1

79 13 6
                                    

+Melissa Hazel Hwang

"Huh"
aku melepaskan keluhan berat

Manakan tidak,setelah puas aku merantau seluruh pelusuk Seoul demi mencari sebuah bangunan paling terunggul serta terkemuka Korea yang terletak di ibu kota Seoul ini akhirnya menemui jalan tatkala berdirinya aku di hadapan pintu utama bangunan ini.

Jeon's Company

Nama syarikat yang tidak asing lagi di pelusuk Seoul malahan Korea

Sebuah syarikat paling terulung dan sukses di Negara Hallyu,Korea

Antara Top 3 Syarikat Besar yang mempunyai rekod paling bersih serta

mempunyai CEO termuda yang amat kacak dan tegas

Ya,berdirinya aku disini berhajatkan satu tujuan

Aku merenung kertas yang sedari tadi aku membawanya dari rumah sehingga ke hadapan pintu utama bangunan ini

Hampir lunyai kertas ini gara gara kelalutanku mengejarkan diri untuk sampai ke sini

"Aigo Hazel habis la kau,lunyai teruk dah kertas ni serupa kimchi hancur"

Persoalannya sekarang ni

kertas apa ?

"Tuhan aku berjanji aku tidak akan cuai lagi dalam melakukan sesuatu kerja,permudahkanlah urusanku dalam temuduga untuk menjadi setiausaha Jeon's Company ini

aku mohon"

Ya,seminggu yang lepas aku terklik sebuah laman web untuk mencari pekerjaan dan aku ternampak notis sebuah syarikat yang unggul ini mencari setiausaha yang baru bagi mengambil alih tempat setiausaha yang lama

apa lagi laju sahaja jari lincahku menekan link itu dan membaca syarat syarat untuk menjadi setiausaha tersebut kemudian aku memprintkan syarat syarat tersebut bagi memudahkan sesi membaca.

"Fuh Hazel relax okay diorang tanya nanti jawab sahaja dengan muka yakin dan bersahaja hwaiting Hazel !"

Setelah aku memastikan diri aku bersedia dengan sempurna aku melangkah masuk ke dalam bangunan ini berbekalkan semangatku yang tinggi ini

Dengan hanya berpakaian uniform pejabat bertemakan beige blonde beserta kemeja putih dan seutas rantai berbentuk bulan sabit tak lupa juga rambut ikal mayangku yang berwarna hazel diikat gaya ponytailku kemaskan.Aku membelek wajahku pada camera telefonku dan mencalit sedikit ink peripera code 06 My Brown Coral bagi menaikkan seri wajahku yang di-makeupkan gaya peachy.

아주 Nice !

Aku menuju ke arah kaunter yang lebar itu dengan senyuman manis yang aku ukirkan kepada mereka yang berlegar legar di sekitar lobi utama ini

"Maafkan saya,boleh saya tahu dimana tempat menunggu bagi sesi temuduga setiausaha Jeon?"

Hwaiting Melissa Hazel Hwang !

---------------------------●♡●--------------------------
+Jeon Jeongguk

Aku melemparkan pandanganku ke luar tingkap

Sunyi

Itu sahaja yang aku rasakan sekarang ini

Aku tidak mengeluh

Aku sudah biasa dengan rutin harianku ini

Penat ?

Entahlah

tokk tokk tokk

"Masuk"

Kedengaran bunyi pintu bilikku dikuak sedikit

Aku memusingkan kerusi pejabat yang-ku duduki ini untuk berpaling ke arah seseorang yang memasuki pejabat ku ini

Aku menaikkan kening garangku ini tanda persoalan tujuan dia masuk ke dalam pejabatku ini

"죄송합니다 (jwesong hamnida-maafkan saya) Encik Jeon , boleh saya tahu bila kita boleh mulakan sesi temuduga ? Dekat luar sana dah ada 6 orang calon temu duga yang menghantar borang dengan lengkap Encik."

"Sekarang."

"Baik Encik Jeon."

'Tuhan semoga harini segalanya berjalan dengan lancar'

---------------------------●●--------------------------
+Author's POV

"Melissa Hazel Hwang ?"

