05 | satu kelas

13K 736 20
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku berjalan ke kelas dengan lagak yang paling biasa. Aduh, gementarlah pula. Dahlah semalam aku tak masuk kelas langsung.

"Mel!" Laungan seseorang itu berjaya menarik perhatianku. Farah rupanya.

"Kau dah kenapa, Parah? Buatnya aku mati sakit jantung, kau nak tanggung ke?"

"Ehehe sorry lah Mel. Jap, kau panggil aku Parah?"

"Ala lek ah Farah aku tak sengaja terkeluar kan pelat aku tadi."

"AHAGAGA TERIMA KASIH WAHAI MEL! TAK PERNAH SORANG PUN DALAM HIDUP AKU PANGGIL AKU PARAH" Aik? Apa hal pula minah sorang ni? Ingatkan nak marah aku tadi.

"Yow wasap Mel, Farah." Sapaan Amyra itu memeranjatkan aku seperti orang terkena renjatan elektrik. Sudahlah Farah peluk aku tengah-tengah ramai orang, Amyra pula join sekali pelukan ni.

"Wei Parah, lepaskanlah aku. Malulah macam ni." Farah yang mendengar rintihan aku terus melepaskan aku dan berlagak biasa. Eceh. Lupa diri betul

"Mel, kau kelas apa?" Amboi, sejak bila prihatin pula so Farah ni? Nampak sangat tengah cover acting kau yang melulu tadi.

"5 Rose."

"WAH PANDAI GILA KAU MEL." Puji Aqilah yang muncul dari mana tah.

"Pandai pun gila eh?"

"So kau sama kelas dengan Farah lah ni." Selamba sahaja Amyra memberikan fakta itu. Wajah Farah dipandang sekilas. Cuba untuk mencari kebenaran dalam kata-kata Amyra sebentar tadi. Dia tersenyum manis memandangku.

Oh... matilah aku kalau hidup aku macam ni. Sudahlah tadi baru peluk aku, lepastu jadi classmate aku pula. Rehat sama- sama pula tu. Nanti tak pasal-pasal orang cop aku serai forevah.

"Woi. Jauh mengelamun. Jom masuk kelas. Nanti Jazmin si ketua kelas mengamuk mengalahkan king kong nanti." Tanganku terus ditarik oleh Farah menuju ke kelas. Sempat aku melambaikan tangan ke arah Aqilah dan Amyra.

Namun... aku dipalaukan. Tak sangka juga ketua kelas aku ni perangai kalahkan king kong. Tak sabar rasanya nak jumpa.

"Wei korang." Kata Farah kepada semua pelajar yang berada di dalam kelas itu.

"OH YEM GII FARAH! NI CLASSMATE BARU KITA KE? CANTIK ORANGNYA!" Seorang gadis yang berada di dalam kelas itu mula menjerit sambil memperhatikan aku seperti orang yang sedang tengok artis kesayangannya. Eh?

"Pfft. Itu kau kata cantik? Hodoh ada lah." Aku terus mencari gerangan suara. Dasar tak sedar diri. Selamba badak je kata aku ni hodoh.

Oh Tuhan matilah nak.

Kenapa ni mesti terjadi?

Kenapa beruk ni satu kelas dengan aku?

"Asal? Terkejut tengok aku satu kelas dengan kau?" Sinisnya sambil berjalan mendekati aku. Aku melangkah setapak demi setapak ke hadapan.

Kau fikir aku nak ke melangkah setapak ke belakang? NO WAY! Belakang aku ada dinding kot!

"Buat apa aku nak terkejut sebab satu kelas dengan kau? Sepatutnya, aku kagum dengan kau." Aku mula menepuk tangan seperti orang gila. Nak kata ada orang menang hadiah, tak ada juga.

"Wei Mel kau sihat ke tak ni?" Tanya Farah secara berbisik kepadaku. Kuang hajo betoi. Patutlah aku nampak classmate aku start membawang sesama sendiri.

"Asal kau nak kagum dengan aku pula?"

"Yelah, aku tak sangka kau dapat masuk kelas ni. Aku ingatkan kau akan masuk kelas paling huuuuuujung sekali!" Aku merenungnya lama. Ambik kau. Berharkat aku bagi. Muka Fareeq mula kemerahan menahan marah. Ops. Aku rasa aku patut gali kubur siap-siap.

"WOI APA MASALAH KAU HAH?!" Tangannya mula naik untuk menarik rambutku secara kasar. Aku menjerit kesakitan.

"WOI LEPASKANLAH RAMBUT AKU! PENAT AKU BUAT, SEJAM TAHU TAK?!" Sakit. Sakit sangat. Namun, air mataku ini cepatku tahan. Aku tak nak orang cop aku lemah sebab Fareeq ni je! No way!

"TENGKU FAREEQ AIZAT BIN TENGKU ADHA! LEPASKAN DIA SEKARANG JUGA!" Dia terus melepaskan rambutku. Farah berlari mendapatkanku.

"Kau okey?"

"Teman aku pergi tandas jap." Dia hanya mengangguk. Barangkali faham sebab sekarang aku perlukan masa sendirian.

Tengku Fareeq Aizat

"Kamu ni suka sangat kan cari masalah?!" Tanya Madam Roaini yang merangkap sebagai singa di sekolah. Senang cerita guru disiplin.

"Dia yang mulakan dahulu! Bukan saya!"

"Kamu fikir saya nak percaya cakap kamu? Sudahlah! Zakwan sudah menceritakan segala-galanya!" Penumbukku digepalkan. Tak guna punya Zakwan! Siaplah kau!

"Hah, kamu ni dah kenapa? Nak belasah Zakwan pula? Tak cukup dengan Emelda, Zakwan pula ya?" Aku hanya menjeling. Malas nak layan. Lantak akulah nak belasah siapa.

Mentang-mentanglah kau minat si kera tu, kau protect dia pula eh! Tunggulah. Aku akan pastikan kau takkan dapat Mel.

End of Tengku Fareeq Aizat

"Apa salah aku, Parah?" Tanyaku sambil mengelap hingus yang meleleh keluar dari hidungku. Cepat-cepat dia menghulurkan tisu. Jangan terbayang, okey?

"Siapa suruh kau cari gaduh dengan dia?" Aku menjeling ke arahnya. Kata member!

"Ish kau ni back up dia ke aku?" Lengannya dipukul perlahan. Geram. Suka sangat back up beruk taraguna tu.

"But seriously, I'm proud of you."

"Kau kan kalau speaking, semut yang tengah berak pun berhenti tau."

"Taklah, aku serius ni."

"Hah okey-okey. Apa dia?"

"First time aku tengok orang yang berani bertentang mata dengan dia lama."

"Come on lah. Itu perkara biasa kot?"

"Biasa?! Kat sekolah ni, tiada siapa yang berani atau pernah bertentang mata dia lama! Even kawan dia sendiri!"

"Kenapa pula?"

"Sebab satu sekolah takut dengan dia! Baik kau berhati-hati lepas ni. Aku takut kau jadi mangsa buli dia lepas ni!"

"Hmm.. okeylah. Thanks sebab teman aku sini."

"Welcome."

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now