33 | hot news

5.4K 304 33
                                    


Aku mengibas sedikit punggung ku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku mengibas sedikit punggung ku. Sakit kot jantan ni campak aku. "Kita nak naik apa ni?"

"Motor aku jom."

"Kau buat lawak apa paprik. Sakitlah badan aku nanti. Kalau aku jatuh nanti macam mana?"

"Peluklah aku."

"Eeii tak nak aku. Naik grab tak boleh ke?"

"Amboi, banyak duit kau. Lagipun, boleh tahan jauh juga tau perjalanan dari sekolah ni ke sana." Purse di buka secara senyap. Alamak, aku tak cukup duitlah. Habis pokai aku nanti kalau naik grab.

"Tak cukup duit kan? Jomlah sekali-sekala naik motor."

"Ish, yelah." Perlahan-lahan,aku cuba untuk menaiki motor itu. Ini bukan ke--

"Motor yang kau langgar hari tu. Betullah tu." Patutlah rasa macam familiar sangat motor ni.

"Dah jomlah nanti tak sempat pula nak tengok dia nanti." Motor itu terus dipecut laju. Laju betul mamat ni bawa. Sesampai sahaja kami di tanah perkuburan itu, dia tiba-tiba brek mengejut. Tubuh badannya dipeluk olehku secara tidak sengaja.

Aku terdengar dia ketawa. Belakang badannya dipukul kuat. "Tak guna lah kau paprik. Dahlah tiba-tiba brek. Ish kalau mati kita nanti macam mana?"

"Aduhh aku teringat pula last time kau peluk aku. Herm, bila eh? Time kau dapat ais krim oreo tu dan kau bagi bonus-- "

Mulutnya terus ditutup. "Dahlah tak payah ungkit cerita lama. Siapa suruh kau bagi ais krim tu dahlah time tu aku tengah craving ais krim oreo."

"Lawak pula bila teringat balik. Kau couple dengan aku sebab nak ais krim oreo aku tu je." Nak muntah pula aku dibuatnya. Time macam ni juga lah kau nak ingat balik nightmare tu apa benda lah.

"Woi dah-dahlah tu. Jom cepat. Keluarga dia dah nak beransur dah tu." Malas aku nak layan ayat-ayat jiwang dia kalau aku still biarkan dia macam tu. So baik aku tukar topik.

Tanah Perkuburan Orang Islam

Tanah yang masih merah itu direnung lama. Oh lupa aku nak cakap sebelum aku datang sini, aku ada pakai selendang yang dah lama aku simpan dalam beg. Cuma tak tahu masa je bila nak pakai.

"Kan cantik kalau kau pakai selendang tu. Nampaklah ayu sikit."

"Heh perli ke apa ni?"

"Mana ada perli cuma menyatakan kebenaran je." Malas aku nak layan perangai jantan ni, so mata aku beralih pula ke kubur itu.

"Terima kasih banyak-banyak Zack. Walaupun kita tak serapat mana, tapi aku hargai kau sebagai kawan aku. Walaupun aku agak terasa dengan kata-kata kau, tapi aku dah tak kisah dah pun. Aku tahu aku memang membebankan semua orang. Maafkan aku jika aku punca kau mati. Maafkan aku, Zack."

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now