"Wei terima kasih tau sebab belanja aku makan tadi. Nasib baik perut aku dapat menerima dengan baik sushi yang korang belanja tu." Perut aku usap sedikit. Eh sorry sikit perut i tak boroi okey . Aku cuma perasan Afeeq je macam memboroi sikit sebab dia paling banyak lahap. Craving sushi lah katakan.
"Itulah aku dah kata. Sedap kan makan sushi?"
Hariz yang entah dari mana datang tiba tiba datang sambil memegang perutnya, sedap apa nya? Aku tak tahulah macam mana korang boleh makan benda mentah. Mual s*ot tekak aku. Tak guna ah kau Feeq."
"Dah tekak kau tak pernah merasa benda-benda macam ni. Siapa suruh makan hah kan dah kena . Lepas tu nak salahkan aku pula."
"Eeii kalau aku tak makan nanti, aku nak makan apa? Bukannya kau nak tolong beli makanan lain. Entah-entah, kau sumbat semua benda mentah tu dalam mulut aku."
"Ish, bisinglah korang ni. Gaduh macam budak kecik. Cepatlah hantar aku balik nanti along aku bebel pula."
"Alaaa kau cakaplah dengan along kau yang kau tengah lepak dengan kami." Wow bernas sungguh idea kamu itu wahai Aniq.
Dahinya ditunjal kuat. "Janganlah jadi bengap sangat. Dahlah aku tak pakai baju sekolah, lepas tu kalau dia cari aku kat sekolah macam mana? Tak ke naya aku macam tu?"
Terus sahaja Fareeq menghulurkan baju sekolah aku. "Nah. Ambil ni. Ataupun kau lagi prefer nak pakai baju aku, aku tak kisah. Aku lagi suka." Bibirnya tersenyum sinis.
"Memang taklah aku nak kotorkan badan aku dengan baju kau. Dahlah ada peluh kau, buat geli aku je."
"Geli-geli pun pakai juga."
"Sebelum aku rasa aku nak sumbat muka korang dalam tong sampah, baik diam. Ish yelah-yelah jom aku hantar kau balik." Kata Afeeq bersama dengan tangannya yang diletakkan pada dada. Hek eleh jeles ke tu?
Pintu kereta dibuka oleh Fareeq. Wow, aku betul-betul rasa macam anak raja je nak kena buka pintu bagai ehek *riak jap*
"Kau termenung apa lagi tu? Nak aku angkatkan kau ke? Banyak cantik kau."
"Eeii tak nak aku nak suruh korang angkat. By the way, terima kasih sebab puji aku cantik tapi lain kali jangan kuat sangatlah."
"Asal lak?"
Wajahku menunduk sedikit bersama senyuman sinis yang tercalit pada bibir. Nak acah hot giteww."Sebab aku terlalu cantik sampai mampu buat jantung kau tak tentu arah."
Aku tersenyum sinis. Heh. Ingatkan nak blushing last-last wat lek wat peace je mamat ni. Ingatkan tergoda tadi hshshsh.
EH EH APA BENDA YANG MEREPEK NI ASTAGHFIRULLAH.
"Sumpah doh kalau korang still lagi nak bersemut kat sini, aku campak korang masuk dalam lori sampah. Biar lunyai terus korang ni. Tak sanggup aku nak dengar ayat korang setiap hari. Nak muntah rasanya." Aniq mula membuat reaksi loya tekak macam orang nak muntah.
"HAHAHA kau serupa macam tanda-tanda orang mengandung lah Niq! Yeay, aku bakal menjadi papa!" Wajah Afeeq dijeling tajam oleh Aniq.
"EEEII GELI S*OT AKU TAK MENGANDUNG LAHH!" Maka dengan itu, bermulalah sesi kejar-mengejar di antara mereka. Aku fikir Afeeq gay dengan Hariz je rupanya Aniq sekali. Wow aku tak sangka lelaki boleh pasang ramai yang sama jantina dengannya.
ANAK-ANAK SEKALIAN, JANGANLAH PERCAYA KATA-KATA KU INI. SESUNGGUHNYA AKU HANYA MENGARUT PADA WAKTU INI.
Bahuku disentuh oleh seseorang. "Biar aku jelah hantar kau balik." Aku hanya mengangguk. Malas aku nak layan perangai diorang yang tak semengah ni. Buang masa aku je.
