Bab 5🔒

7.2K 776 47
                                    

🌻

Sebaik Jungkook turun dari kereta, dua orang lelaki yang sama mengiringinya untuk masuk ke dewan kahwin. Tujuannya adalah untuk melihat persiapan bersama bakal isterinya itu.

Ariel hanya memerhati pekerjanya menghias dewan kahwinnya seraya berpeluk tubuh. Tinggal 2 hari lagi sebelum perkahwinan mereka berlangsung. Dia langsung tak rasa apa- apa. Kalau ini adalah kemahuan papa, dia akan ikutkan sahaja asalkan lelaki itu tidak mengganggu bisnes kakaknya.

"Hai.." sapaan dari seseorang buatkan Ariel tersentak. Dia menoleh dan langsung saja bibirnya mengukir senyuman kecil. Jungkook juga membalasnya dengan senyuman juga.

"Ahh Jungkook, maaf sebab ganggu awak hari ini. Niat nak jemput awak sehari sebelum perkahwinan. Tapi saya rasa awak pun patut tengok, jadi.. here you are" kata aku. Jungkook hanya menyisip senyum seraya tak berhenti merenung wajah bakal isterinya itu.

"Kenapa tak datang masa saya cuba baju hari tu?" Soal Jungkook. Ariel hanya tersengih. Dia rasa bersalah pulak sebab tinggalkan Jungkook seorang diri. Sepatutnya mereka bersama- sama datang hari tu. Tengok pakaian masing- masing.

"Saya busy waktu tu, maaf tau. Kenapa ya? Pekerja saya layan awak teruk ke?" Ariel mulai rasa tak sedap hati. Kalau pekerjanya layan Jungkook teruk, nanti lelaki itu tak betah pula dengannya.

"Kalau ya, awak nak buat apa?" Kata Jungkook, kening dijongket satu. Sengaja mahu buatkan gadis itu rasa suspen.

"Betul ke? Mereka layan awak teruk?Kejap saya panggil mereka-" baru saja Ariel berura- ura mahu memanggil pekerjanya, Jungkook sudah menahan lengan gadis itu. Dia ketawa kecil bila melihat wajah pelik Ariel.

"Tak adalah, saya main- main je.." kata Jungkook lalu senyum kecil. Ariel mengemam bibir lalu dengan perlahan, lengan Jungkook dia pukul perlahan.

"Awak ni. Em, marilah duduk dulu. Awak dah makan?" Soal aku. Jungkook menggeleng kecil, yalah disebabkan dia kena jaga badan. Jadi dia kena makan sikit saja. Dia banyak luangkan masa dekat gym dari rumahnya. Gym SRD sudah nampak seperti rumahnya saja.

"Kalau macam tu, kita makan dululah. Saya belanja" aku mencapai tas tangan yang terletak diatas meja sebelum beriringan berjalan masuk ke lift. Butang tingkat ke 7 ditekan, disitu merupakan restoran itali. Jungkook hanya mengikuti.

"Sebenarnya saya, kena makan sikit je. Kena jaga badan, awak pun tahu kan.."

"Tak apa. 3 bulan awak dengan saya, awak tak perlulah jaga badan. Biar saja yang jaga awak" kata- kata Ariel buatkan bibir Jungkook melebar dengan senyuman. Lelaki itu tersipu malu sebelum melabuhkan punggung diatas kerusi. Pelayan restoran datang dan memberikan kad menu untuk mereka. Jungkook hanya memesan makanan yang Ariel pesan.

"Jadi, selama 3 bulan ni. Tugas saya hanya jadi suami awak je ke? Tak ada job lain?" Soal Jungkook. Ariel memandang ke atas sebelum dia menggeleng kecil.

"Tak ada, untuk 3 bulan. Awak hanya jadi suami saya. Kenapa?"

"Tak adalah, selalunya perempuan yang sewa saya hanya ada 2 tujuan. Untuk cemburukan orang lain, tak pun hanya untuk mencuba" terang Jungkook. Ariel mengangguk- anggukkan kepala tanda faham.

"Tapi saya lain, saya sewa awak.. sebab masalah keluarga. Maafkan saya kalau awak rasa seperti mangsa dalam hal saya. Maafkan saya, Jungkook" terang Ariel. Dia rasa bersalah kerana libatkan Jungkook dalam hal keluarganya. Dia takut yang lelaki itu mendapat masalah.

"Tak apa. Itu memang kerja saya pun" jawab Jungkook laku senyum segaris.

"Awak, dah berapa kali kahwin?" Ariel menyoal, Jungkook jongketkan kening. Bualan mereka terjeda sekejap bila makanan yang dipesan dihidang atas meja mereka.

"Nak tahu ke? Nanti awak sakit hati pulak.."

"Mana ada. Dah itu memang kerja awak, nak buat macam mana, kan?" Kata Ariel, dia sedut milkshake sebelum mulai mencapai garfu untuk menikmati pasta gaya itali tersebut.

"Untuk pengetahuan awak, saya dah berkahwin 3 kali, kalau termasuk awak, dah masuk 4" kata Jungkook lalu Ariel mengangguk- angguk kecil tanda faham. Jungkook hanya memerhati sebelum menjamah pastanya.

"Awak pula? Kenapa cari calon suami dalam apps SUD? Banyak calon dari keluarga kaya yang mampu beri awak kesenangan dan kebahagiaan. Tak ke begitu? Lagipun awak kahwin dengan saya hanya sementara, takkan mungkin dapat kecap bahagia.." Jungkook mula mengucapkan kata- kata nasihat- nya.

Ariel menyisip senyum kecil.

"Sebenarnya bila saya buka apps SUD tu dan nampak data awak, saya tertarik dan saya jadi suka.."

"Suka apa?"

"Suka awaklah"

Jungkook berhenti mengunyah bila ayat itu ditujukan untuk dirinya. Ariel hanya ketawa kecil sebaik melihat reaksi Jungkook.

"Kenapa? Awak tak pernah kena ayat macam tu ke? Walaupun dah berkahwin 3 kali?"

"Eum.."

Jungkook menyedut minumannya. Dia malu, gadis itu senang sangat bermain dengan hatinya. Tidak seperti gadis yang lain- lain. Hanya mahu Jungkook melayan kerenah mereka tanpa mahu mengerti perasaan Jungkook.

"Jungkook, awak ni comellah"

"Uhuk! Uhuk!" Tersedak jungkook jadinya.

.

.

🙈💞

[C] Suami untuk Disewa | JJK✓Where stories live. Discover now