🌻
“Sayang.. can I come in?” Jungkook menyoal, pintu bilik diketuk perlahan dan berulang- ulang kali. Seharian Ariel tidak keluar dari bilik dan itu membuatkan dirinya ditimpa rasa risau.
“Sayang.. please.. saya minta maaf. Tolonglah jangan buat saya macam ni. Saya terseksa..” lirih saja Jungkook berkata sambil dia mengetuk pintu bilik. Tidak ada sahutan mahupun respon yang dapat dia dengar dari gadis itu. Dia risaukan Ariel..
“Sayang..”
Klek!
Bunyi pintu bilik yang dibuka dari dalam buatkan Jungkook cepat- cepat tegakkan tubuh, pintu bilik terbuka sikit namun tidak ada tanda- tanda yang gadis itu akan keluar.
Jungkook mengeluh perlahan, dia menolak daun pintu lalu melangkah masuk kedalam. Ariel sedang berselubung didalam selimut.
“Sayang saya ada order makanan. Sayang tak nak makan? Mesti laparkan?” soal Jungkook, Ariel tidak memberikan sebarang jawapan. Sekali lagi Jungkook mengeluh, dia melabuhkan punggung diatas katil sebelum mengambil keputusan untuk berbaring disamping Ariel.
“Sayang.. I miss you.”
“Sayang, sampai bila nak macam ni? Saya bosan, saya sunyi tanpa sayang.. please. Talk to me..” bisik Jungkook, selimut yang menghalang pandangannya terhadap gadis itu dia tarik perlahan. Wajah masam Ariel dia tenung dengan pandangan lembut. Mata sembab Ariel buatkan dia menjadi lemah.
“Please don't cry..”
“It's hurt..” jawab Ariel perlahan. Jungkook mengetap bibir, dia usap pipi gadis itu lembut. Anak mata Ariel yang berwarna coklat itu dia renung.
“Don't torture yourself.. kalau awak sakit, saya boleh sembuhkan. Kalau awak menangis, saya boleh lapkan. Cuma satu, tolong jangan jadi macam ni, jangan seksa perasaan saya dan awak. If you hurt, I hurt too..” ucap Jungkook, dahinya bersentuhan dengan dahi Ariel. Gadis itu mengetap bibir sebelum dia mengecup bibir Jungkook sekilas.
Jungkook terpana tapi bibirnya tetap mengukir senyum kecil. Tubuh Ariel ditarik agar lebih rapat dengannya. Ariel meletakkan tapak tangannya di pipi Jungkook lalu mengusapnya perlahan. Jungkook hanya membiarkannya kerana dia rindukan Ariel yang selalu memanjakannya. Dia rindukan Ariel yang sekarang.
Tapi rindu Jungkook bertukar menjadi gugup bila Ariel mengubah posisi dengan ontop Jungkook buatkan jantung lelaki itu seperti mahu gugur sahaja.
“Sayang.. what are you doing?”
“I'm 'cleaning' what she've done to you.” jawapan Ariel buatkan Jungkook membulatkan matanya, bingkas dia bangun buatkan Ariel berada di pangkuannya. Posisi sebegitu buatkan Jungkook tidak tentu arah.
“Dia tak buat apa- apalah sayang.” balas Jungkook, Ariel merenung lelaki itu tajam, dia melingkarkan lengannya pada leher Jungkook lalu rapatkan wajah, Jungkook mengetap bibir.
Apabila bibir mereka hampir bersentuhan, Ariel menjedakan pergerakan. Dia senyum kecil sebelum memberikan ciuman pada dahi Jungkook lalu menyembamkan wajahnya pada leher Jungkook. Lelaki itu terdiam.
“Saya cuma tak mahu orang lain sentuh awak.. saya nak awak milik saya seorang. You have to understand it, Jungkook. Saya tahu saya tak patut dan saya pentingkan diri, but what can I do? I just can't stop myself from loving you..” bisik Ariel. Jungkook mendiamkan diri, kata- kata Ariel menyentuh tangkai hatinya.
Jungkook melingkarkan lengannya pada pinggang Ariel lalu memeluk gadis itu erat.
“I'm sorry for hurting you..”
Ariel tidak merespon, dia tegakkan tubuhnya namun masih tidak berganjak dari tempat asal. Mereka saling berpandangan hingga Jungkook terpaksa mengalihkan pandangannya kerana malu.
“Sayang, tengok apa?” soal Jungkook malu. Ariel ketawa, dagu Jungkook diangkat agar memandangnya. Lelaki itu menelan liur, Ariel dah kembali!
“Awak suka perempuan yang macam mana, Jungkook?” soal Ariel secara tiba- tiba. Jungkook mendiamkan diri, dia berfikir seketika.
“Childish, comel, pandai masak dan tak kuat merajuk..” ucap Jungkook bertujuan untuk mengusik Ariel pada ayat yang terakhirnya. Ariel jongket kening.
“Saya kuat merajuk ke?”
“Sangat.” balas Jungkook seraya tersengih. Ariel mendiamkan diri, dia tundukkan wajah sebelum dia mengalihkan kedudukan dan duduk dibirai katil. Wajah pelik Jungkook bertayang.
“Sayang, nak pergi mana?”
“Nak turun..” jawab Ariel dan melangkah ke pintu bilik, Jungkook bingkas bangun sebelum menarik lengan Ariel lembut. Gadis itu ditarik agar berhadapan dengannya.
“Tapi kenapa?”
“Saja.”
“Sayang, marah?” Ariel tidak menjawab, Jungkook tersenyum. Dia suka melihat Ariel begitu, nampak comel saja dimatanya. Tanpa amaran Jungkook mengangkat tubuh Ariel secara bridal style buatkan gadis itu terkejut.
“You're not going anywhere, tonight..” bisik Jungkook, Ariel senyum senget, dia lingkarkan lengannya pada leher Jungkook lalu rapatkan wajah. Perasaan gugup Jungkook sudah hilang tanpa lelaki itu sedar.
“Why?”
“Sayang, faham- fahamlah sendiri..” bisik Jungkook sambil tersenyum.
.
Muah.
YOU ARE READING
[C] Suami untuk Disewa | JJK✓
RomanceBukan dari deep web, bukan juga pemerdagangan manusia. Aplikasi Suami Untuk Disewa (SUD) yang dibuat khusus untuk menyewa seorang lelaki untuk dijadikan suami. Jeon Jungkook adalah salah satu lelaki sewaan itu. Dia lakukannya atas kerelaanya sendir...