Sebaik sahaja kami berdua masuk kereta, memang awkward teruk lah dalam kereta ni. Tambahan pula kami masuk dengan meninggalkan mereka yang lain berada di luar. Bersungguh mereka meminta Fareeq untuk membuka pintu namun dia langsung tidak mengendahkan malah memandu kereta itu pergi jauh daripada mereka.
"Aku tertanya, baju aku tu selesa sangat ke?"
"Asal kau tanya?"
"Dari tadi aku hulurkan kau baju sekolah kau, kau langsung tak pandang baju tu." Baru aku tersedar sebelah lagi tangannya yang tidak memegang stereng itu sedang menghulur baju sekolah aku. Aku tertanya entah berapa lamalah dia pegang baju tu.
"Kau memang nak tangan aku cramp ke apa biar lama-lama macam ni."
"Hah, bagus juga tu. Kalau tangan kau dah cramp, tak ada lah kau nak buat benda tak baik lagi." Hah ambik kau terus terdiam dia dibuatnya HAHAHA. Untuk menghilangkan rasa bersalah dia tu, baju sekolah itu terus diambil laju.
*****
"Kau tak nak tukar baju ke?"
"Nak tukar kat mana?"
Dahiku dijentik kuat. Aduh, sakitlah!" Tukar kat sini lah bijak. Takkan kau nak tukar kat tandas stesen minyak kot? Agak-agaklah."
"Tapi nanti kau pandang belakang."
"Tak."
"Nanti kau pandang juga."
"Tak."
"Boleh percaya ke? Aku nak percaya si Afeeq dengan Hariz tu pun kena fikir banyak kali."
"Look, buat apa aku nak bazirkan masa aku dengan pandang yang bukan halal? Tunggu halal nantilah baru aku pandang dia lama-lama biar sampai dia tertunduk sebab tak tahan nak blushing!" Wow, aku tak sangka aku akan dengar ceramah free daripada dia. Aku fikir aku akan dengar ayat yang sama macam daripada Afeeq tadi.
"Okey then. Jangan pandang belakang tau. Aku percayakan kau." Dia hanya mengangguk. Aku terus menggunakan masa yang ada untuk menukar baju secepat yang mungkin sebab dah nak dekat untuk sampai di rumah aku.
"Dah siap belum? Dah sampai ni."
"Hah, dah -dah." Dia hanya tersenyum melihatku.
"Kau dah kenapa? Sewel?"
"Taklah. Aku tak bolehlah tengok kau dalam keadaan macam ni." Baru aku ingin mempersoal, rambutku terus dipegang lalu diperkemaskan olehnya. Aku terkedu seketika. "Aku cuma tak mampu tengok kau comel-comel macam ni. Buat aku rasa nak cubit-cubit je pipi kau tu."
Pipiku mula membahang. Dia memang suka eh buat aku macam ni?
"Dah. Macam ni baru boleh turun. Kalau aku tak kemaskan rambut kau tadi, habislah orang lain tengok benda yang aku patut sorang je tengok." EEEII SUMPAH CRINGE GILA MAMAT NI!
Disebabkan aku malas nak layan perangai cringe dia, pintu kereta terus dibuka. Nasib tak kunci kalau tak dah lama aku karate mamat ni. Kerusi roda yang diambil daripada sekolah tadi diambil. Eh korang jangan salah sangka eh, kerusi roda tu boleh lipat hah korang apa tahu. Fikir basikal je ke boleh lipat? *smirk berkali-kali*
"Kau sampai bila nak smirk sorang-sorang tu. Makin lama, aku makin takut dekat dengan kau . " Heh. Biarlah dia. Dia apa tahu, aku tengah terangkan kat readers. Betul tak ?
Kerusi roda itu ditolak ke hadapan pagar. Entah mengapa, tiba-tiba rasa nervous pula aku ni. Macam nak pergi rumah bakal mertua EH EH.
"Baby bucuk alonggg, where are you going this whole day hahhh?" Jerit Emir sambil berlari mendapatkanku. Jangan kata dia tahu yang aku ni--
"Dahlah makan sushi tak ajak. Sampai hati sayang." Gulp. Air liur selamat menuruni melalui esofagus aku.
YOU ARE READING
Gadis Pujaan Bad Boy ✔️
Teen Fiction❝ protecting you from behind is the hardest thing that i've ever done ❞ The Collosal. Merupakan satu group yang terdiri daripada 5 orang. Ya ya aku tahu korang dah boleh agak dah mesti diorang ni hensem, famous. Tambahan pula, diorang merupakan seb...