Kelibat Madam Roaini dicari. Aku berlari mendapatkan guru itu. " Erm, cikgu nak tanya boleh tak?"
"Nak tanya apa?"
"Program tu start bila eh?"
"Oh. Program tu start petang ni." Degupan jantungku terasa berhenti. Ayam yang sedang dicerna oleh enzim protease pun berhenti buat kerja dia.
Huah? Serius lah petang ni?
"Cikgu main-main dengan saya eh? Kalau cikgu nak main, cikgu boleh pergi ke Molly Fantasy sebab saya tak ada masa nak main."
Madam Roaini memandangku serius. "Anda rasa saya ada masa untuk Molly Fantasy?"
"Ish kau ni. Tak nampak ke muka cikgu tu serius. Pergi main-main pula kenapa? Ke kau yang nak pergi Molly Fantasy tu hah?" Aku tersengih sendiri.
"Yang kau senyum macam kambing baru lepas berak tu apa hal?" Aqilah menggeleng kepalanya perlahan.
"Oh okey sorry cikgu." Farah terus menarik lenganku pergi dari situ kerana bimbang otak aku yang sedia mental ini akan berfungsi jika dibiarkan lama lagi.
"Parah, Myra, Qilah, aku tak nak satu group dengan dia."
"Kau tahu tak? Aku lagi sengsara tau. Farhana tu satu group dengan aku kot." Amyra hanya redha. Heshteg sis redho.
"Kau bolehlah prepare plastik awal-awal."
Amyra melihat aku dengan wajah yang blur. "Kenapa?"
"Nanti tersembur air liur dia kat muka kau yang lawa tu baru kau sedar hari tengah hujan."
*****
Kuku yang terdapat pada jari aku gigit perlahan. Aku nervous herm.
"Sejak bila kau ni gigit kuku eh? Setahu aku, kau pentingkan kebersihan." Aku memalingkan muka untuk melihat wajahnya.
"ALEPP." Baru sahaja aku ingin memeluknya dia terus mengelak lalu berkata, "bukan mahram wei."
Aku memandang wajahnya pelik." Kau satu group dengan aku ke?"
"Itulah kau. Lain kali, tengok semua senarai yang satu group dengan kau. Ini tidak. Tengok nama Fareeq je haih."
Aku menjuihkan bibir. "Manalah aku tahu. Itu je satu-satunya nama yang paling aku nampak selain daripada nama aku."
"Jodoh kuatlah tu?" Serentak dengan itu, Miss Hannah yang aku fikir itu ialah mentor kami terus masuk.
"Eh? Kamu bertiga je ke? Mana Fareeq?" Hah? Bertiga? Siapa lagi seorang?
Aku melihat ke belakang. Laaa, ada seorang lagi perempuan rupanya. Itulah, sembang dengan member sampai tak ingat orang lain!
"Fareeq tak masuk lagi, cikgu!"
Miss Hannah memandang ke arah Alif sekilas. "Hah Alep, pergi panggil Fareeq. Cikgu tak nak ada sesiapa mentee cikgu 'berterbangan' sekitar sekolah."
YOU ARE READING
Gadis Pujaan Bad Boy ✔️
Teen Fiction❝ protecting you from behind is the hardest thing that i've ever done ❞ The Collosal. Merupakan satu group yang terdiri daripada 5 orang. Ya ya aku tahu korang dah boleh agak dah mesti diorang ni hensem, famous. Tambahan pula, diorang merupakan seb...