5

16 9 2
                                    

+Author's POV

"ish,rimaslah"

Gadis hazel itu merungut kasar kerana rambut hazel miliknya yang panjang itu menganggu proses dia untuk membancuh air.

"Aku tak suka kau ikat rambut.Faham ?"

Gadis hazel mengajuk balik kata kata lelaki berlagak itu sambil mulutnya termuncung muncung kerana geram dengan lelaki itu.

"Heol,tak tahu ke rambut ni kadang kadang menyusahkan.Ish tepilah !"

Jerit gadis itu kecil sambil menyelitkan rambut pada bahagian belakang cuping telingannya secara kasar.

Geram sangat dah ni.

"Ah aku tak kira,aku nak ikat rambut jugak.Kalau macam ni lah sampai bila bila pun tak siap bancuh air,lepas siap bancuh aku cabutla balik getah rambut ni apa susah"

Seusai merungut gadis hazel itu mengikat kembali rambut ikal mayangnya sebelum menyambung aktiviti membancuh air yang terbantut sebentar tadi.

"Done !"

Kemudian,gadis hazel itu mengemas kembali pantry sebelum menuju ke bilik lelaki berlagak itu.

Habisla kau Hazel

Dia terlupa gamaknya rambutnya itu berikat !

---------------------------●♡●--------------------------

+Melissa Hazel Hwang

Aku duduk semula di mejaku sebelum mengibas ngibas wajahku yang merah menyala tika ini.

'Aduh macam mana boleh lupa ni ?!'

Aku merengus kasar sebelum aku meletakkan kepalaku pada meja putih ini dan menutup mataku untuk mengimbas kembali insiden yang berlaku pada diriku di dalam pejabat puaka lelaki berlagak itu.

'Masuk'

Aku melangkah masuk ke dalam pejabat lelaki itu sebelum menutup kembali pintu biliknya secara berhati hati.

Kelihatan lelaki berlagak itu sedang fokus menanda kertas kertas kerja miliknya itu.

"Encik Jeon,saya letak air disini ya ?"

Aku menyoal lembut sebelum meletakkan air yang dipesannya di atas meja kerjanya itu.

Setelah itu aku kembali memandang ke arahnya sebelum mataku tertancap pada baju bahagian atasnya yang tidak berbutang itu.

"Eo?Encik Jeon panas ke ?"

Lelaki berlagak itu menggeleng kecil sambil matanya kekal fokus pada kertas kertas di atas meja pejabatnya itu.

"Eo kalau macamtu saya butangkan balik baju Encik Jeon eh ?"

Aku terus menuju ke arah lelaki berlagak itu sebelum mendapat kata putus daripadanya.

Aku mendekatkan wajahku padanya untuk memasang kembali butang bajunya.

Dia yang sedang fokus itu terhenti seketika sebelum matanya beralih memandang ke arahku yang hanya beberapa inci sahaja daripada dirinya.

"Siap !"

Aku tersenyum kecil sebelum ingin kembali menjauhkan wajahku daripada wajahnya.

Secara tiba tiba lelaki berlagak itu menarik kasar tali pada bahagian leher bajuku sambil matanya tajam memandang wajahku yang benar benar dekat dengan dirinya.

Terbuntang besar mataku dengan tindakan lelaki berlagak itu.

"A--"

"Degil hmm ?"

Aku terdiam.

Degil ?

Jangan cakap yang--

RAMBUT AKUU

Mata lelaki itu merenung tajam mataku sebelum pandangannya jatuh secara perlahan lahan ke arah leher jinjangku .

Keadaan masih seperti tadi,

Dia bersandar dengan tenang sambil memegang tali bajuku di kerusinya manakala aku terbongkok sedikit sambil kedua dua belah tanganku memaut pemegang kerusi bagi menahan diri daripada terjatuh di atas dada bidang lelaki itu.

Aku menelan liurku kelat.

"Aku baru je cakap aku tak suka kau ikat rambut kan ?"

Ujar lelaki itu lembut sambil matanya tidak lepas daripada memandang ke arah leher jinjangku.

Kemudian lelaki itu menarik lagi tali di leherku menyebabkan dirinya betul betul dekat dengan diriku

Dia tersenyum sinis.

Dia kemudiannya meniup leherku lembut sebelum berkata

"Nak sangat tunjuk leher kau yang jinjang ni hmm ?"

Aku menggeleng perlahan

"E-Encik J-Jeon--"

Tergagap gagap aku menyebut nama lelaki di hadapanku ini.

Lelaki ini merungkaikan kembali ikatan rambutku sehingga sebahagian daripadanya terkena pada wajah lelaki itu.

"Kau buat lagi,Kau akan rasa seksaan godaan daripada Jeon Jungkook.Arasseo ?"

Laju lelaki ini berkata sebelum dia melepaskan pegangannya pada tali bajuku ini sambil memandangku dengan senyuman sinis.

"A-arasseo,S-saya minta m-maaf Encik Jeon,S-saya keluar dulu"

Aku terus melulu keluar daripada bilik lelaki itu.

"Puaka punya bilik"

Aih Hazel kau betul betul dah mencabar lelaki berlagak tu

Apa nak buat ni !

---------------------------●♡●--------------------------
+Jeon Jeongguk

Aku merenung kosong kertas kertas di mejaku ini.

Masih terlekat wangian gadis hazel itu pada rongga hidungnya

"Aish 진짜"

Aku mengguling biji mataku keatas sebaik sahaja teringat temu janjiku sebentar lagi.

"Aigo,Aku dah lambat.Dah nak pukul 9.15 ni baik aku gerak sekarang"

Aku mengambil segala peralatan ku sebelum keluar daripada bilik ini dan menuju ke arah gadis hazel itu.

"Hazel,Jom"

"N-nae ?"

Blur gadis hazel di hadapanku ini

Aku menjungkitkan keningku.

"Temu janji."

"O-oh,Jom jom"

Dia kemudiannya tergesa gesa mengambil peralatan yang diperlukan sebelum berdiri di sampingku ini.

Aku menjelingnya sekilas sebelum kami berdua menapak keluar daripada bangunan besar ini.

Dua orang lelaki bersuit dan berkaca mata hitam membuka pintu buat kami berdua sebelum menutup kembali pintu dan berdiri di sisi kereta yang aku dan gadis hazel ini duduki.

Gadis hazel ini kemudiannya berkata kepada pemandu kami

"The Lounge"

Seusai memberitahu kepada pemandu tempat yang hendak dituju,pemandu ini terus bergerak menuju ke lokasi yang diberitahu.

Keadaan di dalam kereta ini sunyi sehinggalah gadis hazel ini mengajukan soalan kepadaku

"Encik Jeon,Lepas temujanji ni Encik Jeon nak terus balik syarikat ke nak singgah mana mana dulu ?"

Soal gadis ini sambil matanya membelek fail dan buku catatan yang dibawanya bersama

"Balik syarikat.Pukul 4 nanti aku balik awal daripada biasa,ada hal"

Ujarku senada.

Gadis hazel ini kemudiannya mengangguk kecil sebelum keadaan kembali sepi

"Kau masih malu ?"

Soalku tiba tiba

Gadis hazel yang sedang fokus menulis sesuatu pada buku catatan itu terhenti perbuatannya seketika.

"M-malu?T-tak adalah"

Ujarnya gagap

"Okay."

Aku memalingkan kepalaku untuk memandang kawasan bandar Seoul yang warganya sibuk bekerja di pagi hari.

Tch bohong



[SU] SAME || Jeon'sWhere stories live. Discover now