+Melissa Hazel Hwang
"Don't act like kau tak perlukan pertolongan Hazel,Sehebat mana pun kau dalam ilmu mempertahankan diri,kau tetap perempuan.Mark my words Melissa Hazel Hwang."
Aku mengeluh kecil apabila ayat lelaki dingin itu tertera dalam mindaku ini
Kejadian 5 bulan lepas cukup memberikan impak yang sederhana dalam hidupku
Manakan tidak ? Perompak yang cuba mengejarku itu merupakan bekas banduan yang baru sahaja dibebaskan daripada penjara
Ish tak insaf insaf
Ya,sudah 5 bulan kejadian itu berlalu bermakna sudah 5 bulan juga aku menjadi setiausaha kepada lelaki dingin yang bernama Jeon Jungkook tersebut
Semenjak daripada kejadian itu,lelaki dingin ini semakin hari semakin rapat denganku dan aku dapat lihat sisinya yang--
Caring
Sepanjang aku menjadi setiausahanya ini tidak pernah lagi ada gadis gadis cantik atau seksi datang untuk mencari lelaki dingin itu seperti dalam drama yang selalu aku tonton
Well,dia lain daripada yang lain
Menurut Lim Sora,Lim Bora dan Boram yang sudah lama bekerja di Jeon's Company ini,mereka tidak pernah nampak lelaki dingin itu keluar bersama gadis gadis cantik dan seksi tanpa urusan penting
"Kalau ada pun,Encik Jeon akan membawa setiausaha Kim untuk menemani dia"
Ujar Lim Sora yang agak paling lama bekerja diantara mereka bertiga itu
Katanya,semenjak aku bekerja disini,lelaki dingin itu berperwatakan lain daripada sebelum ini
Apa yang lain pun entahlah
Malas ambil kesah
Bzz
"Hazel,masuk pejabat aku sekarang."
Aku yang sedang mengelamun itu tersentak dengan suara daripada intercom di atas mejaku ini
Aku menekan punat balas untuk menjawab arahan yang baru sahaja aku terima sebentar tadi
"Baik Encik Jeon"
Aku memperkemaskan blouse blue coral dan skirt pearl white milikku ini sebelum masuk ke dalam pejabat lelaki dingin ini
Aku mengatur langkah menuju ke arah dirinya yang sedang fokus membuat kerja pada PC syarikat itu
"Ya Encik Jeon,ada apa yang boleh saya bantu ?"
Soalku setelah tiba di hadapan meja kerjanya
Lelaki dingin yang sedang lincah memegang tetikus itu mengalihkan pandangan matanya ke arahku dan merenungnya dalam
1
2
3
"Hazel ?"
Tersentak aku apabila lelaki dingin dihadapanku ini menyebut nama ku
"M-maafkan saya Encik Jeon,Encik Jeon ada cakap apa apa ke tadi ?"
Soalku setelah merasakan diriku ditenung tajam oleh lelaki dihadapanku ini
Lelaki dingin itu hanya menjungkitkan keningnya sebelum mengutarakan soalan yang tidak dijawab olehku sebentar tadi
"Aku tanya,dah buat double-check ke proposal yang nak dihantar kepada Daemso Entertainment tu ?"
Aku hanya mengangguk kecil sebelum menjawab pertanyaan lelaki dingin ini
"Sudah Encik Jeon,hanya tunggu Encik Jeon turunkan tandatangan sahaja untuk pengesahan"
Kataku sambil tersenyum kembali ke arah lelaki dingin dihadapanku ini
"Okay."
"Encik Jeon perlukan apa apa lagi ?"
"Tak ada.You may leave now."
Aku bow sedikit kepalaku sebelum mengatur kembali langkah menuju ke arah pintu keluar pejabat milik lelaki dingin ini
"Hazel."
Langkah aku terhenti apabila mendengar panggilan kecil daripada lelaki dingin itu
"Sungai Han,9 p.m.,aku ambil."
Aku mengerutkan dahiku untuk mencerna ayat lelaki dingin ini sebelum mengangguk kecil dan meminta diri untuk keluar
"Saya keluar dulu ya Encik Jeon ?"
---------------------------●♡●--------------------------
+Author's POVKelihatan ramai pasangan yang berjalan jalan dan mengambil angin malam di sekitar kawasan Sungai Han ini
Sungai Han,terkenal sebagai kawasan tumpuan bagi pelancong asing yang ingin mengambil angin atau mengambil gambar kerana di kawasan ini sering melaksanakan ekspo pada musim cuti sekolah
Tetapi lain pula pada malam ini
Kelihatan hanya beberapa pasangan sahaja yang berjalan jalan di sekitar kawasan ini
Ada yang berseorangan
Ada juga yang datang bersama rakan rakan
Ada juga yang datang bersama ahli keluarga,itupun satu keluarga sahaja
Jeon Jungkook bersama gadis hazel itu sedang berjalan jalan mengambil angin memandangkan esok adalah hari cuti
Lelaki dingin itu tenang sahaja berjalan sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar seperti biasa
Hazel pula bermain dengan tali hoodienya yang panjang itu
Lama mereka mendiamkan diri sehingga lelaki dingin itu memberhentikan langkah kakinya dan menghadap ke arah sungai hadapannya itu
Gadis hazel itu hanya mengikut langkah kaki lelaki dingin itu dan merenung ke arah sungai besar di hadapannya
"Jungkook,kenapa awak ajak saya keluar malamni ?"
Soal gadis itu memecahkan kesunyian
Lelaki dingin yang sedang memejamkan kelopak matanya untuk mengambil angin itu kekal mendiamkan diri
Hazel pula hanya memandang sisi wajah lelaki dingin itu menunggu soalannya dijawab
Setelah 30 saat menunggu gadis hazel bersuara sekali lagi
"Jungkook,awak ada masalah ke ?"
Sepi
Gadis hazel itu sudah mula bengang
"Kalau awak diam macamni baik saya tak payah ik--"
"Hazel."
Terdiam gadis hazel itu mendengar suara garau milik lelaki dingin itu
Hazel terus memandang ke arah lelaki dingin di sebelahnya itu
"Ap--"
"Perkenalan singkat untuk 5 bulan ni sudah cukup bikin aku menjadi gila--
Melissa Hazel Hwang,aku ingin melamar kau menjadi teman wanita aku,sudi atau tidak ?"
Bungkam
Gadis hazel itu bungkam mendengar pernyataan dan lamaran mengejut yang diutarakan oleh lelaki dingin dihadapannya ini
Senyuman manis mula diukirkan pada bibir munggil milik gadis hazel itu
"Sudi,saya terima lamaran awak Jeon Jungkook"
Lelaki dingin dihadapannya ini mula mengukirkan senyuman paling manis yang paling sukar untuk dilihat oleh orang luar selain keluarga dan sahabat sahabatnya
"Thanks God."
![](https://img.wattpad.com/cover/189048185-288-k95458.jpg)
YOU ARE READING
[SU] SAME || Jeon's
Fanfictionsama tetapi tidak serupa started:29/5/19 end:-- Doakan cerita ini tak di delete