21 | kidnapped? lek ah

7.3K 453 12
                                    


Mourient Private Highschool

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mourient Private Highschool

Aku masuk ke dalam perkarangan sekolah dengan gembiranya. Sudahlah masa tinggal seminit sahaja lagi nak mula sekolah tapi, aku kisah apa?

Tiba-tiba, pagar sekolah itu tiba-tiba bergoyang. Nak kata hantu, pagi lagi ni. Nak kata angin, satu habuk pun aku tak rasa.

Seorang pelajar perempuan sedang memanjat pagar itu. Aku syak dia ni buta sebab tak nampak pagar sekolah yang terbuka luas untuk dia tu.

Bagi menampakkan keprihatinan dalam diri aku, aku membantu pelajar itu untuk memanjat pagar sekolah.

"Eh kau okey tak ni? Risau aku tengok."

"Aku okey." Haih, lawa cho perempuan ni. Kalau aku lelaki, dah lama aku ngorat dia. Alamak, ayat aku tadi amat merisaukan ya. Tolong jangan tuduh aku memacam.

"Nama kau apa?"

"Tengku Naura Arissa. Budak baru." Pergh bapak ah. Baru masuk dah panjat-panjat pagar kau ada apa?

"YANG KAT SANA TU, JANGAN BERGERAK!" Itu dia ketua pengawas kita mari.

Zakwan berjalan menghampiri kami."Kau lambat lagi, Mel."

"Wei Zack, aku nak kenalkan kau dengan seorang awek ni."

"Mana? Siapa?"

"Ni hah depan kau ni."

Zakwan mendekatkan mulutnya dengan telingaku. "Lawa sia awek ni. Kawan kau ke ni?"

"Haah. Budak baru. Nama dia Naura."

"Nama pun sedap macam tuan dia." Aku berdehem kuat. Lain macam pula aku dengar si Zakwan ni cakap.

"Kau ada apa-apa urusan ke tak dengan aku sekarang ni? Aku nak pergi daftar dulu ni."

"Oh nak aku tolong? Kau mesti tak tahu lagi kan selok-belok sekolah ni kan?" Muka baik dalam playboy nak mampus. Nasib tak seteruk Fareeq.

Kafeteria

"MELLLOOOO!!!" Dahi diketuk perlahan. Hei manusia manalah pergi malukan aku kat kafe ni haih sabar jelah.

"Wei kau tahu tak ada budak baru kat sekolah kita ni?" Mula dah perangai membawang si Amyra ni.

"Aku dah tahu lama dah. Siap tegur lagi hah kau ada?"

"Siyes ah beb? Apa nama dia?"

"Tengku Naura Arissa."

"Pergh, sedap gila nama dia. Padanlah orangnya pun lawa."

Farah mula mendekatkan diri dengan kami . "Eh korang tahu tak. Aku ada dengar Zakwan nak ngorat dia."

"Serius ah? Tapi, tak hairanlah kalau Zack nak ngorat dia pun kan. Lawa, bolehlah."

"Zack hensem ke pun kalau nak dibandingkan dengan Naura?" Aik Qilah? Aku fikir dia tak nak join sekali bawang.

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now