"내 ! (ya)"

"Berdarah kacukan Korean-Kanada ?"

"내 !"

"Berumur 18 tahun ?"

"내 !"

"Awak masih terlalu mentah dalam bidang setiausaha ini,Awak yakin awak boleh lakukannya ?"

"실례합니다 (Shillye hamnida-excuse me) walaupun saya masih mentah dalam bidang setiausaha ini tapi saya yakin saya boleh lakukannya Encik Jeon !"

Kelihatan gadis bermata hazel serta berambut ikal mayang yang diikat secara ponytail itu masih tersenyum manis walaupun lelaki di hadapannya itu cuba untuk menguji mental nya dengan perkataan yang agak pedas itu

"Baiklah,Buktikan"

Seraya itu Jeon Jungkook ataupun nama sebenarnya Jeon Jeongguk meletakkan fail peribadi gadis milik Melissa Hazel Hwang itu di atas meja kerjanya dan tersenyum sinis sambil membetulkan posisi duduknya yang silang itu dan memandang tepat ke arah dua biji mata hazel milik gadis tersebut

'cis berlagak'

"Saya merupakan pelajar lepasan daripada Hannyoung High School dan mendapat near perfect score dalam CSAT , walaupun saya baru sahaja keluar daripada High School tak bermakna saya tak boleh berjaya dalam menceburi kerjaya menjadi setiausaha di syarikat terulung ini Encik Jeon."

Terlihat senyuman manis Melissa Hazel Hwang bertukar menjadi senyuman sinis

'wow sarkastik'

"Baiklah kalau macamtu jom mulakan ujian amali"

Lantas lelaki berlagak itu bangun daripada tempat duduknya dan bergerak menuju ke pintu pejabat biliknya itu

"Baik-- mWO ?!"

Sekian daripada Jeon Jungkook.

---------------------------●♡●--------------------------
+Melissa Hazel Hwang

Aku merenung tajam 5 fail yang berisikan kertas kertas yang banyak dan padat di atas meja pejabat Encik Jeon ini

"Memandangkan kau mendapat near perfect score dalam CSAT mesti kau tahu bukan cara untuk memperkemaskan perkataan dalam kerja khusus untuk memberikan impak kesempurnaan dalam sesebuah kerja yang hendak dibentangkan bukan ? Jadi aku nak kau betulkan kesalahan yang terdapat dalam fail fail tersebut dan ringkaskan kesemua sekali menjadi 3 fail sahaja mengikut pecahan tajuk yang diberi.Aku beri kau masa 3 jam untuk siapkan dan jika kau dapat siapkannya berdasarkan masa yang diberi kau dengan jayanya berjaya menjadi setiausaha Jeon Jungkook."

"Eleh setakat 5 fail je saya bolehla Encik Jeon ! Ini Hazel la"

"Baik cik Hazel awak boleh mulakannya sekarang."

"Okay Hazel sikit je ni kau boleh punya !"

2 jam 13 minit

"Fuh sempurna !"

Setelah menyiapkan semua kerja yang patut dibuat dan mengasingkan lebihan kertas yang tidak dipakai akhirnya siap juga kerja yang agak berat ini

"Ceh lelaki berlagak aku dah siap dengan sempurna okay"

Aku mengutuk kecil lelaki yang bergelar CEO tersebut

yela berlagak gila doh !

"Hm ada lebih kurang 47 minit lagi baik aku panggil lelaki berlagak tu cepat"

Aku merenggangkan sedikit badanku yang lenguh akibat terlalu banyak menunduk dan terus aku memusingkan badanku ke arah belakang untuk memanggil lelaki berlagak itu

Krekk

"Awh lenguhnya"

Aku menutup mataku tanda nikmat setelah merenggangkan badanku sehingga berbunyi kuat tulang belulangku ini

Kuat juga bunyi tulang gadis berketinggian 168 cm ini

Yela dah lama tak beraksi kan

"Dah puas kutuk aku ?"

Terbuka luas mata bundar hazel milik gadis ini

Matilanakk !

[SU] SAME || Jeon'sWhere stories live. Discover now