Pelbagai hidangan diletakkan di atas meja. Ada sambal udang, ikan siakap tiga rasa, telur dadar, kailan ikan masin dan tomyam campur. Pergh, memang memikat selera lah!
"Along, tolong sendukkan nasi Mel." Namun, lain yang dipinta, lain pula yang dibuatnya. Nasi aku disenduk oleh Fareeq. Aku merengus sendiri.
Aku minta Emir yang sendukkan, bukan Fareeq!
"Kau apa hal Mel? Cemberut je muka? Belum makan lagi kau nak berak ke apa?" Soalan daripada Eidil itu ku biarkan. Padan muka dia AHAHAHA.
"Long, sambal tu siapa masak?"
"Oh, Ed yang masak. Entah sedap ke tak bendanya. Along tak rasa lagi sambal tu." Kecut perut aku mendengarnya. Mana tidaknya, aku dah letak sambal udang tu dalam pinggan aku kot! Nak letak balik, memang tak bolehlah sebab dah kena nasi. Eidil yang melihat aku gelabah itu hanya tersenyum sinis.
"Hah, Fareeq baca doa." Membulat mata kami dibuatnya. Apa masalah si Eidil ni sampai semua benda yang berkaitan dengan aku nak kena suruh si Fareeq ni? Kalau suruh Alif tak boleh ke? Fikir aku tak tahu yang dia suruh Fareeq sendukkan nasi aku tadi?
Hidungku dicuit perlahan oleh Alif. "Lama betul kau tenung si Fareeq tu. Tak selesa dia dibuatnya. Kau tengok macam nak makan orang doh." Fareeq yang sedang mencuri pandang melihatku mula malu-malu.
EEII GELI GILA DOH MEREMANG BULU ROMA AKU.
"Cepatlah baca doa. Aku dah kebulur ni." Afeeq memegang perutnya yang semakin kuat berbunyi. Tak malu betul.
"Bismillahirahmanirrahim. Allahumma-- " Wow dah nampak dah tu ciri-ciri imam dalam diri dia tu. Boleh ni jadi imam aku dahlah suara pun merdu AISH APA AKU MEREPEK NI?
"Inni asaluka ridhokawaljannah. Waa'uzubika min sokhratika wannar. Allahumma bariklana fima razaqtana waqina 'azabannar." Pantas sahaja kami mengaminkan doa itu. Ya Allah, nak menangis aku dibuatnya. Aku ingatkan dia tak tahu tadi, mana tahulah nak baca doa lain last-last dia baca doa padu-padu wei.
"Adik abang Emir memang suka berangan eh? Dari tadi tak habis-habis tenung Fareeq." Aku menunduk malu. Tawa mereka mula pecah di atmosfera. Tak guna punya Aniq.
"Dah cepat makan. Nanti sejuk pula lauk nanti."
*****
"Kami minta diri dulu ya, Ed, Emir, Mel." Amboi sejak bila si Fareeq ni sopan cakap dengan orang ni? Kalau sebelum ni aku rasa macam setan je aku tengok.
Tak apalah, semua orang boleh berubah.
Sekali lagi hidungku dicuit. Dahlah kuat, sakit kot. Wajah Eidil dipandang tajam. "Kau dari tadi tenung paprik. Aku tahulah kau rindu dia tapi tolong cover sikit boleh tak?"
Dengan penuh selamba nya dia cakap ayat tu. Emir yang mendengar ayat itu terus membulatkan matanya. Kurang ajar punya Eidil. Nak kena pelempang ke?
"Terima kasih sebab bagi kami makan sekali. Abang punya lauk memang sedap!" Bersungguh Afeeq berkata. Mana tidaknya, dia tambah lima pinggan kot.
"Tapi lepas ni, kitaorang pasti akan rindu masakan Emir lagi. " Mereka masing-masing menunduk sayu. Eeii drama king betul si Alif ni.
"Alaa lepas ni kalau korang ada masa, jemputlah datang. Seronok juga lepak dengan korang."
Melebar senyuman mereka dibuatnya. "YEAY! Terima kasih abang!" Bayang mereka akhirnya hilang daripada pandanganku. Macam budak-budak.
Jari telunjuk Emir dituju tepat ke arahku. "You owe me an explanation, Mel." Akhirnya, aku menceritakan kesemuanya dari awal ke akhir.
Mourient Private Highschool
Wajahku dipadang berkali-kali. "Betul ke kamu ni? Dah fikir masak-masak dah?"
"Dah."
"Kenapa tak nak duduk rumah je?"
"Eh, mana boleh. SPM dah nak dekat dah."
"Alaa home school kan boleh. Nanti along panggil lah cikgu datang rumah. Amacam?"
"Along, kita sebagai penuntut ilmu, sepatutnya kita yang usaha sendiri pergi jumpa cikgu tu. Bukannya cikgu tu yang datang kat kita." Wow aku tak sangka otak aku ni bijak.
"Herm yelah. Tapi nanti along rindu."
"Eleh sekejap jelah. Orang nak belajar, bukannya nak buat apa-apa pun."
"Yelah tu. Entah-entah, dating balik dengan Fareeq tu." Aku mencebik menyampah .
"Okeylah along. Mel pergi dulu. Bye!" Terus sahaja kerusi roda ditolak keluar daripada perut kereta. Wow. Aku rindu sekolah ni.
"MEL KU SAYANGG! AI MISH YOU SO MUCH!" Badanku terus dipeluk oleh tiga orang rakan yang amat ku sayangi.
"So kau macam mana? Feeling better?"
"Setakat ni boleh hidup lagilah."
Lenganku dicubit kuat oleh Farah. "Ish, cakap betul-betul lah."
"Okeylah. Tapi, aku takutlah."
"Takut apa?" Aqilah mula menyoal.
"Kalau diorang gelakkan aku macam mana? Aku dahlah serupa orang cacat, tak boleh jalan, kena pakai kerusi roda."
"Ehhh jangan cakap macam tu. Walau apa pun yang terjadi, kami tetap ada di samping kau." Mereka mula mendekat denganku.
Sungguh, aku bersyukur dikurniakan sebuah persahabatan yang cukup indah.
"Dah, jom masuk kelas. Nanti tak pasal-pasal ke bebel dengan Madam Puteri sebab lambat masuk kelas chemist."
Chemistry Lab
"Baiklah, saya nak kamu semua cari partner masing-masing . Saya tak nak dua-dua sama jantina. Kalau ikutkan murid dalam kelas ni, cukup-cukup je semua. Cepat!" Aku mula gelabah. Hampir semua orang dah dapat partner masing- masing. Aku?
"Hei, nak jadi partner aku tak?" Wajahnya dipandang sekilas. Zakwan rupanya.
"Kau... tak kisah ke?"
"Hah? Maksud?"
"Yelah. Aku kan cacat. Tak ada siapa nak partner dengan aku. Semua orang rasa aku ni menyusahkan."
Bahuku ditepuk perlahan olehnya. "Nah, aku tak pernah rasa kau ni menyusahkan. Lagipun, kita semua bukan manusia yang sempurna."
Aku sedikit terharu dengannya. Mungkin sebab dia menerima aku dengan hati yang terbuka? Mungkin.
Tanpa aku sedari, seseorang telah memerhatikan kami dengan penuh cemburu.
YOU ARE READING
Gadis Pujaan Bad Boy ✔️
Teen Fiction❝ protecting you from behind is the hardest thing that i've ever done ❞ The Collosal. Merupakan satu group yang terdiri daripada 5 orang. Ya ya aku tahu korang dah boleh agak dah mesti diorang ni hensem, famous. Tambahan pula, diorang merupakan seb...