Bab 13🔒

6.7K 663 51
                                    

🌻

"Amboi Jungkook! Jauhnya termenung! Dah sampai mana dah? Istanbul? Aku kat tepi kau ni pun kau tak sedar eah?" teguran dari satu suara garau buatkan Jungkook tersedar dari khayalannya.

Wajah Mingyu yang tersenyum girang dipandangnya malas, dumble diangkat dengan satu tangan. Mingyu cebikkan bibir.

"Apa kau nak?" soal Jungkook malas, wajahnya yang serius ditenung dari cermin besar dihadapannya.

"Nak apa? Aku kan biasa ke sini, gym ni kira macam rumah aku kau tahu tak?" ujar Mingyu, dia capai dumble lalu mengangkat dengan satu tangan. Jungkook hanya mendiamkan diri. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum.

"Senyum- senyum! Angau dekat isteri baru ke?" sampuk Mingyu seraya ketawa besar bila Jungkook menjelingnya. Jungkook menggeleng- gelengkan kepalanya, cuba menghilangkan bayangan Ariel dan fokus pada aktivitinya sekarang.

Dia memang tak dapat nafikan yang persona Ariel berbeza dari gadis- gadis yang sebelum ini. Ariel bukan seorang yang pemalu, jauh sekali dari yang manja. Terbalik pula bila gadis itu sendiri yang memanjakan Jungkook. Ahh, what happen to my heart?

"Isteri kau tahu ke yang kau keluar hari ni?" soal Mingyu, sekejap saja dia sudah beralih ke satu sudut ke ruangan angkat berat. Jungkook mengangguk kecil tanda ya.

"Ya, aku ada bagitau dia. Dia benarkan, lagipun aku tak ada benda nak dibuat di rumah besar tu. Aku rasa sunyi.." balas Jungkook, peluh yang menitik didahi dia lap menggunakan tuala kecil. Mingyu tersenyum kecil.

"Kau sunyi bila tak ada dia?" usikan Mingyu buatkan Jungkook terdiam. Lelaki itu menjeling. Gilalah!

"Jungkook, Jungkook. Kau ni bukan susah nak baca pun, alang- alang kau dah jadi suami dia, cubalah kau goda dia? Manatau kot- kota dia jatuh hati pada kau" cadang Mingyu. Jungkook mengetap bibir.

Masalahnya Mingyu, aku dah tergoda dengan dia dulu, walaupun dia tak buat apa- apa, desis Jungkook dalam hati. Bibirnya tersengih sendiri. Dia masih ingat kejadian sehari yang lalu, ketika Ariel memintanya untuk memanggil gadis itu dengan panggilan sayang. Hatinya sudah rasa lain macam.

Bukan dia tidak biasa, cuma panggilan sayang untuk Ariel kali ini berbeza dengan panggilan sayang untuk gadis- gadis yang lainnya. Kadang dia rasakan yang, acap kali dia mengucap kata sayang, hatinya berdebar tak tentu, tambahan lagi dengan sentuhan Ariel, bibirnya malahan suara gadis itu. Apa halnya ni, Jungkook? Takkan dah suka pulak? Argh! Tak boleh!

"Susahlah cakap dengan kau ni, macam tengah cakap dengan tunggul" perli Mingyu, dia beralih ke kerusi tempatnya tadi, botol mineral dicapai. Dahaga kerana asyik mengeluarkan air liur, tanpa sebarang faedah kepada anak Jeon ni.

"Jeon Jungkook?"

Keduanya menjadi diam sejenak, perlahan-lahan Jungkook menoleh kearah empunya suara yang menegurnya tadi. Dia menelan liur.

"Nadine.. buat apa kat sini?" soal Jungkook, dia scan setiap ruangan di gym tersebut. Nasiblah tak ada orang yang dia kenal.

Gadis yang dipanggil Nadine itu tersenyum, dia pandang tubuh Jungkook atas bawah dengan pandangan menggoda, bawah bibirnya digigit.

"Awak masih ingat saya ya, Jungkook? Kenapa ya? Susah sangatkan nak lupakan gadis cantik macam saya ni? Lebih- lebih lagi bila saya ni isteri kedua awak, kan?" katanya, dada Jungkook dicuit menggunakan jari. Jungkook mengemam bibir, hendak ditolak, rasa tak patut. Jadi dia hanya diamkan diri sahaja.

"Saya dengar awak dapat pelanggan baik bulan ni, anak jutawan. Dia sewa awak berapa hari? Mesti tak dapat tandingi saya ni kan?" Nadine menarik tapak tangan Jungkook, namum lelaki kekal pada posisinya.

"Awak datang sini nak excercise ke nak jumpa saya?"

"Nak goda awaklah selaku bekas suami saya" balas Nadine seraya mengenyitkan anak matanya. Jungkook melarikan pandangan, lengan Nadine yang melingkar pada lengannya dia lengannya dilepaskan perlahan. Riak wajah Nadine berubah, senyuman yang terukir memudar.

"Saya dah kahwin-"

"Tapi akan bercerai, kan?"

Jungkook terdiam, hatinya sedikit tergores. Dia menggelengkan kepalanya sebelum melangkah pergi meninggalkan gadis itu bersama Mingyu. Nadine mengetap bibir. Mingyu dipandangnya.

"Boleh berkenalan?"

"Tak boleh" jawab Mingyu sebelum melangkah keluar. Nadine menghentakkan kakinya geram.

.

.

Maaf tak update. 3 minggu ni sya busy dengan trial spm.

(So, don't miss me)

Hufff.
😣😥😖😶

[C] Suami untuk Disewa | JJK✓Where stories live. Discover now