32 | dead news

5.4K 302 8
                                    


Kerusi roda itu ditolak olehnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kerusi roda itu ditolak olehnya. Aku mula diselubungi dengan perasaan yang seram sejuk. Jangan kata si Emir ni ada bela saka ke apa suruh stalk aku sepanjang masa.

"Macam mana--"

"Macam mana along tahu kamu nak tanya kan?" Perlahan-lahan aku mengangguk. Aku takutlah kalau tiba-tiba dia nak marah aku. Dahlah selama ni aku tak pernah nampak dia marah. Kalau setakat Eidil tu, aku biasalah dengar. Tapi kalau aku...

"Alahh kamu tak payahlah buat muka nervous macam tu. Fareeq ada bagi gambar kamu dekat mall pada along."

"Ermm... along marah ke?"

"Kalau Mel fly, pasti ada sebab tersendiri kan? Kalau tak, takkanlah senang-senang macam tu Mel nak ponteng." Aku menghembus nafas lega. Takut aku kalau tiba-tiba Emir marah. Mesti bengis kan.

"Along... tak marah ke?"

Bibirnya mengukir senyuman manis. "Kalau Mel cerita, along takkan marah."

"Serius ni?"

"Serius. Come on Mel , feel free to share it with me?" Wajah Emir dipandang lama sebelum beberapa butir air mata akhirnya terjatuh juga.

Emir yang terkejut melihatku yang tiba- tiba menangis terus sahaja memelukku. Aku menangis dalam pelukannya. "Mel... what's wrong?"

"Kalau Mel tahu Mel ni membebankan, along cakaplah kat Mel. Mel dah tak kisah. Mel tahu Mel memang membebankan semua orang."

"Ya Allah Mel, kenapa cakap macam tu? Mel tak pernah menyusahkan along, Ed atau sesiapa."

"Kenapa semua orang benci Mel? Mel tahu Mel ni separuh lumpuh, tapi tak perlulah buat Mel macam ni. Kenapa Allah takdirkan Mel macam ni, along? Apa salah Mel?"

"Mel, kita sebagai hamba kepada Tuhan Semesta Alam, tidak sewajarnya mempersoalkan takdir. Ketahuilah, setiap apa yang kita alami ini merupakan ujian buat kita. Ingat, dekat luar sana tu ramai orang menderita. Umat Uyghur ditindas, rakyat Syria dan Palestin dizalimi. Tetapi, mereka tak pernah mengalah. Mereka bangkit melawan zionis!"

"Kalau Mel fikir kenapa orang lain tak sayang Mel, Mel jangan lupa yang along, Ed dengan yang lain masih lagi sayangkan Mel. Hargai apa yang ada di depan mata, jangan nanti kita menangis apabila sudah tiada." Sedikit sebanyak aku terinspirasi dengan kata-kata Emir. Ada benarnya juga dalam ayatnya itu.

Tubuh Emir dipeluk erat. "Terima kasih along sebab sentiasa ada untuk Mel."

"Sama-sama adik along."

Someone

"KAU MEMANG TAK GUNA!" Beberapa buah tumbukan dilepaskan pada mulutnya. Sumpah, aku rasa stress gila sekarang ni.

"KENAPA KAU NI LEMBAB SANGAT HAH? INI APA NI, APA NI?!" Beberapa keping gambar dicampakkan pada mukanya. Dia mengambil gambar itu dan mula tersenyum.

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now