Note ++ 2 🍁

116 19 2
                                    

Aku menggeliat untuk meregangkan segala urat kerana lenguh setelah menaip selama dua jam.Semua ini gara-gara mesyuarat yang diawalkan jadi terpaksalah aku menyiapkan laporan secepat yang mungkin.

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik pejabatku di ketuk dari luar.

"masuk!" Jerit aku lalu pintu mula terkuak.Muncul seorang lelaki melangkah ke arah aku sambil membawa sebuah mug yang berisi air yang aku sendiri tak pasti tu air apa.Dia menghulurkan mug tersebut kepada aku.

"minumlah cik Jieun ,saya buat special untuk cik" pelawa si dia.

Aku menyambut hulurannya tanpa syak sangka.Aku menghidu air tersebut.Wow,macam tahu tahu je air kesukaan aku ni.

"susah susah je awak ni buatkan air untuk saya, kamsahamnida"

"tak susah pun cik,setakat buat air.Apalah sangat"

"ha ye lah Yeonjun oi"

"Cik minum lah air tu sampai habis tau"

"Ha ya ya.Awak boleh keluar sekarang sebab lepas habis air ni,saya nak balik ke rumah" kataku lalu menghirup sedikit air yang dibuat olehnya.Dia hanya mengangguk tanpa sebarang kata lalu keluar dari pejabatku.

"Comellah Choi Yeonjun ni.Janganlah aku terminat P.A aku sendiri pula nanti"

Selepas menghabiskan air,aku mengemaskan mana yang patut lalu keluar daripada pejabat kemudian mengunci pintu.Beberapa orang pekerjaku menundukkan sedikit badan dan kepalanya tanda hormat.Aku hanya senyum sahaja lalu bergerak ke tempat letak kereta.

Kelihatan kertas berwarna kuning terselit pada cermin kereta.Bukan itu sahaja,ada juga sebungkus coklat cadbury black forest yang diletakkan berdekatan dengan kertas itu.

saya tahu awak mesti penat kan sebab bekerja? Makanlah cadbury ni,saya tahu awak pasti akan sukakannya..

-Sb❣️

Okay,sticky note ni lagi.Bila agaknya dia ni akan bosan ya? Tapi tak apalah,rezeki aku untuk dapat coklat ni.

"Aih mamat ni,macam tahu tahu je yang aku suka makan cadbury black forest" gumam aku sendiri.

Aku mengambil coklat tersebut lalu masuk ke dalam kereta dan mula memandu.

'honey,i know you will love that シ'

Sticky Note 🌷| csb ft jieun ; shortstory |Where stories live. Discover now