kenyitkan matanya.
"Watch me, sayang!" ucap Jungkook sebelum memegang butang untuk mengawal mesin arked tersebut. Ariel hanya memerhati dalam diam, dia senyum kecil. Serius betul Jungkook bila tengah main. Nampak handsome..
"Yes! See? Suami awak ni boleh buat apa je demi isteri tercinta dia!" ucap Jungkook bermegah diri, dadanya dia tepuk, dia tarik keluar plushie berwarna kuning dari bahagian bawah mesin tersebut sebelum dihulurkan pada Ariel.
"For you, my lovely wife.." ucap Jungkook perlahan. Ariel buat muka sebelum dia sambut huluran patung tersebut lalu dipeluknya.
"Promise me, you wont say that again.."
"I'm promise, I won't say that again. Sorry, sayang.." bisik Jungkook, serba salah dengan bicaranya pada gadis itu. Senyuman Ariel kembali mekar, dia jengketkan kaki sebelum pipi Jungkook dia cium. Lelaki itu terkaku. Bibirnya tak dapat menahan senyum.
"Sayang.." rengek Jungkook malu, wajahnya panas. Dia alihkan pandangan tapi tangannta tetap dihulurkan untuk berpegangan tangan dengan gadis itu. Tak hiraukan suasana yang kian riuh dengan kehadiran para pengunjung, mereka hanyut dalam dunia mereka sendiri.
"Sayang nak kemana lepas ni? Nak naik spinning cup? Roller coster? Atau.."
"Roller coster ke hati awak, ada ke?" soal Ariel seraya menguntum senyum. Jungkook tersenyum, hidung Ariel dicuitnya, geram dengan tingkah laku gadis itu. Menggemaskan!
"Tak payah susah- susah naik roller coster sayang, hati ni sudah tertulis pun nama sayang. Only you.." kata Jungkook.
"Kita naik ferris wheel, nak?"
"Okay" jawab Ariel, akur dengan lelaki itu. Dua tiket dihulurkan pada penjaga permainan tersebut sebelum mereka berdua masuk kedalam.
"Sayang.."
"Em?" sahut Ariel bila ferris wheel sudah mulai bergerak. Tapak tangan Ariel yang masih berada dalam genggamannya dieratkan. Jungkook menggeleng.
"Sayang, err.. "
"Apa dia, Jungkook?" kening Ariel terjongket, ternanti- nanti soalan dari Jungkook.
"Have you ever, ki- kiss?" Soal Jungkook, dia bulatkan mata. Terkejut. Tersilap cakaplah pulak. Macam mana boleh tersilap ni Jungkook? Ahh! Masaklah kau!
"Why you ask me that question? If you're already know? You wanna try?" bisik Ariel dengan suaranya yang sedikit gemersik. Bibir Jungkook diketap, berpeluh dia sekarang. Jarak wajah Ariel dengan wajahnya buatkan dia sukar untuk bernafas.
Argh! Help me! I need an oxyjeon!
"Sayang.. saya tak bermaksud-"
Cup!
Jungkook bulatkan mata, terkejut dengan tindakan gadis itu. Wajahnya mulai merah dan panas. Ariel ketawa kecil, pipi Jungkook ditekup menggunakan kedua tapak tangannya. Jungkook alihkan pandangan, jantung jangan cakaplah. Memang dah berdegup kencang!
"Sayang.. don't do this"
"Awak tahu tak yang lelaki macam awak ni satu dalam seribu? Saya suka tengok awak macam ni, Jeon Jungkook.." bisik Ariel.
Tidak mahu kalah, tapak tangan Ariel dilarikan pada pipinya, bahu gadis itu ditolak perlahan hingga tersandar pada ferris wheel. Jarak mereka sangat rapat.
"Sayang fikir sayang seorang je ke boleh tease macam tu? Jangan sampai saya.." Jungkook gantungkan ayat, dia yang buat, dia yang lemah. Bawah bibirnya digigit. Dia lemah dengan pandangan mata Ariel. Sungguh menawan. Argh! Jungkook duduk tegak.
"Awak nak buat apa, Jungkook?"
"Tak adalah.."
"Macam mana agaknya kalau kita honeymoon nanti eah?" soalan Ariel buatkan pipi Jungkook kembali merah. Ketawa gadis itu meletus.
Halahai Jungkook, kenapa kau lemah pulak hari ni?
.
.
TRIAL SPM
SUDAH BOOM!
REAL SPM?
MELETOP KEBABOM!

YOU ARE READING
[C] Suami untuk Disewa | JJK✓
RomanceBukan dari deep web, bukan juga pemerdagangan manusia. Aplikasi Suami Untuk Disewa (SUD) yang dibuat khusus untuk menyewa seorang lelaki untuk dijadikan suami. Jeon Jungkook adalah salah satu lelaki sewaan itu. Dia lakukannya atas kerelaanya sendir...